Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Puteri Balqis Azizi. Aqish. Kelas. Mantap. Hebat. Terbaik!

Raya kedua saya tidak ke mana. Mengadap TV lah kerjanya. 9.30-11.30 pagi.

Nur Ramadhan. Idea dan skrip oleh Mama Bella. Memang best. Lebih lagi bila Puteri Balqis Azizi adalah watak utama. Hebat dia menghayati watak Nur. Kalah Mia Sara Nasuha!

puteri balqis azizi 14 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Nur (Puteri Balqis) kanak-kanak periang, rajin dan petah berkata-kata. Sejak ibunya, Killa (Fouziah Gous) berkahwin lain, Nur tinggal bersama neneknya di kampung.

Nur dibawa tinggal di bandar bersama dengan Killa dan bapa tirinya, Latif (Fauzi Nawawi), setelah kematian neneknya seminggu sebelum puasa.

puteri balqis azizi 20 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Tapi Latif benci dengan Nur yang dianggap penyibuk dalam keluarganya. Killa yang sarat mengandung serba-salah. Anak atau suami? Nur pula tak jemu berusaha menagih kasih sayang bapa tirinya.

Jiran sebelah, Opah Mami (Normah Damanhuri ) menjadi tempat Nur meluahkan perasaannya. Malah Opah Mami sering mengajar Nur membaca zikir Ya Latif (Yang Maha Lembut) dan berdoa supaya ayah tirinya lembut hati. Kebetulan nama ayah tiri pun Latif.

Terkesan melihat Puteri Balqis sebagai Nur. Petah berkata-kata. Dialog dilontarkan seiring mimik muka. Suara serak-serah basah begitu gemersik. Membaca doa dan berzikir.

Paling tersentuh bila dia menangis ketakutan pada kilat. Sangat menyakinkan.

Fauzi Nawawi pula memang sesuai jadi bapa tiri. Budak kecik dijadikan musuh. Memang nak kena debik. Garang tak bertempat. Nur cium perut ibunya pun nak marah. Dalam garang ada unsur kelakarnya. Heh heh.

Pelakon Nur Ramadan TV3: Fauzi Nawawi, Fouziah Gous, Adik Balkis, Normah Damanhuri, Maimon Mutalib

Siapa Puteri Balqis Azizi? Budak kecik. Comel. Pelakon iklan susu Every Day. Iklan susu yang menonjolkan tiga generasi nenek, ibu dan anak. Menyanyi sambil menocang rambut dan minum susu.

puteri balqis azizi 19 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Puteri Balqis Azizi pandai berlakon watak sedih. Baru 5 tahun umurnya. Tapi kehebatannya menjiwai watak lebih beratus kali ganda dari Mia Sara Nasuha.

Peminat Mia jangan marah. Hanya pandangan saya semata-mata. Ada ramai kanak-kanak berbakat hebat. Tapi mungkin pengarah lebih memandang kecomelan wajah sebagai kayu ukur. Sebab itu ramai yang berbakat tidak digilap.

Kulit putih. Hidung mancung. Kurang petah. Lebih diutamakan. Kulit kurang putih. Hidung tak mancung. Petah bercakap. Jarang dipandang. Lumrah dunia. Nyata dan lakonan.

Mia Sara Nasuha mula terkenal bermula drama Adamaya tahun 2010. Umur ketika itu 5 tahun juga. Tapi watak Mia sebagai Amani dalam Adamaya tidak banyak dialog. Hanya ditonjolkan sebagai watak kanak-kanak comel.

puteri balqis azizi 13 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Puteri Balqis Azizi pula memang terserlah penghayatannya. Watak ceria, nakal, sedih dan takut seiring terpapar di mata, wajah dan suara. Sangat terkesan. Mampu membuatkan kita menangis.

puteri balqis azizi 03 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Aqish nama manjanya. Sudah banyak drama dan telemovie dilakoninya. Tapi ramai yang seolah tidak sedar kewujudannya. Tiada kisah dipaparkan dalam blog hiburan terkenal. Lumrah. Kita lebih tertarik pada sesuatu yang comel dan popular.

Tapi tidak semua pengarah seperti David Teo. Ada juga yang tidak memandang wajah cantik dan comel semata-mata. Heh heh.

Drama pertama Puteri Balqis Azizi adalah Gemilang arahan Khabir Batia. Berikut ialah senarai drama dan telemovie yang dilakoni Aqish.

DRAMA

  • Gemilang TV3
  • Mencari Athiran RTM
  • Bicara Hati Astro Prima
  • Berlari ke Bintang TVHijrah
  • Hanya Dengan Bismillan RTM
  • Takdir Qismah TV3
  • Kambingku Yaggy RTM

DOCUMENTARI

  • Tribute to Saloma RTM

TELEMOVIE

  • Dimana Kan Ku Cari Ganti (Tribute to P.Ramlee) RTM
  • Zuriat Yang Tercalar TV9
  • Aduh Sayang TV3
  • Mr Labuci TV3
  • Pelarian TV3
  • Kalut Raya TV Hijrah
  • Mencari Nurfitri TV9
  • Tiada Raya Tahun Ini TV Hijrah
  • Nur Ramadhan TV3

Telemovie Aduh Sayang. Lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Puteri Balqis Azizi melakonkan watak Fateha masa kecil.

puteri balqis azizi 07 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Telemovie Mr Labuci. Saya sangat sukakan cerita ini! Puteri Balqis Azizi sebagai Mimi anak kepada Malik @Mr Labuci (Azhan Rani) dan Zulaikha (Rozita Che Wan).

puteri balqis azizi 21 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Telemovie Pelarian. Puteri Balqis Azizi sebagai Bobok yang miskin dan comot. Sangat mantap. Hebat.

puteri balqis azizi 08 Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

Serba boleh Aqish. Tidak terkongkong dalam watak comel semata-mata. Angkat ibu jari!

Biodata Puteri Balqis Azizi

  • Nama: Puteri Balqis Azizi
  • Nama Panggilan: Aqish
  • Tarikh lahir: 12 April 2007
  • Warna kegemaran: Pink
  • Facebook Official Page: Aqish Puteri Balqis

Pendapat peribadi. Puteri Balqis Azizi kanak-kanak comel. Punya senyum menawan. Punya wibawa. Punya penghayatan watak yang hebat. Punya potensi besar. Pelakon kanak-kanak terbaik di mata saya.

Angkat ibu jari!




Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  21 comments for “Puteri Balqis Azizi | Lakonan Mantap Aqish Dalam Nur Ramadhan TV3

  1. man
    August 24, 2012 at 1:58 pm

    Luvvv aqishhhh.one in a million!! :!:

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @man, me too! :razz:

    [REPLY]

  2. September 5, 2012 at 10:17 am

    http://littlemamadiary.com, mama adalah penulis skrip Nur Ramadan. Terima kasih daun keladi sebab sudi up kan tele ini ya. Really appreciate. Semoga terkesan di hati penonton :D

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @Mamabella, hi!! mama bella punya skrip memang sangat best :D

    [REPLY]

    Rosnie Reply:

    @Mamabella, best betul cite ni.sekejap saya gelak bagai nak gila tgk lakonan fauzi nawawi,jap lak menangis tgk lakonan aqish….mmg best.99/100 mark

    [REPLY]

  3. naz
    September 7, 2012 at 4:04 pm

    pernah tengok lakonan dia dalam perlarian sebagai bobok… saya setuju pendapat awak, putri balqis ni mmng pndai berlakon.. intonasi pun x seperti mmbaca ketika berlkon…

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @naz, telemovie Pelarian dicalonkan dalam Anugerah Skrin!! tayangan semula pada 16hb Sept ni.. tengok jangan tak tengok!

    [REPLY]

  4. qashaf
    September 9, 2012 at 5:53 am

    Tiada publisiti..kewujudannya dipandang hanya sebelah mata.walhal lakonannya setanding kanak2 luar negara.salute aqish a.k.a bobok.!!!!

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @qashaf, betul tu.. macam bakat tak dipandang langsung kan.. tak apa.. Anugerah Skrin sudah dicalonkan (Pelarian @Bobok)..

    [REPLY]

  5. hanes
    September 10, 2012 at 4:34 am

    Aqish mmg best… i adore her very much.. tgk dia dlm MHI raye hari tu, kecik je.. sopan + bijak pulak tue.. mula2 tgk dia blakon drama zuriat yg tcalar.. trus jatuh cinta.. tp x nmpk pula lps tu and coming drama Aduh syg.. hmm lakonan aqish ni sgt menyentuh hati.. lbih2 part sedih + nangis.. mesti nk ikut sm nangis.. drama lakonan aqish da jd koleksi sy ada 5 smua (Aduh sayang, mr.labuci, pelarian, tiada raya tahun ini dan fajar syawal).. smua lakonanny hebat wlpn dialog pjg ke pendek ke..hmm tertanya2 mcm mn si aqish ni boleh menjiwai watak2 tsebut wlpn wktu umur die bru 5 thn skrg ni.. dahsyatla aqish ni.. apapun aqish mmg superb.. tiada keraguan di hatiku ;D

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @hanes, setuju sangat.. sokong Aqish sebab dia memang berbakat besar :razz:

    [REPLY]

  6. alex
    September 12, 2012 at 8:19 pm

    I berani cakap,lepas pelarian,barulah wartawan akn terhegeh2 nak interview aqish nie.ade satu sumber mengatakn wartawan mmg xpeduli.kadang2 tue even dia watak utama pon xde nama dia dlm berita atau majalah.yg terbaru i tgok web,nama aqish xde dlm nama2 pelakon.kesian gila.hope she n her family sabar.sedih kot klau dianktirikn nie.tp klau lepas nie family aqish xlyn wartawan,they have a very strong reason!!!

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @alex, Pelarian sudah tercalon dalam Anugerah Skrin. Kita tengok what will comes next. Wartawan memang suka yang cantik, comel, putih gebu dan muka macam mix je kot he he. Blog hiburan pun sama. Asyik nama yang sama diupkan (walaupun tak berbakat mana & ada tu tak pernah berlakon pun dicanangkan as artis lol).

    Tak apa lah kalau wartawan dan blog hiburan tak nak upkan Aqish. Saya canangkan kat my blog yang tak seberapa ni ;-) . Aqish pun tak kurang comel. Petah bercakap pulak tu.

    I tak rasa parents Aqish akan buat macam tu pada wartawan. Mereka sangat low profile, humble dan tidak mementingkan populariti. You can see that value in Aqish. Dia adalah pelakon berbakat yang petah, cerdik dan sopan.

    [REPLY]

    saya nizam Reply:

    @Ros Ibrahim, saya nk tanya, ada x rakaman nur ramadhan? saya xsempat tengok… puas saya cari…

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @saya nizam, saya takde.. rasanya kat YouTube pun takde…

    [REPLY]

  7. Peminat Aqish
    September 17, 2012 at 12:16 am

    This little princess sememangnyer dianugerah bakat. Kalau Aqish nangis kite pun turut sama nangis.
    Thumbs up untuk si cilik comel ni.

    [REPLY]

  8. aqish d great
    September 18, 2012 at 10:04 am

    Sayang aqish.jujur sgt bila dia melontarkn ayt.mmg dari hati.bkn utk populariti

    [REPLY]

    hanes Reply:

    @aqish d great, sy setuju dgn awk.. aqish x seperti pelakon kanak2 lain… shes got soul dlm lakonan die.. smpi kite penonton2 yg tgk die pun terasa same pe yg die nak sampaikn dlm lakonan die.. she s very natural.. bile sedih intonasi suara die mmg btul2 sedih.. bile part nakal dan bersahaja mcm kat telefilem ‘tiada raya tahun ini’ intonasi die berubah ceria.. dan paling sy suke expresi muka aqish.. die pandai bermain dgn emosi even she only 5 yrs old.. i love n adore her so much… wish her best of luck on her future..

    [REPLY]

  9. November 4, 2012 at 12:41 pm

    Budak ni memang pandai laa berlakon.. dengan suara die serak plak tu memang best laa.
    Seorang Blogger bernama teratakbiz´s last blog post post..Belajar Cara Menjahit Baju Kurung

    [REPLY]

  10. nina yusuf
    December 4, 2012 at 11:56 am

    love how her doing herself on camera. she know what should she behave. since kemunculan aqish on nur ramadhan, i dah boleh bezakan ivalue pada child, sory to say, my own opinion, mia sara hanya pandai menyerlahkan kecomelan & aqish pula menyerlahkan watak yg di bawa. itu value yg kita nak. ^_^

    [REPLY]

  11. dannishawatiy dusanne
    December 22, 2012 at 9:55 pm

    aqishh nie mmang terbaik..la…tpi mia lgi best la…syg mia x berlakon lgi..hehehe

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif