Isnin, 2 Julai 2012 – saya ke SACC Mall. Ada Pesta Buku Selangor 2012 di situ. Dari 29 Jun – 9 Julai 2012.
Tapi saya bukan nak cari buku. Buku-buku kat rumah dah berlambak. Tak terbaca pun ada.
Bilik bacaan dah jadi macam stor. Nak cari buku pun susah. Sebab tu buku-buku tak terbaca. Alasan yang hebat..he..he..he!
Terjah SACC Mall pukul 8.30 pagi. Ruang pameran Pesta Buku Selangor 2012 mula dibuka pukul 10.00 pagi. Saya pukul 8.30 dah terpacak di sana.
Bukan kiasu. Teruja terlebih. Sebab anak ada persembahan pentas di SACC Mall. Taska anak terlibat dalam aktiviti sempena Pesta Buku Selangor 2012.
Persembahan kanak-kanak taska dimulakan dengan Watak Buku Cerita. Budak-budak disolek dan dipakaikan kostum berasaskan watak dalam buku cerita. Ada hantu, alien, Hercules, arnab dan macam-macam lagi.
Izzah masuk persembahan tarian. Pakai skirt rambu-ramba. Menari lagu Doraemon. Ya.. lagu kartun Doraemon. Makluk asing bulat warna biru tu.
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
Sangat kiut. Sangat teruja. Sangat terhibur. Hi hi hi!
Tiga orang penari memang biasa masuk persembahan. No hal bagi mereka. Izzah pulak baru pertama kali. Latihan pun 2 hari sahaja. Kes last minute notice.
Tapi Izzah sangat happy menari. Senyum memanjang atas pentas. Koreografi lari sikit pun tak mengapalah. Janji seronok!
Lepas tarian ada persembahan koir. Nyanyi lagu 1 Malaysia. Hebat!
Big Babah pun ada datang support Izzah. Bukan mudah parents sanggup cuti semata nak saksikan anak umur 4 tahun buat persembahan ni. Boleh kira berapa orang ibu/bapa yang datang hari tu.
Ada 2-3 budak mengadu pada saya. Mak dan ayah kerja. Tak boleh datang tengok. Muka tunjuk sedih. Kesian.
Mesti mereka hairan. Kenapa mama Izzah ni mesti ada time Izzah join aktiviti macam ni. Mestilah. Sebab mama Izzah suka kepochi.
Kepochi ya. Suka ambik gambar anak in action dengan kawan-kawan pun ya. Budak cepat membesar. Saya ni pulak bekerja. Bukan sepanjang masa boleh berada disamping dia. Kalau ada peluang melihat anak-anak buat aktiviti, rebutlah.
Habis persembahan, Izzah dan kawan-kawan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan satu teacher. Masing-masing dibawa melawat booth Pesta Buku Selangor 2012.
Masing-masing main grab saja barang-barang yang nampak comel. Erk.. parents ada bagi duit belanja ke tu? Pening kepala teacher melayan kerenah budak-budak yang tetiba menjadi shopaholic.
Izzah pulak. Singgah booth Upin Ipin, ambik komik Upin Ipin. Macam tahu baca dengan betul. Singgah booth Ana Muslim, ambik wallet, badge, notebook dan sticker. Nasib baik ada bank bergerak. Saya lah tu!
Lepas habis memborong, Izzah dan kawan-kawan balik ke taska naik bas. Saya terus memandu ke pejabat.
Kalau ikutkan rasa malas, memang kepingin cuti terus satu hari. Minggu pertama setiap bulan adalah minggu closing. Maka terpaksa rajinkan diri sambung kerja. Pekerja cemerlang memang begini. Cemerlang lah sangat. Kih kih!
This content has been Digiproved © 2012 Ros Ibrahim

























Alahai..
Comeynya Izzah.. Seronok betul tengok gelagat dia, sewaktu join event ni..
Seorang Blogger bernama Anuar´s last [type] post..Tempahan Pak Ya Homestay sempena musim Perayaan
[REPLY]
Ahaa,..Madihah sabtu ni ade konsert tadika dia, saya pulak tak sabar nak tengok dia kak..hehe
Seorang Blogger bernama Nia´s last [type] post..Tips Menambah Susu Ibu
[REPLY]