Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

August 24, 2010
By

Ana tahu ramai entee-entee yang langsung tak jejak pasar Ramadhan kan. Sebab rajin masak sendiri. Tabik spring pada entee semua. Bagus tu masak sendiri. Jimat. wpml good Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

Tapi ana nak tanya pada entee-entee yang macam ana ni.. yang terpaksa masak kat pasar Ramadhan..he..he

Entee rasa peniaga pasar malam atau bazaar Ramadhan ni ada yang menipu tak?

Hmmm.. hari itu.. ada sekali *pertama kali sebenarnya sejak Ramadhan tahun ini*… ana singgah ke pasar malam. Sebab ana teringin nak makan puding caramel. Tapi dekat pasar malam di situ tak ada jual puding caramel.

Jadi ana berjalan satu pusingan di pasar malam dan ternampak ayam panggang. Fuhh.. terliur tengok dan terus beli sebab nampak dia punya kuah santan berkilat-kilat disapu dekat ayam.

ayam Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

Tapi ana merasa sangat kecewa dan rasa tertipu ya entee. Sebab yang ana ingat kuah santan itu rupanya kuah tepung jagung!!

Peniaga itu telah mencampurkan santan dengan tepung jagung yang sangat banyak. Tujuannya nak pekatkan kuah. Tapi bila kuah santan dah sejuk.. ia telah bertukar menjadi jeli yang sangat menggelikan!

Dah jadi macam makanan bayi yang pekat berketul-betul. Sebab itu ana sangat kecewa.

Padi hari yang sama, ana juga beli otak-otak (asal Johor kan) dan sata (asal Terengganu). Tapi ana kecewa juga. Sebab otak-otak yang sepatutnya rasa ikan dan udang hanya berperisa tepung yang tawar.

otak otak Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

Sata tu juga sepatutnya dibuat dari isi ikan dan cili tapi hanya ada tepung, sedikit rasa ikan dan terlebih kelapa parut.

sata Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

Oh.. terkilan sungguh ana tau. wpml cry Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

Agaknya peniaga pasar malam tersebut.. nak cepat pergi Haji la kot. Sebab itu dia mengurangkan timbangan bahan-bahan asal di dalam resepi kuah ayam panggang, otak-otak dan sata. Sebab itu dia menukarkan bahan-bahan dalam resepi kepada bahan yang tak sepatutnya ada dalam resepi macam tepung jagung dan kelapa parut.

Sebut pasal kelapa parut. Sejak ana menetap di KL dan kawasan sewaktu dengan ini.. ana dapati kebanyakan kuih yang asalnya menggunakan ikan telah dicampur lebih banyak kelapa parut dari ikan. Memang lah kelapa lebih murah tapi patut ke sampai menggantikan hampir 90% bahan asal kepada kelapa parut sebab nak untung?

Tobat la ana tak mau masak dekat pasar malam lagi…hu..hu

Image credit to Google Image.

Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang. (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa Sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, Pada suatu hari yang besar, (yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam? (Al-Muthaffifin: 1-6)

Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu’aib. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, Sesungguhnya Aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan Sesungguhnya Aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat).” (Huud: 84)

sejahtera 2 Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , ,

34 Responses to Peniaga Pasar Malam Bazaar Ramadhan Menipu?

  1. Tifa on August 24, 2010 at 7:59 am

    Tifa pernah beli pulut panggang ..Tapi isi dia seciput ….celah gigi aje isinya..memang sedih sungguh ..Pernah beli karipap, isinya tak sampai suku pun….bazar Ramadhan adalah tempat orang mencuba-cuba untuk berniaga :)

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    tifa, rezeki tak berkat tu buat cam gitu kan

    [REPLY]

  2. Wan Anie on August 24, 2010 at 8:02 am

    Memang ramai peniaga yang macam ni tahu nak untung saja, tapi keberkatan berniaga tu macamana nak dapat kalau menipu begini, sebab itu saya tak ke pasar ramadhan lagi tahun ni, tengok penjual pun tak teringin nak rasa masakan diorang, takut apa yang masuk dalam perut jadi tak elok.

    Masak pun simple dimple jer kak ros, janji bersih. Silap haribulan boleh cirit birit bila beli makanan pasar ramadhan ni. Makanan dijual untuk org berbuka, perlulah makanan yang baik2 tapi lain pula jadinya….

    sorry terpanjang pulak
    Seorang Blogger bernama Wan Anie´s last [type] post..Menu Berbuka

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    wan anie, terpanjang 10km pun tak apa..he..he

    itu lah.. nak meniaga gaya camni menganiaya orang je

    [REPLY]

  3. strawberi on August 24, 2010 at 8:05 am

    itula psl bulan pser mmg paksa diri utk masak..sbb tanak frust..hehe
    Seorang Blogger bernama strawberi´s last [type] post..berbuka@ PICC

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    strawberi, kadang2 teringin gak tu..he..he

    [REPLY]

  4. catlina on August 24, 2010 at 8:15 am

    setakat ni tak pernah terkena lagi…yang bestnye kak ros, ada satu pasar ramadhan mini kat area umah sy ni, epok2(karipap) dia besau2..3 singgit!mula2 ingat epok2 yang sedap gini…alhamdulillah..memang peniaga tu jujur lah…semua ramuan cukup.

    hehe puding karamel?kak ros, jenguk sini, sy ada resipi mudah dan sedap leh kak ros cuba :) ..

    http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/05/puding-karamel-puding-gula-hangus.html

    satisfaction guaranteed!
    Seorang Blogger bernama catlina´s last [type] post..Legaaaaa

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    catlina, kalau peniaga macam tu memang best!

    puding karamel tu ana nak kena buat time cuti la..boleh cuba ni masa cuti panjang.. mekasih.. kalau tak jadi siap la ko cat.. he..he

    [REPLY]

  5. catlina on August 24, 2010 at 8:16 am

    ** mula2 ingatkan tak sedap gini…
    Seorang Blogger bernama catlina´s last [type] post..Legaaaaa

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    cat, apakah?

    [REPLY]

  6. majoritymama on August 24, 2010 at 8:21 am

    memang betul tu, ada antaranya yang menipu. Yang paling geram kalau dapat makanan basi,sedih sangat.
    Seorang Blogger bernama majoritymama´s last [type] post..Traffic Light Mesra Pengguna

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    majoritymama,

    oucch.. ada jugak yang jual makanan basi ye.. teruk betul

    [REPLY]

  7. AdD on August 24, 2010 at 8:26 am

    bulan pose thn ni belum jejak kaki ke bazar lagi… xsempat dan nak elak rmbang mata, kalau dah nmpk mcm2 semua teringin nnt…payah… puasa thn ni buka kt restoran/gerai mkn ada la 2 3 kali.. mostly masak sendiri jer… jimat, kalau xsedap,sendiri yg msk xleh nak salahkan org lain… tp thn sudah2 ada lah g bazar jugak, kalau terkena yg xsedap tu, terpaksalah telan kan ajer… xbaik membazir.. and yg pasti xbeli kt situ lagi dah…
    Seorang Blogger bernama AdD´s last [type] post..Cikgu xde otak

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    AdD, belum menjejak kaki ke pasar ramadhan.. wa caya sama lu beb..he..he

    tapi yang ayam panggang kuah jeli geli tu tak leh nak telan.. geli tekak..

    [REPLY]

  8. ida.z on August 24, 2010 at 8:32 am

    I pun x jejak Pasar Ramadhan, cuma beli kat restoren yg mmg dah selalu mkn kat situ..at least dah tau mcm mana rasa dia kan.
    Seorang Blogger bernama ida.z´s last [type] post..Weekend

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ida, biasa ana masak jadik tak pernah singgah mana-mana restoran..tu yang terkena tu…hu..hu

    [REPLY]

  9. sitisifir10 on August 24, 2010 at 8:42 am

    k.Ros, owh…entee membantutkan hasrat ana untuk ke pasar ramadhan….hohoho…husband ana akan bising bila ana beli makanan yang tak sedap..katanya kalau ai masak tak sedap dia lalu makan tapi kalau beli tak sedap dia rela lapar
    Seorang Blogger bernama sitisifir10´s last [type] post..Jemput Masuk Giveaway Daku

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    sitisifir, lebih baik entee masak saja lah..he..he

    [REPLY]

  10. eliss on August 24, 2010 at 8:45 am

    yang paling tak best sekali bila cari seri muka..langsung tak berseri..huhuhu
    Seorang Blogger bernama eliss´s last [type] post..Cara melatih anak berpuasa

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    eliss, huwaa.. kesiannya..

    [REPLY]

  11. Fid on August 24, 2010 at 9:42 am

    gua tak pernah pergi pasar ramadhan
    gua rimas ramai sgt manusia

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    fid, lu terer masak.. wa lagi tak terer..ha..ha

    [REPLY]

  12. kambingbujang on August 24, 2010 at 10:05 am

    Huda pun sama, pernah skali jer pergi pasar ramadhan ni. pergi sbb nk cuci mata.

    mmg agak mengecewakan jugak sbb bler beli tau fu fah, gula melaka kaler hitam tp rase tak manis, roti john kosong rege dier rm3.50 paling murah and roti john ayam rege rm4. rasenya cam melampau sgt harganya..kalu sedap bleh la consider, tp rasenya tak berpatutan ngn harga, mmg rase sgt2 tertipu
    Seorang Blogger bernama kambingbujang´s last [type] post..What If I had Six Children That Value No Discipline At All

    [REPLY]

  13. Lisa Hz on August 24, 2010 at 10:23 am

    sbb tu lah kalo nk bli kt pasa2 or bazar ni, kne bli kt peniaga yg btol2 kte da biasa bli je. kalo x mmg frust je lps bebuke tu. kdg tu siap sakit hati tgh mkn. hukkk..
    Seorang Blogger bernama Lisa Hz´s last [type] post..Kisah Kelahiran Faheem – The Delivery

    [REPLY]

  14. roshazzy shag on August 24, 2010 at 10:27 am

    shag lg hebat. ade satu gerai tu die jual ayam goreng. yg die jual hati, pedal, kulit, rangka yg semuanya bergoreng. 1 st week mmg sedap tp masuk 1ns week die jual ayam goreng yg di goreng semula. kita dapat rasa lah kan lain nya. then nampak dgn jelas. ayam yg di goreng semula tu kan hitam hitam je. jd kne pandai pilih.

    plus, ayam dia makin hari makin kecik. harga makin naik >.<"

    [REPLY]

    Sha na Reply:

    Setuju.. sama cam sate ayam..kalau satu cucuk tu, 2 ketul jer dagingnya..yang lain kulit, lemak, hempedal..dah la kulit siap ada bulu lg..pengotor betul! Saya terkena masa kat pasar malam ketereh, kelantan. Semenjak aritu mmg tobat xbeli sate pasar malam lg. Memang ku xhalal duitku itu!!!!!!! :twisted:

    [REPLY]

  15. ummikhayra on August 24, 2010 at 10:51 am

    ninie baru sekali dua pegi pasar malam. Tu pun masa balik kampung sebab abah masuk hospital. So tak sempat masak. Macam tak berbaloi je… huhuhu mahal-mahal harga makanan dia…
    Seorang Blogger bernama ummikhayra´s last [type] post.. Mana Perginyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…………

    [REPLY]

  16. rose on August 24, 2010 at 12:09 pm

    heheh..sy pon pernah terkena..
    lauk ikan keli masak merah..balik2 je..tgk ikan tu keras baling anjing pon mati..sebab ape? sbb depa perangat lauk semalam..haihss..mencik!

    padan muko den sbb maleh nak masak…huhu
    Seorang Blogger bernama rose´s last [type] post..Cantik Tak

    [REPLY]

  17. adianiez AIDA on August 24, 2010 at 1:35 pm

    hmmm ros. lepas membaca post ros ni, aida pun nak share pendapat. BETUL, mereka menipu kita yg kelaparan ni :cry: mereka langsung tak fikir perasaan kita yg makan benda tu tak sedap. tapi, dgn senang hati mereka amik duit kita. yg pasti, harga nyer memang mahal dari sebelum ni… sampai hati mereka mereka itu yg dengan sengaja menghilangkan keberkatan pendapatan mereka…

    [REPLY]

  18. faisya on August 24, 2010 at 1:54 pm

    hmmm memang itu pasti terjadi menjelang ramadhan…penjual yang tak jujur berniaga terutamanya peniaga bermusim ni..tak pe, biar mereka menanggung dosa. mulai ramadhan tahun ni memang saya nekad tak nak pergi langsung ke bazaar ramadhan tuk beli mknn sbb nk elak dr terkena mcm kak ros.biasanya kalau beli pun, beli di gerai yg mmg dia selalu jual kuih/air*kira kerjanya cuma jual kuih/air jer, bukan peniaga bermusim..

    [REPLY]

  19. Hanz on August 24, 2010 at 4:44 pm

    Ros….kitaorang smalam dapat lai chi kang, letak kacang mentah tau..by pukul 9 lebih..lai chi kang dah bau masam!!! geram sungguh!!!
    Seorang Blogger bernama Hanz´s last [type] post..Cloth Diaper paling mahal pernah kubeli

    [REPLY]

  20. Along on August 24, 2010 at 11:27 pm

    Dah serik dah beli makanan kat Param ni. Manjang mahal and tak sedap!! Dok rumah masak nasi lauk ikan bilis and kicap pun sedap lagi.
    Seorang Blogger bernama Along´s last [type] post..What A Relief!!

    [REPLY]

  21. mrsdjones on August 26, 2010 at 1:27 pm

    Kak Ros,
    Pengalaman kena tipu kat pasar ramadhan tu mmg dah biasa kena tahun2 sebelum ni. Thn ni pegi pasar ramadhan beli kuih yg betul2 sedap je, dr peniaga yg biasa berniaga. Kalau dpt tak sedap tu, mmg lepas tu tak beli dah!

    Makanan basi pernah kena, kuah tawar pernah kena, pulut tak masak pernah kena.. Sebab tu la thn ni masak sendiri, baru puas hati. Beli kuih pon sikit je utk alas perut kut tak sempat siap masak time azan tu (kadang2 balik rumah lewat sikit kan). Sabar je la. Mcm mana ye diorang berniaga tak jujur ni, rezeki tu Allah je la yg tahu..
    Seorang Blogger bernama mrsdjones´s last [type] post..Roses are red-

    [REPLY]

  22. CikLilyPutih on August 31, 2010 at 9:44 am

    la k ros, kite pun tertipu gak. dah banyak kali dah. sampai banned bazaar ramadhan tulah.
    Seorang Blogger bernama CikLilyPutih´s last [type] post..Happy 53rd National Day Malaysia

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Nuffnang

Learn Mandarin

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots I Love Conteng-Conteng