Salam semua. Selamat tahun baru 2013.
Lama blog ini menyepi. Sawang makin hebat melekat. Sejak April 2012, boleh kira berapa entri saya buat. Sikit sangat!
Kalau ada baca entri Blog Bersawang Salahkan Si Labah-Labah tu… saya kata saya sakit sejak April tu. Memang saya sangat sakit. Sakit mengandung. Heh heh.
Hebat sakit mengandung semasa penghujung 30-an ini. Hilang segala mood bagai. Rasa mengantuk sepanjang masa. Macam-macam sakit datang. Sakit kepala. Sakit otot. Sakit badan. Sakit perut. Mual. Loya.
Belum masuk ujian minum air gula yang gagal. Diabetes semasa hamil. Kena cucuk jarum dan ambil darah setiap 2 minggu. Ulang-alik klinik desa ke klinik kesihatan. Masalah uri di bawah tahap 3. Kena tahan wad selama 2 minggu. Kena bedah cesarean.
Tak percaya? Baca segalanya di blog saya tentang rahsia mengandung dan tips kehamilan – http://rosibrahim.com. Cerita tentang kehamilan saya kali ini ada ditulis secara terperinci di situ.
Oh.. saya nak buat pengumuman rasmi tentang kelahiran anak kedua saya, Irfan Harith. Rasmi lah sangat. Macam orang kenamaan penting pulak ye.
Irfan, bayi bulan December (lahir pada 17hb) dan bayi tahun Naga Air. Hitam dan lebat rambutnya. Siap ada side-burn gitu. Romeo tahun Naga nih. Heh heh.
Dulu saya sering bercita-cita lahirkan anak bulan December sebab boleh masuk sekolah sama dengan budak lahir awal tahun. Jimat umur tak gitu. Heh heh.
Tahun 2012 pula adalah tahun Naga Air mengikut kalendar Cina. Ramai orang Cina nak beranak dalam tahun ni. Ada kaitan dengan tuah kot. Itu kepercayaan mereka.
Bagi saya, setiap anak ada rezeki masing-masing. Insyaallah, akan dipermudahkan.
Irfan lahir ikut tingkap. Bukan tingkap rumah. Tingkap kat perut saya lah. Kena bedah Cesar. Sama macam kakak Izzah.
Sebabnya? Uri kat bawah dan saya ada endometriosis tahap 3/4. Siap kena bertapa dalam wad hospital dua minggu sebelum kena bedah.
Alhamdulillah segalanya sudah selamat. Saya berpantang di rumah sendiri dengan bantuan suami. Agak mencabar dengan beberapa dugaan. Insyaallah, segalanya akan dihadapi dengan baik.
Azam tahun 2013 – saya akan kembali aktif menulis blog!





tahniah kak ros… sama la baby kita… hopefully irfan dapat susu ibu hingga umur 2 tahun.. time pantang ni leh pakai PB..
Seorang Blogger bernama faisya´s last [type] post..Hello 2013
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 9th, 2013 at 11:29 am
@faisya, terima kasih. sama umur ye baby kita
.. insyaallah dipermudahkan.
[REPLY]
Tahniah
Selamat berkenalan ye..
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 9th, 2013 at 12:51 pm
@chekgu azrine, terima kasih.. selamat kenalan
[REPLY]
congrats Kak Ros!
Seorang Blogger bernama alohamolly´s last [type] post..Trolley bag
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 9th, 2013 at 12:54 pm
@alohamolly, thanks dear!
[REPLY]
Tahniah..saya pon dah lama x melawat blog2 fav tmasuk littlemamadiary ni dan sendiri sudah jarang menulis post baru..lengkaplah sepasang..Semoga jadi anak yang soleh insyaallah..
Seorang Blogger bernama ddfirdaus´s last [type] post..Krisis Air Menerjah
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 9th, 2013 at 3:24 pm
@ddfirdaus, terima kasih. sama la kita.. aktiviti terjah blog orang makin jarang..blog sendiri pun tak update
[REPLY]
Little Mama,Congrats!Ingat lagi tak kat saya?
Take Care.
Alhamdulillah saya pun selamat melahirkan baby boy 21/9..
sebaya Irfan.
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 9th, 2013 at 3:54 pm
@syahnaz, Wsalam.. hai! mestilah ingat
…tahniah ye.. ada geng la irfan ;D
[REPLY]
tahniah kak ros…dpt sepasang dah
Seorang Blogger bernama kinna´s last [type] post..Reunion
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 10th, 2013 at 5:15 pm
@kinna, terima kasih. alhamdulillah.
[REPLY]
salam kak mini…
alhamdulillah…moge semuanyee selamat n selamat berpantang…
Seorang Blogger bernama cun09´s last [type] post..NoTa JumaaT…
[REPLY]
Alhamdulilah
Jelouss me bila org dpt bby boy
Me dah 3 ,smua girl….
Alhamdulillah juga
Stiap ktentuan Allah besar maknanya
Utk yg ke-4….ermmmm
Tngok rzeki dulu.
[REPLY]
Salam Ros,
A bit late but congrats! Alhamdulillah..selamat berpantang!
Seorang Blogger bernama Syida´s last [type] post..Jalan-jalan Cari Makan (episod 2)
[REPLY]
Lamanya tak jenguk blog kak ros. 2009-2010 dulu rajin sangat jenguk littlemamadiary & mombloggersplanet. Tak sangka. Izzah dah dapat adik. Tahniah kak ros. Walaupun dah terlambat. Hihiii..
Seorang Blogger bernama Sue´s last [type] post..Avent Newborn Starter Set Murah
[REPLY]