Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Hari-hari saya lalu Setia City Mall, Setia Alam tu. Sejak bangunan shopping complex itu sedang di bina dari seketul batu. Hinggalah ianya siap dan dibuka secara besar-besaran pada 17 Mei 2012 lalu.

Saya hanya lalu dan tengok sahaja. Malas nak singgah. Malas nak ajak Big Babah terjah ke situ. Malas sebab tempat baru mesti banyak benda tak siap dengan lengkap. Mesti banyak kedai belum bukak.

setia city mall setia alam 01 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Memang nampak menarik dan gah Setia City Mall Setia Alam ni. Katanya shopping complex terbesar di Asia. Mestilah hebat.

Siap panggil penyanyi Michael Learns to Rock (MLTR) datang buat persembahan sempena pembukaan Setia City Mall tu lagi.

MLTR tu penyanyi favorite saya jugak. Dulu masa muda remaja (sekarang remaja otai) saya memang layan lagu MLTR. Siap beli kaset-kaset MLTR yang original. Yeah… kaset you. Dulu-dulu mana ada CD atau DVD. Heh heh.

setia city mall setia alam 02 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Setia City Mall Setia Alam sudah dibuka hampir 6 bulan. Barulah saya, Izzah dan Big Babah terasa nak terjah ke situ. Kami tunggu jalan baru depan tu siap. Dulu jalan berhabuk dan tak rata. Sekarang dah clear. Konon lah. Heh heh.

Setia City Mall Setia Alam ni lokasinya bukanlah betul-betul tepi jalan Setia Alam – Meru link tu. Tengah jalan pun bukan. Gila apa nak buat shopping mall tengah jalan.

Agak ke dalam jugak lokasinya. Tapi dari jalan besar memang boleh nampak bangunan Setia City Mall ni tersergam tak berapa indah.

Tak indah sangat sebab tiba-tiba ada pembinaan bangunan pejabat Top Glove Tower kat depan Setia City Mall tu. Macam besar jugak bangunan pejabat Top Glove Setia Alam. Kalau ada kerja Akauntan kosong kat situ nak jugak apply.

Mesti best sebab dekat dengan rumah dan dekat dengan tempat shopping. Eh.. ke situ pulak. Heh heh.

Parking di Setia City Mall Setia Alam ini ada dua jenis.

setia city mall setia alam 03 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Satu jenis bagi mereka yang kedekut nak bayar parking atau memang tak ada duit nak bayar parking tapi ada duit nak menyopping. Oh yeaah.. parking percuma memang ada.

Tapi kat luar tengah panas terik mentari lah ye. Kalau hujan lebat kenalah bertapa kat dalam Setia City Mall tu sampai malam. Kata nak parking free. Panas dan hujan pun free jugak dapat. Belum masuk bab kena menapak dari tempat parking ke bangunan Setia City Mall tu. Heh heh.

Satu jenis lagi ialah basement parking. Yang ni berbayar lah. Siapa nak bagi free. Maintenance tinggi tahu.

setia city mall setia alam 05 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Kereta: Hari biasa RM1.00 untuk tiga jam pertama dan tambah RM1 untuk setiap jam seterusnya. Hujung minggu RM2.00 untuk tiga jam pertama dan RM1 untuk setiap jam seterusnya.

Nota: Terbaru pihak Setia City Mall bagi parking percuma di basement untuk tiga jam pertama pada hari biasa. Promosi ni beb. Hari biasa je tau.

setia city mall setia alam 04 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Motosikal: Erkk… motosikal pun kena bayar parking lah beb. RM1 sekali masuk. Kira okey lah tu sebab ada security dalam tu.

Basikal: Eh… parking untuk basikal pun ada. Tapi bukan kat basement. Tapi tepi bangunan Setia City Mall tu. Basikal percuma je parking. Road tax pun tak kena bayar, tak kan parking pulak kena bayar kan. Heh heh.

setia city mall setia alam 06 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Bila dah masuk basement parking kat Setia City Mall tu jangan lupa snap gambar nombor parking lot/level tempat kita letak kereta. Mana tahu bila dah excited jalan-jalan dalam Setia City Mall nanti balik lupa mana letak kereta. Ada 6 level parking kat situ. Haru tu nak cari. Heh heh.

setia city mall setia alam 07 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Best jugak Setia City Mall nih. Tak payah pergi jauh-jauh kalau nak shopping barang-barang branded. Kat Setia City Mall ni segala mak nenek atuk cucu kedai barang berjenama ada.

setia city mall setia alam 26 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

  • Ada ZARA, Guess, Esprit, Timberland, MAC, La Senza, Mango, Uniqlo,  Aldo dan macam-macam lagi lah.
  • Kalau yang jenis gila barang kemas tu ada Habib Jewel, Tomei, Diamond & Platinum dan banyak lagi lah.
  • Bagi yang suka bersenam tu mesti sangat teruja sebab ada Fitness Concept, Fitness First, Gintell, Ogawa dan Osim.
  • Ulat buku? Ada MPH Bookstores. Makan lah buku banyak-banyak kat situ. Janji ada duit.

setia city mall setia alam 08 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Nak cari kasut dan peralatan sukan? Jangan risau. Ada satu floor tu memang semua kedai jual kasut sukan semuanya. Boleh rambang mata dan rabak poket dibuatnya. Heh heh.

  • Suka makanan ala-barat? Ada Delicious, Nandos, Papa Johns, Pappa Rich, Secret Recipe, Manhattan Fish Market, Starbucks, Subway, TGI Fridays dan Tony Romas. Sebelum melantak pastikan betul-betul halal ye.

Kalau agak-agak budget tak banyak nak makan kat kedai-kedai yang disebut tadi, jangan risau sebab restoran mampu milik mampu makan McDonald dan KFC ada juga.

  • Hantu kek, pastri, pretzel dan donut? Ada Krispe Kreme, Big Apple, Auntie Anne’s dan Rotiboy. Kalau tetiba gemuk mendadak lepas ke Setia City Mall tu sendiri mau ingat lah. Heh heh.

setia city mall setia alam 12 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Anchor tenants Setia City Mall Setia Alam ini sudah semestinya Parkson, Golden Screen Cinema, Wangsa Bowl dan Harvey Norman.

setia city mall setia alam 24 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Wangsa Bowl? Wah… siapa yang suka bowling mesti seronok. Saya bowling ni suka juga tapi tak reti main. Kalau main bola mesti meluru masuk longkang je memanjang. Heh heh.

setia city mall setia alam 25 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Bagi saya Setia City Mall Setia Alam memang best. Sebab semuanya ada di bawah satu bumbung. Dekat pulak tu dengan rumah.

setia city mall setia alam 22 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Walaupun pun tak shopping tapi boleh berhibur dengan berjalan-jalan window shopping.

setia city mall setia alam 23 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Agak-agak penat boleh duduk kat kerusi comel yang berwarna-warni dan bersepah di setiap penjuru Setia City Mall ni.

Rasanya semua kerusi comel tu Izzah dah duduk dengan jayanya. Heh heh.

setia city mall setia alam 13 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Tandas awam kat Setia City Mall Setia Alam ni pun sangat besar, banyak dan cantik. Setakat ini kira puas hati lah dengan tandas di Setia City Mall ni.

Kat Setia City Mall ni ada satu tempat untuk kanak-kanak iaitu CapCom Station Kids Playland. Tapi mahal gila. RM10 satu jam untuk anak main dalam playland yang kecik macam tu.

Saya tak sarankan bagi anak bermain kat situ. Sebab sangat bising yang maha dahsyat sebab letaknya bersama-sama dalam satu ruang dengan computer games.

setia city mall setia alam 15 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Lagi best ajak anak ke luar Setia City Mall iaitu tempat air pancut (fountain). Izzah sangat suka tengok air pancut tu.

setia city mall setia alam 16 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Terlompat-lompat dia. Heh heh.

setia city mall setia alam 17 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Kalau datang malam, air pancut tu boleh siap tukar warna tu.

setia city mall setia alam 18 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Kami ke Setia City Mall Setia Alam baru dua kali. Pertama kali sebab nak meninjau kawasan. Konon. Heh heh.

Kali kedua sebab jalan-jalan cari makan sambil cari kasut Izzah.

setia city mall setia alam 09 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Sampai je terus makan kat Secret Recipe. Belasah makan kek chocolate indulgence (mabeles habis), stew kambing, kids burger dan ikan berkeju (lupa apa nama saintifik menu dia heh heh).

setia city mall setia alam 11 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Lepas makan baru jalan-jalan cari kasut. Tapi tak dapat pun kasut Izzah.

setia city mall setia alam 20 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Dapat posing dalam kedai kasut ada lah.

Izzah ni kalau bab posing kat mana-mana pun boleh. Siap posing baring dalam kedai kasut Clarks lagi. Nasib tak kena sound dengan sales girl kat situ. Heh heh.

setia city mall setia alam 27 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Kasut Izzah ni susah nak dapat saiz. Ada banyak yang berkenan tapi saiz Izzah sudah habis.

Tak dapat kasut, dapat anak patung alien ni pun jadilah. Saya namakan patung ini Pinky sebab warnanya pink. Izzah pulak memang pilih kaler pink sebab warna favorite.

setia city mall setia alam 19 Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

Setia City Mall Setia Alam ni memang sangat besar. Balik rumah sakit satu badan. Tak dapat bayang macam mana orang lain shopping berjam-jam tanpa henti dengan memakai high heels.

Saya yang pakai kasut flat jenama Larrie yang selesa (shock absorbing dan arch support) ni pun boleh sakit kaki dan badan. Kalau saya pakai heels… terus terseliuh buku lali agaknya.




Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  11 comments for “Tempat Menarik di Selangor | Setia City Mall Setia Alam – Kompleks Membeli Belah Terbesar di Asia

  1. October 24, 2012 at 8:20 pm

    tak pernah sampai lg kat situ. Mcm best je.

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @transformed hw, cuba-cuba lah sampaikan diri he he

    [REPLY]

  2. Ety
    November 22, 2012 at 1:08 am

    As salam kak rosi..lawak la akak..saya silence reader akak sejak sblm akak mengandungkan izzah lg..TTC dh lebih 6 thn..masalah infertility mcm akak juga..insyAllah semoga rezeki tak lama lg..ameen..gud luck kak! :grin:

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @Ety, salam. eh lawak ke heh heh.. ooh geng TTC juga ye.. saya baru lepas bersalin anak no 2 17hb dec ari tu.. berjaya mengandung tanpa apa-apa rawatan (izzah dulu buat IUI)

    nanti saya tulis ebook untuk share apa yang saya buat semasa TTC (lepas pantang la ye)

    [REPLY]

  3. nor ayu
    December 24, 2012 at 2:29 am

    Salam,ri2 sy nk g tp xtau jln,lastly sesat,hubby pun bising trus blk umh.sy dr bbbangi,sis leh guide x?nk lalu highway mana ye?tq

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @nor ayu, kalau dari Bangi kena tuju ke Subang/USJ dulu la kot.. kemudian cari highway NKVE menuju Klang.. masuk exit Setia Alam.. kemudian tengok signboard utk pergi Setia City Mall

    sila print peta dulu la ye (tengok kat website Setia City Mall).. link di bawah

    http://www.setiacitymall.com/location.aspx

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    kalau kereta ada GPS.. key

    GPS Coordinates : 3.109963,101.459212

    [REPLY]

  4. syana
    December 28, 2012 at 9:27 am

    Little Mama, congrats for the arrival of second baby.
    Boy ke girl? Ingat lagi tak kat saya? I went to LPPKN for treatment etc since 2010 and early this year I conceived without treatment alhamdulillah. Take Care.

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @syana, hi! saya dapat boy..ok lah dah sepasang ;D

    [REPLY]

  5. elida
    January 10, 2013 at 1:49 pm

    Salam Ros, saya one of your silent readers. Congrats to u.. I m very happy for u coz all the while tau yang u ni susah nak dptkan izzah dulu…tup tup dah dpt 2nd baby. saya pun sama kes, dpt my first child after 4 years married. tak pernah dptkan apa2 rawatan dan still only have one till now. Mcm mana nak dptkan rawatan di LPPKN ? Just walk in sahaja boleh?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @elida, salam,, thanks dear. LPPKN kena call set appointment dulu.. boleh tengok steps dalam entry saya

    http://rosibrahim.com/rawatan-kesuburan-bantuan-untuk-mengandung-di-lppkn/

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif