Tragedi Pasar Ramadhan Jasin | Hidup Seorang Blogger

August 16, 2010
By

Al-Fatihah kepada 3 orang yang maut semasa tragedi pasar Ramadhan Jasin beberapa hari yang lalu (Jumaat 13 Ogos). Dua peniaga dan seorang pengunjung meninggal dunia akibat terkena tapak kaki besi khemah yang diterbangkan ribut. 17 orang dilaporkan cedera.

Ribut cuma 4 minit tapi bila tengok gambar selepas kejadian, terngangga mulut ana sekejap.  Kalau tengok video tragedi pasar Ramadhan Jasin kat YouTube.. lagi lah tak terkata.

pasar ramadhan jasin1 Tragedi Pasar Ramadhan Jasin | Hidup Seorang Blogger

Habis semua 21 khemah besar peniaga pasar Ramadhan Jasin diterbangkan ribut.

Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran – Harian Metro

Kalau entee pergi dekat YouTube tengok video tragedi pasar Ramadhan Jasin tu.. mesti akan baca komen-komen yang tak berapa sedap didengar. Ada yang kata Tuhan bagi bencana sebab peniaga abaikan solat semata untuk meniaga. Ada yang kata peniaga banyak dosa sebab tu Tuhan bagi peringatan.

Macam-macam komen yang buat spekulasi tak baik terhadap mangsa. wpml negative Tragedi Pasar Ramadhan Jasin | Hidup Seorang Blogger

Memanglah. Apa pun kejadian *baik atau buruk* memang datang dari Allah. Terutama kejadian buruk melibatkan alam-semula jadi.

Memanglah. Allah nak bagi peringatan. Tapi apakah peringatan tersebut hanya mangsa sahaja yang tau.

Kita yang tengok dari jauh ni *tengok selepas kejadian – tak terlibat pun* patutnya tak patut menuduh benda yang tidak baik kepada mangsa (peniaga dan pengunjung pasar Ramadhan Jasin).

Kita hanya patut mengucapkan takziah, simpati serta menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

Siapa kita nak justifikasikan perbuatan mangsa dengan apa yang berlaku?

Lebih baik kita menghisab diri sendiri dan letakkan diri ditempat mangsa. Kalau bencana seperti tragedi pasar Ramadhan Jasin tu berlaku pada kita..  adakah kita dalam keadaan ‘bersedia‘ untuk dijemput Tuhan?

Cukupkah amalan kita? Sudah bertaubatkah kita dari melakukan dosa-dosa yang kita buat?

Honestly, ana rasa ana belum bersedia. Entee bagaimana?

Sama-samalah kita menginsafi diri sendiri. Mangsa tragedi Pasar Ramadhan Jasin tu meninggal dalam bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat yang mana merupakan bulan dan hari yang mulia. Kita? Al-Fatihah..

sejahtera 2 Tragedi Pasar Ramadhan Jasin | Hidup Seorang Blogger

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , , , , , , ,

7 Responses to Tragedi Pasar Ramadhan Jasin | Hidup Seorang Blogger

  1. Eila on August 16, 2010 at 10:48 am

    Betul kak…saya sokong.. saya tak paham kenapa orang kita ni senang nak menuding jari pada orang.. padahal kalo satu jari dituding pada orang lain..empat lagi tuju kat diri kita sendiri… Eila pon rasanya tak bersedia lagi kak.. :( takut bila difikirkan… daripada kita dok menilai amalan orang lain…baik kita timbang² kan amaln kita sendiri macam yg akak cakap.. Moga tragedi ni jadi peringatan buat kita yang masih hidup :)
    Seorang Blogger bernama Eila´s last [type] post..saya tak takut dentist lagi

    [REPLY]

  2. Suzi @ Mama Zharfan on August 16, 2010 at 11:12 am

    kena selalu muhasabah diri me yg serba kekurangan ni..moga2 ramadhan ini adalah yg terbaik utk kita semua..Amiin

    [REPLY]

  3. Along on August 16, 2010 at 12:38 pm

    Isy, tak tau plak hal ni…dah lama x baca or tengok berita. Siannya…niat nak meniaga, carik rezeki, camni lak jadinya. Al-Fatihah untuk semua mangsa.

    Kepada yang dok buat komen ntah apa2 ntah tu, pls la…carik hobi lain bleh tak? Kan bulan mulia ni…maybe la ada yang betul komen tu, tapi jangan la buat spekulasi macam tu….online lagi. Kalau famili peniaga tu baca, camne agaknya perasaan derang?
    Seorang Blogger bernama Along´s last [type] post..Ramadhan So Far

    [REPLY]

  4. syigim on August 16, 2010 at 12:40 pm

    betul, kak ros. Allah maha mengetahui!
    Seorang Blogger bernama syigim´s last [type] post..5 Things To Do in Kampung

    [REPLY]

  5. Lini on August 17, 2010 at 10:30 am

    salam…hai..nice blog,..leh follow yer…mmg sedey dgn kejadian ni…takziah pada kuarga mangsa…

    [REPLY]

  6. sitisifir10 on August 18, 2010 at 8:45 pm

    Ana belom lagi tgk Youtube pasal kejadian tu tapi bukanla tak tau langsung tentang kejadian tu. Cuma masa baca berita tu taklah sampai terlintas dalam hati yang bahawasanya ALLAH menurunkan bala kepada mereka. Ia mungkin sebagai ujian, mungkin juga bala dan itu seperti yang enti kata lah, bukan urusan kita…
    Seorang Blogger bernama sitisifir10´s last [type] post..Jemput Masuk Giveaway Daku

    [REPLY]

  7. MamaSeni on August 20, 2010 at 3:51 am

    a ah typical org selalu kan ckp camtu, kata balasan la apa la..cuba kalo terjadi kat keluarga dorang, rasa mcm mana..sapa kita nak judge org lain..masa saya dgr pasal citer ribut ni, di hati rasa kesiannya kat dorang yg terlibat..abis tu mcm tragedi banjir kat pakistan tu kira balasan tuhan jugak ke..huhu..
    Seorang Blogger bernama MamaSeni´s last [type] post..Senyap Sunyi

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Nuffnang

Learn Mandarin

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots I Love Conteng-Conteng