Tag Archive for persiapan ke hong kong

Cerita Hong Kong

Tak de.. kami belum sampai Hong Kong lagi.. coming soon lor…ha..ha

Ni cuma nak cerita pasal persiapan ke Hong Kong. Semalam baru je tukar duit Hong Kong. Merasa lah pegang duit Hong Kong gambar singa garang tuh…ahaks.

hong kong ready 03 Cerita Hong Kong

Tak banyak pun buat tukaran wang asing ni. Bukannya nak pegi shopping barang branded. Cuma maybe beli some souvenirs dan buat tambang naik MTR je pun.

Duit Hong Kong ni RM43 = HKD100. Macam duit kita nilai 2 kali ganda duit Hong Kong lah. wpml wink Cerita Hong Kong

hong kong ready 04 Cerita Hong Kong

Dalam banyak-banyak senarai barang yang nak kena bawa tu, ubat-ubatan tidak boleh lupa. Especially, kalau ada anak kecik macam Izzah nih.

So, kami pergi klinik ambik ubat batuk, selsema dan demam. Beringat sebelum kena. Maklumlah nak pergi negara orang ni kena well prepared.

hong kong ready 01 Cerita Hong Kong

Ubatan tu semua me masuk dalam check-in luggage je. Kalau masuk hand-carry luggage pun boleh cuma kena letak dalam plastik bag zip-lock lutsinar. Macam leceh je kan… hu..hu..

Oh.. ada lagi satu benda penting kalau nak ke Hong Kong nih. MAKANAN!

Yes.. bekalan makanan segera.. macam Maggi, Roti, Sardine, Baked Beans, Biskut dan sebagainya lah… ahaks. Satu bag tu penuh makanan je tau.

hong kong ready 02 Cerita Hong Kong

Memang ada restoran halal kat Hong Kong tapi kami first time pergi ni so tak tahu sangat. Better bawa bekal dari kebuluran lapar…ha..ha..ha