Penyakit Berjangkit | Tanda dan Gejala Hand Foot Mouth Disease (HFMD)

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut atau Hand Foot Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak.

Penyakit HFMD

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan, sebanyak 2,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara hingga Ogos 2011. Lima negeri mencatatkan kes paling banyak ialah Sarawak dengan 914 kes, diikuti Selangor (513 kes), Johor (300 kes), Perlis (300 kes) dan Pulau Pinang (263 kes).

Penyakit HFMD semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini di Selangor. Banyak Taska terpaksa ditutup bagi proses pembersihan dan nyahkuman segala ruang dan peralatan.

Hasil pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan mendapati Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV 71) adalah penyebab utama. Virus ini merebak secara kontak dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara tiga hingga lima hari.

Penyakit HFMD

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air (blister) muncul di tangan, kaki dan dalam mulut.

Terdapat ulser kecil yang banyak pada tekak dan tonsil manakala tangan, kaki dan punggung dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil).

HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

Kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah terkena penyakit kaki, tangan dan mulut TETAPI orang dewasa juga boleh menghidapi HFMD.

Penyakit HFMD

Tanda-tanda penyakit HFMD ialah:

  • Demam *tanda pertama*
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasandiaper (lampin).
  • Vesikel/blister/lepuhan pada tapak tangan dan tumit kaki.
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Tanda pertama terkena penyakit HFMD ialah demam dan diikuti sakit tekak *sakit semasa menelan* dalam masa 1-2 hari selepas demam. Gunakan lampu suluh untuk memeriksa jika ada ulser dalam mulut.

Ulser penyakit HFMD adalah kecil-kecil tetapi dalam jumlah yang banyak. Ulser juga banyak tertumpu pada kawasan berhampiran tekak *throat*. Ulser ini menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa semasa menelan.

Penyakit HFMD

Bintik-bintik merah atau lepuhan/blister pada celah jari dan tapak kaki serta tangan juga akan muncul.

HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.

Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.

Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.

Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.

Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.

HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.

Forever Living Malaysia
BARU DAPAT GAJI TAPI DUIT DAH HABIS?? BAYAR BIL HUTANG HINGGA KENA IKAT PERUT?? ANAK NAK MAKAN PUN TERPAKSA CATU?? TAK ADA SIMPANAN??

Ekonomi sekarang sangat tidak stabil. Harga barang semuanya naik. Jangan mengeluh saja tanpa berbuat apa-apa. Hidup mesti diteruskan. Jom sama-sama tambah pendapatan. Yang kerja makan gaji boleh buat part time. Yang menganggur, suri rumah, tengah belajar dan sudah bersara boleh buat sepenuh masa.

Kalau tengok baki akaun bank RASA NAK NANGIS atau bila buka purse/wallet/beg duit rasa susahnya nak survive hidup, tu maknanya dah kena cari jalan buat side income. Bila peluang bisnes tanpa modal besar datang depan mata baik ambik cepat-cepat. Anda boleh mulakan bisnes Aloe Vera Forever Living dengan hanya RM45 sahaja!!

Whatsapp AHLI ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli

RM45 pun tak ada? Jangan risau. Saya juga membuka peluang bisnes tanpa modal dengan menjadi agen dropship Aloe Vera.

Whatsapp DROPSHIP ke Ros Ibrahim 016-888 6740.

Boleh juga isi borang di http://khasiataloevera.com/borang-dropship/

Maklumat Lanjut:
http://BisnesAloeVera.com
http://JusAloeVera.com

http://rosibrahim.flp.com

Semoga dimurahkan rezeki kita semua dalam memenuhi keperluan dunia yang serba "MAHAL" hari ini. Ameen.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

😉 😐 😡 😈 🙂 😯 🙁 rolleyes.png 😛 😳 😮 mrgreen.png 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❓ ❗ 

CommentLuv badge