Pendidikan Awal Kanak-Kanak | iPhone dan iPad Merbahaya Untuk Kanak-Kanak!

January 9, 2012

Teknologi moden dalam pendidikan awal kanak-kanak memang memudahkan ibu bapa untuk mengajar anak-anak sejak kecil. Ambo sendiri gunakan VCD/DVD player, televisyen, laptop, iPhone, iPad 2 dan yang terkini Samsung Galaxy Tab untuk ajar anak ambo Izzah tu macam-macam.

Tapi awas! Segala penggunaan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak WAJIB DIPANTAU!!

samsung galaxy tab vs ipad 2 02 Pendidikan Awal Kanak Kanak | iPhone dan iPad Merbahaya Untuk Kanak Kanak!

Kita tidak patut membiarkan anak kita terlalu taksub dengan iPhone dan iPad sampai mereka terlalu ketagih.

Jangan terkejut kalau ambo katakan ada budak-budak sekecil 2 tahun terlalu KETAGIH dengan iPad hingga hilang keinginan untuk bersosial iaitu berkawan dengan kanak-kanak sebaya atau bergaul dengan ahli keluarga lebih dewasa.

Memang kelihatan GAH di mata orang bila anak kita bermain dengan iPad 2 atau Samsung Galaxy Tab *iPhone tak nampak gah sangat sebab kecik he he he*. Ibu bapa pulak memang akan merasa bangga bila anak suka main iPad 2. Maklumlah kecik-kecik lagi sudah celik teknologi. Betul?

Selain dari hilang keinginan untuk bersosial, hilang selera makan/minum, mengalami masa tidur yang terganggu, kanak-kanak yang ketagih iPhone dan iPad juga boleh terganggu emosi *menjadi perengus, mudah marah, suka memberontak, suka mengamuk* apabila tidak dibenarkan bermain atau dipisahkan dengan gadget kesukaan mereka.

Apabila tahap ketagih anak terhadap gadget seperti iPhone dan iPad sangat tinggi, maka memang sangat SUKAR untuk kita mengawal kelakuan anak kita sendiri. Situasi ini memang sangat merbahaya!

Sebab-Sebab Kanak-Kanak Ketagih iPhone/iPad Dan Gadget Seumpamanya

TAK PANTAU

Ambo tahu ramai ibu bapa yang suka mengalihkan perhatian anak dengan menggunakan teknologi macam komputer, televisyen, telefon pintar macam iPhone dan tablet macam iPad 2.

Budak-budak biasanya suka ‘mengganggu’ kita semasa kita sedang sibuk membuat sesuatu macam buat kerja rumah, blogging, shopping, chatting, sembang dengan kawan dan sebagainya. Jadi kita biasanya gunakan gadget macam iPad 2 untuk alihkan perhatian anak supaya tidak menganggu kita. Betul?

Apabila anak mula seronok bermain dengan gadget maka mereka akan mula ketagih terutama bila kita pulak jadi seronok sebab anak tak ganggu kita lagi.

Kita membiarkan anak menjadi obses dengan iPad 2 atau gadget seumpanya hingga anak tidak dapat berpisah dengan gadget. Malah ada budak yang hanya boleh tidur jika iPad ada ditangannya!

GILA PUJIAN

Opps! Ini adalah fakta bukan auta. Ramai ibu bapa yang seronok bila orang memuji atau memandang anak kita celik teknologi bila dilihat bersama gadget macam iPad 2.

Terutama kalau orang merenung anak kita dengan riak muka terpesona *impressed*. Waah… kecik-kecik dah pandai main iPad! Kadang-kadang anak tak mintak pun kita beriya bagi iPad depan orang. Betul?

BAGI HAKMILIK PADA ANAK

Gadget macam iPad 2 dan Samsung Galaxy Tab tu bukan mahal sangat bagi sesetengah ibu bapa. Jadi ramai yang belikan gadget untuk anak sebagi hakmilik anak.

Anak punya! Bila anak tahu bahawa iPad adalah kepunyaan dia maka memang susah kalau bila dia ketagih dan kita cuba mengawalnya. Betul?

BAGI ANAK MAIN GAMES

Macam-macam applikasi boleh kita download *ada percuma, ada berbayar* dari App Store *iPhone & iPad* dan Android Market *tablet android*. Ada applikasi yang berfaedah untuk pendidikan awal kanak-kanak dan ada juga games yang pelbagi jenis.

samsung galaxy tab vs ipad 2 05 Pendidikan Awal Kanak Kanak | iPhone dan iPad Merbahaya Untuk Kanak Kanak!

Biasanya budak yang ketagih gadget ini suka main GAMES. Sebab games ada level yang membuatkan anak sanggup tak makan dan tak tidur untuk capai level seterusnya. Jangan cakap budak-budak, mak dan bapak budak pun kadang-kadang ketagih juga main games. Betul? wpml wink Pendidikan Awal Kanak Kanak | iPhone dan iPad Merbahaya Untuk Kanak Kanak!

Jadi, macam mana kita nak halang supaya anak tidak terlalu taksub dengan gadget. Elakkan 4 perkara di atas! Kita kena pantau penggunaan, bersifat tegas, tidak bagi hakmilik pada anak dan elak anak dari bermain games yang ada unsur ketagihan.

Ambo pun bagi Izzah main games Angry Bird dan Cut The Rope tapi tidaklah melampau taksub bermain hingga lupa diri. Bermain games macam Angry Bird dan Cut The Ropes sebenarnya boleh mengasah kreativiti dan cara menyelesaikan masalah.

Tapi tidak boleh dibiarkan anak bermain secara berterusan. Hadkan masa. Tarik minat anak untuk lakukan aktiviti lain bersama kita contohnya belajar menulis, bercerita, menyanyi, menari dan sebagainya. Beri perhatian pada anak bila mereka memerlukannya.

Kalau anak sudah ketagih iPad pada tahap kritikal maka ibu bapa tidak boleh berlembut dan terpaksa BERTEGAS secara berterusan bagi menghilangkan ketagihan anak pada gadget. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengalihkan tumpuan anak kepada iPad. Semuanya ditangan ibu bapa!

sejahtera 2 Pendidikan Awal Kanak Kanak | iPhone dan iPad Merbahaya Untuk Kanak Kanak!

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , , , ,

2 Responses to Pendidikan Awal Kanak-Kanak | iPhone dan iPad Merbahaya Untuk Kanak-Kanak!

  1. Jue on January 9, 2012 at 10:48 am

    Yup~ so true.. kene pantau selalu especially klau yg dh pndai bukak youtube..silap2 bukak benda yg tak patut..kids sometimes taktau ape yg dieorg bukak, dh kuar benda tu bukak je la.. ape pon pantau ape yg anak kita main, had kan masa bermain dgn benda2 teknologi ni..InsyaAllah semuanya bley dikawal.. :-)
    Seorang Blogger bernama Jue´s last [type] post..Maybelline B.B Cream Review

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @Jue, kalau pandai bukak youtube tu lagi bahaya ~ macam-macam ada! yang penting ibu bapa kena kawal dan tegas

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Nuffnang

Learn Mandarin

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots