Perniagaan Sendiri | Nak Meniaga Apa?

Kalau nak berjaya dalam perniagaan, kita kena pasang niat untuk senangkan hidup pelanggan.

NIAT BUAT UNTUNG = FOKUS PADA DUIT HASIL JUALAN = FOKUS PADA DIRI SENDIRI = PELANGGAN TAK HAPPY DAN LARI = RUGI

NIAT SENANGKAN PELANGGAN = FOKUS PADA PELANGGAN = PELANGGAN HAPPY = UNTUNG

So, macam mana nak senangkan hidup pelanggan? Ada banyak cara. Itu akan dibincangkan dalam lain entri.

Tapi, perkata utama yang kita kena fikirkan sebelum memulakan perniagaan ialah APA kita nak jual?

APA tu merangkumi samada barang atau perkhidmatan. Kalau barang macam baju, kasut, make up etc. Kalau perkhidmatan macam khidmat fotografi, design header blog etc.

Adalah sangat penting kita pilih produk atau perkhidmatan yang sesuai dan menguntungkan untuk perniagaan kita.

Ingat ye.. bila pelanggan senang dan happy = perniagaan akan maju dan untung.

Jadi, kita kena pilih produk atau perkhidmatan yang ada permintaan tinggi dan unik. Fokus kita mestilah untuk menyenangkan kehidupan pelanggan.

Kalau kita jual produk : produk kita mesti unik dan consumable

Kalau kita jual perkhidmatan : perkhidmatan kita mesti unik dan renewable

Unik bermaksud pelanggan hanya boleh beli dari kita. Barang itu tidak boleh dibeli di kedai biasa. Contoh kalau kita jual custom made bag diperbuat dari perca jeans. Memang unik!

Consumable bermaksud pelanggan akan beli lagi dari kita atau refer kawan dan keluarga untuk beli dari kita.

Renewable bermaksud pelanggan akan guna lagi perkhidmatan kita atau refer kawan dan keluarga untuk guna perkhidmatan kita.

Jual Barang vs Jual Perkhidmatan

Sebelum mulakan perniagaan, kita kena fikir dulu apa kita nak jual.

Nak jual “diri” kita atau nak jual barang?

Jual “diri” tu maksudnya jual perkhidmatan. Tapi bukan perkhidmatan macam pelacur atau GRO tau.

I ada pengalaman dalam dua-dua jenis perniagaan. Jual “diri” = jual perkhidmatan iaitu perkhidmatan fotografi kanak-kanak dan jual barang iaitu jual baju kanak-kanak dan supplemen kesihatan.

Setelah terlibat dalam dua jenis perniagaan ini, I dapati perniagaan jual “diri” adalah sangat memenatkan. Malah, I tidak akan jadi kaya jika meneruskannya.

Perniagaan fotografi boleh jadi perniagaan yang menguntungkan kalau seni gambar yang diambil unik dan mendapat permintaan yang tinggi dari golongan berada *contoh: Saiful Nang*. Ia akan menjadi untung jika I mampu buat sepenuh masa *tapi sebab I kerja makan gaji so boleh buat part-time weekend sahaja*.

Pendek kata, disebabkan kekangan masa, I tidak boleh buat sesi fotografi yang secukupnya untuk mencipta kekayaan.

I rasa kebanyakan perniagaan berasaskan perkhidmatan bergantung kepada masa. Contoh lain ialah perkhidmatan gunting rambut. Berapa caj gunting rambut? Katakan RM10 sekali potong.

Dalam sehari berapa orang kita dapat potong rambutnya untuk balik modal dan dapat untung? Tak perlu kira. Kalau kita nak kaya dari perkhidmatan gunting rambut memang susah. Ada had berapa jumlah orang yang kita boleh potong rambutnya dalam sehari. Limited.

Dalam perniagaan perkhidmatan, diri kita adalah produk perniagaan dan sebagai manusia kita ni ada batasnya. Kita kena rehat, makan dan tidur. Ada masanya kita sakit.

Sebaliknya kalau kita meniaga barang memang sangat berbeza. Barang kita boleh dapatkan seberapa banyak yang kita nak bergantung pada modal kita. Jadi, barang boleh dijual seberapa banyak yang kita nak untuk menjadi kaya.

Perniagaan berasaskan perkhidmatan memang menggunakan masa dan tenaga yang banyak. Jika semangat tidak kental kita tidak pergi jauh dengan perniagaan berasaskan perkhidmatan. 

 

Forever Living Malaysia
BARU DAPAT GAJI TAPI DUIT DAH HABIS?? BAYAR BIL HUTANG HINGGA KENA IKAT PERUT?? ANAK NAK MAKAN PUN TERPAKSA CATU?? TAK ADA SIMPANAN??

Ekonomi sekarang sangat tidak stabil. Harga barang semuanya naik. Jangan mengeluh saja tanpa berbuat apa-apa. Hidup mesti diteruskan. Jom sama-sama tambah pendapatan. Yang kerja makan gaji boleh buat part time. Yang menganggur, suri rumah, tengah belajar dan sudah bersara boleh buat sepenuh masa.

Kalau tengok baki akaun bank RASA NAK NANGIS atau bila buka purse/wallet/beg duit rasa susahnya nak survive hidup, tu maknanya dah kena cari jalan buat side income. Bila peluang bisnes tanpa modal besar datang depan mata baik ambik cepat-cepat. Anda boleh mulakan bisnes Aloe Vera Forever Living dengan hanya RM105 sahaja!! FREE 1x Aloe Vera Gel bernilai RM96 dengan setiap pendaftaran agen baru.

Whatsapp AHLI ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli

RM105 pun tak ada? Jangan risau. Saya juga membuka peluang bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship Aloe Vera.

Whatsapp DROPSHIP ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://khasiataloevera.com/borang-dropship/

Maklumat Lanjut:
http://BisnesAloeVera.com
http://JusAloeVera.com

http://rosibrahim.flp.com

Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba "MAHAL" hari ini. Ameen.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

😉 😐 😡 😈 🙂 😯 🙁 rolleyes.png 😛 😳 😮 mrgreen.png 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❓ ❗ 

CommentLuv badge