Senang je nak buka akaun SSPN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional untuk anak kita ni.
First, print dulu borang permohonan buka akaun SSPN kat lama web berikut
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/borangSSPN
Lepas tu pastikan semua dokumen ni ada:
- Borang SSPN yang lengkap diisi
- MyKad – asal dan salinan (pemohon)
- MyKid dan Sijil Kelahiran – asal dan salinan (anak)
- Duit deposit minima RM20 sahaja (lebih banyak lebih bagus)
Kalau semua dokumen dah ada, boleh pergi ke mana-mana ejen PTPTN:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank Berhad
- Agro Bank
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM)
- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Maybank
I pergi Maybank – cepat dan pantas ![]()
Masa I pergi tu I lupa bawak Sijil Kelahiran – hanya MyKid. Tapi masih boleh proceed sebab MyKid tu kan pengesahan identity anak jugak kan.
Nasib dia tak bertegas mintak Sijil Kelahiran. Kalau tak macam tak terbuka la akaun SSPN Izzah ni..he..he ![]()
Lepas buka akaun ni, kena tunggu dekat sebulan juga – baru dapat kad SSPN macam ni.
Bila dah dapat kad SSPN ni baru boleh tambah deposit dalam tabung SSPN anak kita.















kak..sya pulak ada sijil lahir anak je.. mykid tak collect2 lagi sampai ke sudah…huhuhu… will that be ok tak agak2?
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
June 7th, 2011 at 10:03 am
rosie, sijl lahir je pun boleh
[REPLY]
farhana Reply:
July 21st, 2012 at 7:30 am
@Rosie Posie,
salam akq..
situasi sya macam ni pulak..
ank saya ni blajar jauh..saya baru nak buat kn sspn untuk dia..yg saya nak tau boleh tak kalau sewaktu urusan pmbukaan akaun tu anak saya tak ikut sekali?
[REPLY]
Terima kasih!
[REPLY]
Salam kak…
nk tanye, kt borang nie – BUTIR-BUTIR PENDEPOSIT 2 isi name sape, BUTIR-BUTIR PENERIMA MANFAAT/DIRI SENDIRI 2 name sape, and last skali BUTIR-BUTIR PENAMA plak name sape?
Maaf yer kak banyak tanye lak.. Baru nk buka akaun nie…
Seorang Blogger bernama fieyza´s last [type] post..Cuti…Perancangan Ke Mana??
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
December 17th, 2011 at 10:48 pm
@fieyza,
pendeposit = nama kita @ nama orang yang akan masukkan duit dalam SSPN
penerima manafaat = nama anak kalau buka untuk anak (kalau kita buka SSPN untuk diri sendiri letak lah nama kita)
penama = nama penerima duit dalam SSPN jika penerima manafaat meninggal (boleh letak nama kita sendiri atau nama suami).
[REPLY]
thnks utk penerangan. ada tak cara secara online kalau nk tau no akaun sspn yang telah dibuat cuma berdasarkan kad pengenalan je?
Seorang Blogger bernama syuk´s last [type] post..Promosi Katering akhir tahun last call
[REPLY]
klau sy ltak pendeposit, penerima manfaat n penama tu nama sy………duit tu x leh dterima sapa2 la jika sy meninggal
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
March 19th, 2013 at 9:51 am
@fathmi, kalau u tak inform family pasal akaun SSPN ni maka mereka tak tak akan tahu dan tak boleh nak claim lah.
[REPLY]
kalo ltak nama ayah, ibu atau kakak bagi penama boleh…?
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
March 19th, 2013 at 9:53 am
@azyan, boleee
[REPLY]
jikalau ibunya tak bekerja boleh jadi pendeposit ke?
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
March 2nd, 2013 at 8:28 am
@tini, boleh je
[REPLY]
maksudnye pendeposit dan penama boleh la org yg sama eh kak?
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
March 19th, 2013 at 9:53 am
@Mommy Zihni, boleh!
[REPLY]
saya dh buat akaun sspn ank2 kt maybank jln ipoh,tp yg heran nya hanya seorang je ank saya dapat kad,tp kad utk seorang lagi tak sampai2 lg…saya buat bulan jun….dh p kt maybank tp mereka suruh p office ptptn….xfhm btl lh…
[REPLY]
Assalamualaikum, akak, saya nak tanya kad tu nanti dipos ke? Dan berapa lama baru kita boleh dpt kad tu ya?
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
March 2nd, 2013 at 8:29 am
@nayla, kad tu pos.. sebulan baru dapat.
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
April 9th, 2013 at 2:08 pm
baru2 ni saya buat.. kad dapat dalam masa seminggu.. makin cepat ;D
[REPLY]
sis, saya nak buatkan sspn utk ank angkat saya cuma ada mykid saja sijil kelahiran pengangkatan belum ada..dapat tak saya buat kan
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
April 9th, 2013 at 2:09 pm
@mama abg, saya tak pasti.. cuba call SSPN tanya.. tak pun singgah mana2 bank yg ada sspn dan tanya officer tu..
[REPLY]