Matahari
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) “Kamu tahu tak?”
Orang gila 2 : “Tahu apa?”
Orang gila 1 : “Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!”
Orang gila 2 : ( dalam hati ) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”
Dokter : “Kenapa?”
Orang gila 2 : “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.”
Dokter : “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”
Orang gila 2 : “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”
Dokter : “???”
Setem
Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar Raja.
Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya. Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.
Cuti Sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok…ok…, er…boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya…
Masjid Jamek
Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya, “Kak ….Masjid Jamek berape?”.
Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab, ” Masjid Jamek ade satu jek.”
Parti
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.
“Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya” kata Hamid kepada Wahub.
“Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?” tanya Wahub.
Jawab Hamid, “Saya tidak dijemput…”
Temuduga warden
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.
Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh…tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!
Lawak tak? Lawak lah. Lawak lah..he..he






Ros..tengah ngantuklah..masih takleh ketawa…
Seorang Blogger bernama Hanz´s last [type] post..What kind of coffee do you like
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:15 am
hanz, aiseh..1st day posa ngantuk ye.. tak dapat coffee ke..takper bangun jalan-jalan, kacau orang..hilang kot ngantuk..he..he
[REPLY]
adoi… lawak, lawak…
terutamanya yang setem tuh…
hahahahaha…..
(tengah tension, nak gelak kuat2, tapi kena cover sebab pose…)
Seorang Blogger bernama sya´s last [type] post..hari yang ditunggu-tunggu
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:16 am
sya, tu PM giler glamer..padan muka kena ludah..ha..ha *gelak kat dalam blog tak pe*
[REPLY]
sgt lwk
yes, esp yg setem dgn cuti sakit..hehe
Seorang Blogger bernama kinna´s last [type] post..bulan posa dulu Part 1
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:16 am
kinna, bagi segar balik.. first day posa.. semua cam mengantuk je..kan..kan
[REPLY]
lawak sungguh
tengah hari kalo tido pasti lena sungguh!
Seorang Blogger bernama eliss´s last [type] post..Siapa dah shopping baju raya
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:17 am
eliss, oh best tu tido tengahari
[REPLY]
hehe lawak2
Seorang Blogger bernama Suzi @ Mama Zharfan´s last [type] post..bila mommy angkut satu family ke international office
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:18 am
suzi, benda lawak kena share.. sharing is caring no?
[REPLY]
yang matahari tu la best..hehe..dua2 pon tak betol sebenarnya.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:18 am
nia, dah namanya weng-weng
[REPLY]
Yg temu duga tu confirm xdpt keje… ingat warden asrama ker?
Seorang Blogger bernama AdD´s last [type] post..Decorative Magnet on Peti Sejuk
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 12th, 2010 at 9:21 am
AdD, kih..kih.. tu la pasal
[REPLY]