Setem Berhantu!

October 20, 2009

Mengumpul setem adalah hobi pertama yang me ada sejak berumur 10 tahun. Masa tu me tak tahu pun kumpul setem ni adalah sejenis hobi…ha..ha wpml yes Setem Berhantu!

Bagaimana ianya bermula?

Masa tu kakak belajar kat Kolej Islam Klang dan abang sulung belajar kat Perth, Australia. Jadi… banyak lah surat-surat yang mereka hantar ke rumah ( zaman dulu mana ada email ke.. handphone ke.. facebook ke.. blog ke…ha..ha).

Suatu hari, me ternampak semua surat-surat mereka ni (mak kumpul letak dalam almari). Dan, me nampak setem-setem yang sangat cantik!! wpml heart Setem Berhantu!

Jadi, me pun gunting la sampul surat dan simpan setem-setem dari Malaysia dan Australia tu. Kakak me tahu pasal kesukaan me ni, so dia hadiahkan 2 buku setem! Ohhh… sungguh teruja budak kecik ni masa tu… dapat hadiah mahh.. susah nak dapat hadiah ni…ha..ha

Satu buku setem yang dihadiahkan puluhan tahun lalu tu dah hancur… tapi yang satu lagi ni masih elok (cuma kena selotep lah..ha..ha)

stamp 4 Setem Berhantu!

Antara koleksi setem yang berusia puluhan tahun.. antaranya setem Malaysia tahun 70-an, 80-an…

stamp 7 Setem Berhantu!

setem luar negara (yang terbanyak mesti lah dari Australia).

stamp 6 Setem Berhantu!

Hobi mengumpul setem me ni cuma bertahan masa zaman me sekolah je. Lepas dah masuk u.. takde nya peduli pasal setem ni lagi. Yang ada dalam koleksi adalah setem-setem lama. Me masih simpan… mana tahu kot nanti harga dia jadi juta-juta…ha..ha wpml yahoo Setem Berhantu!

Ha..ah… lupa la pulak… me nak cerita pasal satu setem ni. Me rasa setem ni berhantu!!

Korang mesti kenal kan Lady Diana yang kahwin dengan playboy diraja Inggeris tu?

Lady Diana kahwin dengan Prince Charles pada tahun 1981 masa umur dia 18 tahun. Jadi, banyak negara mengeluarkan setem sempena perkahwinan diraja ni. Termasuklah negara Brunei.

Dalam koleksi me.. ada satu setem Brunei yang memaparkan gambar perkahwinan Lady Diana dan Prince Charles nih. Me ingat memang cantik Lady Diana bergaun putih berpasangan dengan Prince Charles berbaju diraja merah dalam setem tu.

Lepas me ke asrama penuh, me biarkan je koleksi setem me tu kat rumah di kampung. Dah hilang minat…ha..ha..ha

Pastu.. pada 31 August 1997.. kita dikejutkan dengan kematian Lady Diana dalam kemalangan jalan raya. Masa tu me tengah cuti semester tak silap. So, me belek la album setem cari setem Lady Diana… dan me terkejut…

Sebab muka dan badan Lady Diana dah hilang dalam setem tu!! Bukan tu aje… gaun putih pun dah bertukar jadi hitam!!

stamp 3 Setem Berhantu!

Tak logik kan gambar Royal Wedding kat setem cuma tinggal gambar pengantin lelaki? Korang tak rasa berhantu ke setem tuh? wpml scratch Setem Berhantu!

Walaupun rasa seram-seram sejuk… me biar je la benda ni. Dah hampir lupa pun… tapi tadi ternampak album setem ni masa mengemas study room.

Ha ah… setem tu masih macam tu. Me ingat setem me sorang je jadi macam tu.

Tapi me terkejut tengok semua setem Brunei yang bertajuk Royal Wedding 29th July 1981 dan berharga $1 tu, hilang gambar Lady Diana. Tak percaya? Ni dia gambar setem yang me Google.

stamp 1 Setem Berhantu!

stamp 2 Setem Berhantu!

Kenapa gambar Lady Diana boleh hilang ye? Yang heran tu kat setem Brunei yang berharga $1 je.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

Tags: , , ,

36 Responses to Setem Berhantu!

  1. Lady of Leisure on October 20, 2009 at 8:24 am

    alamak.. nyesal baca… dah la sensorang ni tetiba seram sejuk la…
    meremang bulu roma..

    .-= Lady of Leisure´s last blog post..Handsome Girl =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    lady of leisure, alamak.. sorang ke? sori dear.. rasanya takde la seram sangat kan.

    [REPLY]

  2. neeza79 on October 20, 2009 at 8:57 am

    wah.. amazing nyer story ni.. tapi kan.. ntah nyer memang printing error tak.. ada tak gambo sebelum? kalo ada, mungkin la berhantu.. tapi kalo tak de.. mungkin la printing error yang baru di notice.. heheheh..

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    neeza, biasa printing error kat setem ni selalu kat wording.. tak kan la dia release printing error gambar raja kahwin kan

    seingat me memang dulu ada gambar lady D kat situ… pakai gaun putih.. cantik! pastu jadi cam gitu..

    bila search Google pun… semua setem yg $1 tu jadi cam gitu…he..he

    [REPLY]

  3. Lady of Leisure on October 20, 2009 at 9:22 am

    serius meremang bulu roma.. memula baca ok lagi tapi bila tgk gambar stem LADY D tu yg rasa seram sejuk.. mcm misteri jer kenapa stem tu boleh jadi mcm tu..
    .-= Lady of Leisure´s last blog post..Handsome Girl =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    lady of leisure, ye ye misteri.. me pun puas pikir kenapa jadik gitu

    [REPLY]

  4. oli on October 20, 2009 at 9:32 am

    pelik tapi benar!!!
    seramnya…

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    oli, memang pelik!

    [REPLY]

  5. Salwa on October 20, 2009 at 9:34 am

    salam LM
    adui seram gak ye
    nasib jauh kat england kalu kat mesia harus ku takut jugak
    hehe
    very interesting!
    kalah keliwon
    .-= Salwa´s last blog post..Ciri interaktif APA KATA ANDA. =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    Salwa, a ah.. nasib la jauh nun di sana.. kalah keliwon kan? ha..ha

    [REPLY]

    jai89 Reply:

    salam ade sape2 nk beli setem x?????ade setem dri thun 1953-2008

    [REPLY]

  6. ida.z on October 20, 2009 at 9:54 am

    alamak…takutnya..mula2 baca psl setem..ida pun teruja gak..nnt balik rumah mak nak carik balik buku setem ku itu..

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ida, oo..kumpul setem jugak ye

    [REPLY]

  7. zatty on October 20, 2009 at 11:45 am

    seram!

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    zatty..ahaks

    [REPLY]

  8. eliss on October 20, 2009 at 12:41 pm

    mungkin tindakbalas kimia kot..hikss..
    jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :twisted:
    .-= eliss´s last blog post..Berkelah Kat Tepi Highway? =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    eliss, mungkin kot.. ha..ha

    [REPLY]

  9. farah on October 20, 2009 at 1:26 pm

    uishh..mmg misteri ni!

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    farah, misteri nusantara

    [REPLY]

  10. Jiji on October 20, 2009 at 3:42 pm

    Wushhh!!! kalo baju jadi hitam okeh laa maybe dakwat dia ke apa ke.. ni kepala ilang pastu nampak background belakang AHhhhhhhhhhhh!! Kak Rosss ni!!
    .-= Jiji´s last blog post..Bulu Mata Anis Manis =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    Jiji, ni real punya.. takde edit2 pakai photoshop ..he..he

    [REPLY]

  11. sitisifir10 on October 21, 2009 at 8:44 am

    Ros, ke asal2 nya dah memang takde kapla…eh tapi takkan lak diorang buat setem yang takde kepala ek…uh, saya takde lak koleksi tu kalau tak boleh kita compare tengok…

    saya pun banyak gak buku setem ada 7-8 jugak. Yang Malaysia punya ada 2 yang besar… termasuk yang setem zaman seblom merdeka pun ada. Dulu2 ada ramai penpal dari merata ceruk alam. Sayang jugak rasa tak follow up diorang ek…musti diorang semua dah gumuk2…ahahahaha…

    Masa sekolah menengah, saya siap buat bookmark lagi if ada setem yang ada lebih dari 3 pcs….owh ya, my father was a postman…so setem hari pertama tu dulu2 memang keep in track laaa

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    sitisifir, dulu ada gambar lady D kat situ.. memang hilang…he..he

    waah.. setem before merdeka.. simpan baik2 tu.. ada potensi naik harga juta-juta tu..

    [REPLY]

  12. su@mamasyaza on October 21, 2009 at 10:08 am

    daku masa kecik2 dulu pun suka gak kumpul setem ni…memang best…pastu anak2ku pun skali sekarang ni menyambung hobiku….tapi disebabkan zaman sekrg kita dah jrg berhubung melalui surat menyurat..jadik dah berkurangan la hobi tu…
    .-= su@mamasyaza´s last blog post..AkU KeNa AmIkS CuTi =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    su, a ah.. betul tu, sekarang ni mana ada pakai surat sangat ni kecuali surat rasmi kan..he..he

    [REPLY]

  13. Hanz on October 21, 2009 at 4:27 pm

    ROS!! Sungguh ker ni?!!

    X silap me ada setem Prince Charles & Lady D jugak tapi tah kemana buku setem tu..most barang dalam kotak..oh,nak kena punggah pulak! Nanti kalu jumpa, me let u know..kot2 terjadi perkara sama..harap2 taklah..seramnyer!!!
    .-= Hanz´s last blog post..[STICKY MODE] Chatterbox 1st Anniversary Giveaway =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    hanz, sungguh! yg pelik me search kat google dan jumpa setem yg sama jadi macam tu jugak..misteri.. misteri

    [REPLY]

  14. mama emma® on October 21, 2009 at 5:07 pm

    kalau betul la benda nie (bukan nak kata u tipu, maksud i benda nie jd kat i sorg je), u boleh jual tau stem tu.. jual kat collecters.. sure ramai yg nak beli..

    x pun u leh check kat amcorp mall. situ every weekend ada flea market, ada stamp collectors ramai kat situ.. leh tanya depa..

    (kalau i kat ofis lama, leh i tanya x-bos i.. sbb dia mmg collectors..)
    .-= mama emma®´s last blog post..- SAPA PUNYE BIRTHDAY 2DAY? - =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    mama emma, bukan me sorang je.. me nampak kat internet ada 2 kes sama..

    rasa tak macam nak jual, simpan je buat pekasam..ha..ha

    [REPLY]

  15. sya on October 21, 2009 at 9:12 pm

    ish, misterinya..
    mula la nak google2 jugak nih..
    hehehe
    .-= sya´s last blog post..bukan superman? =-.

    [REPLY]

  16. h4ni3 on October 22, 2009 at 4:40 pm

    kalau dapat google gambar sebenar b4 Lady D ‘hilang’, lagi BEST :)
    .-= h4ni3´s last blog post..Anakku Ceria Giveaway Contest =-.

    [REPLY]

  17. tom on December 2, 2009 at 5:07 pm

    seram bile gua tengok gambar tu ememememememem………….??????

    [REPLY]

  18. tunbegia on February 24, 2010 at 4:41 pm

    sungguh misteri,

    salamm,
    .-= tunbegia´s last blog post..Tunbegia feat xiii nam =-.

    [REPLY]

  19. catlina on May 13, 2010 at 9:14 am

    teringat koleksi setem sy…dah hancur dimakan anai2 …rumah diserang anai2..masa tu mama abah pun tak duk umah kami..sebab abah keje kat KL..so umah kelantan tu tak diduduki selama 3 tahun…sedih ah kak ros..sy kumpul sejak darjah satu(hasil ikut2an kaka nye hobi)..ade 3 buah kalau tak silap..
    .-= catlina´s last blog post..Tadaaa…. =-.

    [REPLY]

  20. khairul on May 25, 2010 at 11:52 pm

    Xnak jual ke setem2 tue? Klu sy mahu borong, berapa mahu jual?

    [REPLY]

  21. kalsom on February 22, 2011 at 12:49 pm

    JEMPUTAN PENGLIBATAN PROGRAM HARI BERSAMA PENGUMPUL SETEM DI
    MUZIUM NEGARA SEMPENA PAMERAN SETEM 1MALAYSIA 1 DUNIA

    Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Pos Malaysia sedang mengadakan Pameran Setem 1Malaysia 1 Dunia di Muzium Negara. Bersempena dengan pameran tersebut, pihak Jabatan ingin menjemput semua pihak yang berminat untuk menyertai aktiviti berkenaan seperti butiran berikut :-

    Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)
    Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
    Tempat : Dataran Muzium Negara

    2. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan berbesar hati menjemput tuan/puan pengumpul dan peminat setem atau baru berjinak-jinak dengan pengumpulan setem untuk menyertai aktiviti ini yang bertujuan untuk mempamerkan setem, menjual dan bertukar-tukar setem diantara peminat setem lain. Untuk makluman tuan/puan, ruangan tempat tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

    3. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada urusetia aktiviti selewat-lewatnya pada 24 Februari 2011 (Khamis) atau fakskan ke no. 03-22671047.

    4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 03-22671045 atau di talian 019 6175396 / Puan Norzila Diana binti Mansor di talian 03-22826255 ext: 227, 265,109 dan 360 . Kerjasama tuan/puan di dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Siapa Ros Ibrahim? Dah masuk 38 dah umur dia. Panggil je dia akak Ros. Umur je banyak. Rupa dan pemikiran tetap muda :D

Nuffnang

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

Learn Mandarin

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots