SSPN | Skim Simpanan Pendidikan Nasional Menguntungkan?

Kos melanjutkan pelajaran di peringkat universiti memang semakin meningkat setiap tahun. Tak boleh nak bayangkan apa akan jadi dalam masa 15 tahun lagi (time tu Izzah dah habis SPM – erkk.. ada lagi ke SPM masa tu..he..he).

So.. mesti nak sambung belajar kan. Kalau kita ni jutawang memang tak perlu risau. Sebab petik jari je boleh hantar anak ke universiti luar negara.

Kalau anak kurang cerdik dan tak dapat tempat IPTA boleh je hantar IPTS dalam negara.

Tapi, kalau golongan yang tak banyak wang nih macam mana? 

I masa kecil dulu dari keluarga miskin. Nasib baik cerdik so keputusan exam melayakkan ke Universiti Malaya. Tapi.. masa sebelum daftar masuk tu terpaksa I dan mak pergi meminjam duit arwah nenek. Nasib nenek ada – kalau tak tak tahu lah macam mana.

Cuba tengok anak-anak kita. I rasa rata-rata kita semua anak semua masih kecil. Ada yang baby lagi. Ada yang dah 3-7 tahun. Ada yang lebih besar pun ada kan.

Dah rancang masa depan pendidikan mereka? 

Kalau belum mulakan dari sekarang. Simpan untuk pendidikan mereka. Kita ada banyak pilihan. Banyak cara nak menyimpan untuk tabung pendidikan anak.

  • Boleh buka akaun simpanan di bank
  • Boleh invest dalam insurans pendidikan macam TakafulLink Cerdik
  • Boleh buka akaun SSPN

Selain cara di atas, kalau kita ada duit memang boleh invest dalam hartanah atau unit trust atau beli saham. Bagi yang kurang wang boleh je pilih salah satu cara di atas. Boleh simpan sikit-sikit setiap bulan. Lama-lama jadi bukit lah.

Tapi kalau buka akaun simpanan di bank tu agak mencabar sikit. Sebab bila-bila masa kita mesti terasa nak keluarkan bila nak pakai duit. Nak keluarkan senang je tapi nak top up balik ish.. susahnya…he…he

Better simpan dengan buka Tabung Insurans Pendidikan atau pun lagi senang buka je SSPN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

I buat dua-dua!! Insurans pendidikan tu dah buat sejak tahun 2008 lagi.

SSPN ni pulak baru je. Baru ada kesedaran. he..he 

SSPN ni menguntungkan ke? Kalau you all nak dividend banyak memang SSPN ni tak untung mana sebab dividen SSPN ni 3-5% setahun kot.

Tapi I rasa SSPN menguntungkan bagi I sebab I boleh dapat potongan cukai tahunan!

Pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa. Kalau kita memang kena cukai pendapatan tiap-tiap tahun tu better buka SSPN ni.

I suka SSPN ni sebab

  • Pelepasan cukai RM3,000 setahun
  • Dijamin kerajaan
  • Boleh check penyata online
  • Boleh tambah deposit online
  • Susah nak keluar!!

Part susah nak keluar tu penting sangat kalau tujuan kita simpan adalah untuk pendidikan anak. Kalau senang nak keluar bila simpanan nak jadi banyak kan..he..he 

Forever Living Malaysia
BARU DAPAT GAJI TAPI DUIT DAH HABIS?? BAYAR BIL HUTANG HINGGA KENA IKAT PERUT?? ANAK NAK MAKAN PUN TERPAKSA CATU?? TAK ADA SIMPANAN??

Ekonomi sekarang sangat tidak stabil. Harga barang semuanya naik. Jangan mengeluh saja tanpa berbuat apa-apa. Hidup mesti diteruskan. Jom sama-sama tambah pendapatan. Yang kerja makan gaji boleh buat part time. Yang menganggur, suri rumah, tengah belajar dan sudah bersara boleh buat sepenuh masa.

Kalau tengok baki akaun bank RASA NAK NANGIS atau bila buka purse/wallet/beg duit rasa susahnya nak survive hidup, tu maknanya dah kena cari jalan buat side income. Bila peluang bisnes tanpa modal besar datang depan mata baik ambik cepat-cepat. Anda boleh mulakan bisnes Aloe Vera Forever Living dengan hanya RM45 sahaja!!

Whatsapp AHLI ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli

RM45 pun tak ada? Jangan risau. Saya juga membuka peluang bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship Aloe Vera.

Whatsapp DROPSHIP ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://khasiataloevera.com/borang-dropship/

Maklumat Lanjut:
http://BisnesAloeVera.com
http://JusAloeVera.com

http://rosibrahim.flp.com

Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba "MAHAL" hari ini. Ameen.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

9 Comments

  • huda says:

    ahh huda pun bukak tuk amirul and widad. semua duit raya kasik masuk sspn..sbb ssh nak kuar dat y kiteorg pilih sspn ni.. 😀

    [REPLY]

  • MamaYatie says:

    setuju2x..saya pun buka sspn utk anak2 utk saving masa depan..ada jugak akaun yippie..tp mcm LM ckp la..jap keluar, jap masuk..

    [REPLY]

  • kami ambik insurans pendidikan takaful utk anak2.

    [REPLY]

  • asz says:

    so far cuma simpan duit dlm bank tetiap bulan..tak pk plak pasal sspn ni..hmm..

    [REPLY]

  • AZMIN says:

    Salam to all. Kalau gaji mak dan ayah besar….adakah SSPN still memberikan pinjaman kpd anak2 kita nanti?

    Terasa macam nak kuarkan duit dalam SSPN dan masukkan dalam ASB. Hemmmm

    [REPLY]

    kiki Reply:

    @AZMIN, kenapa nk kuarkan duit dlm SSPN dan masukkn dlm ASB ek??? SSPN x bagus ke?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @kiki, kalau gaji parents besar apa kata simpan je banyak2 dalam SSPN so bila anak nak belajar tak perlu pinjam meminjam lagi dah..

    kalau parents gaji kecik memang kena buka juga SSPN sebab PTPTN hanya diberikan pada yg ada akaun SSPN.

    [REPLY]

  • mummy trisya says:

    I baru nk bkak akaun sspn ni untuk ank i umur 6m, xphm sgt la pasal sspn ni. umur brapa nanti simpanan tu boleh dikluarkn ek?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @mummy trisya, baca info kat SSPN lebih lengkap ;D

    http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/borangsspn

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

😉 😐 😡 😈 🙂 😯 🙁 rolleyes.png 😛 😳 😮 mrgreen.png 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❓ ❗ 

CommentLuv badge