Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

I memang suka membaca. Masa kecik dulu I sangat dahagakan ilmu pengetahuan dan bagi I buku adalah satu kemewahan yang mahal dan sukar untuk didapati. Sebab tu I suka pergi ke perpustakaan.

Di perpustakaan terdapat banyak buku dan yang penting ianya percuma untuk dipinjam dan dibaca! Teringat masa I berumur dalam 11-12 tahun, I meminta izin mak untuk pergi ke satu-satunya perpustakaan awam di daerah Besut iaitu Perpustakaan Awam Kampung Raja.

Mak membenarkan dengan syarat I membawa adik perempuan bersama. Kami gigih menunggu bas henti-henti yang muncul sejam sekali untuk ke perpustakaan. Perasaan berada di dalam perpustakaan dan di kelilingi ilmu pengetahuan *buku* adalah sangat mengujakan.

Sekarang I sudah lama tak ke perpustakaan. Sejak bekerja, buku boleh dibeli bila-bila masa dan apa jua maklumat senang diperolehi di internet. Tetapi bila sesekali singgah ke perpustakaan, perasaan teruja di kelilingi ilmu pengetahuan tetap boleh dirasakan!

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 01 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Baru-baru ini I pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam.  Ia adalah perpustakaan baru yang paling moden di Malaysia! Jika anda tidak ke perpustakaan kerana menganggap perpustakaan adalah tempat yang membosankan, sila lawati Perpustakaan Raja Tun Uda. Anda pasti teruja!

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 07 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Perpustakaan Raja Tun Uda adalah sebuah bangunan enam tingkat berkeluasan 203,600 kaki persegi, mempunyai reka bentuk dalaman perpustakaan yang menata gaya moden dengan warna-warna terang dan mempunyai pelbagai kemudahan yang tidak ada pada perpustakaan biasa.

Budaya timur membuka kasut sebelum masuk ke rumah juga diamalkan di Perpustakaan Raja Tun Uda. Pengunjung diberikan beg untuk menyimpan kasut masing-masing dan membawanya bersama ke dalam perpustakaan. Jadi, tidak perlu risau kasut mahal anda hilang. wpml yes Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

I rasa budaya membuka kasut sebelum masuk Perpustakaan Raja Tun Uda adalah sangat bagus. Sebab ruang lantau berkarpet dalam Perpustakaan Raja Tun Uda adalah terjamin bersih dan kita boleh duduk membaca walaupun di atas lantai umpama berada di rumah sendiri.

Kemudahan-Kemudahan Perpustakaan Raja Tun Uda

Wayang 3D dan 6D

Jangan terkejut jika I bagitau yang kita boleh menonton wayang 3D dan 6D dalam Wayang 3D dan 6D di Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam! Okey.. wayang 3D memang biasa tetapi 6D/XD? Wow!!

Di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam, ada panggung mini 3D yang dengan ruang memuatkan 20 orang dan menyediakan filem-filem menarik untuk ditonton dengan bayaran yang minimum RM5 ringgit untuk filem-filem biasa, manakala RM7 untuk filem 3D.

Jika ada gemarkan sedikit adventure semasa menonton apa kata cuba wayang 6D atau XD. Bayaran hanya RM10 dan anda boleh merasai pengalaman menaiki roller coaster yang cukup mendebarkan melalui wayang 6D ini.

Panggung 6D Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam menggunakan teknologi dari Kanada dan menyediakan lapan tempat duduk yang boleh bergerak ke kiri dan kanan serta bergoyang.

Selain itu penonton juga akan merasakan suasana panas, sejuk malah hembusan angin di muka seolah-olah sedang menaiki roller coaster yang sebenarnya ketika tayangan itu. Mengujakan bukan?

GimnasIum Mini

Dalam Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam juga ada gimnasium dan yang paling best ada gimnasium khas untuk wanita!

Tiga buah gimnasium mini Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam yang setiap satu terletak di aras bawah, aras tiga (wanita sahaja) dan aras empat (lelaki sahaja). Anda boleh mendaftar di ruang LP. Walk in 3 jam RM 5. Bulanan RM 40. Kemudahan Gimnasium Perpustakaan Raja Tun Uda memang lengkap!

Ruang Komputer di Setiap Tingkat

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam juga ada kemudahan komputer yang boleh digunakan dengan bayaran hanya RM1 bagi satu jam. Memang teruja dengan kemudahan komputer Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam sebab semua komputer adalah Apple!

Ruang Kanak-Kanak Bertema Taman

I pergi Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam bersama rombongan taska Izzah jadi tempat dituju sudah tentu ruang bacaan kanak-kanak. Memang sangat mengujakan bila masuk ruang kanak-kanak Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam ini. Terdapat sepohon pokok besar berdaun rendang di dalamnya!

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 16 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Okey.. bukan pokok betul tetapi replika pokok besar unik yang mencipta suasana taman yang santai di ruang baca kanak-kanak tersebut. wpml good Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Ruang kanak-kanak Perpustakaan Raja Tun Uda menggunakan warna-warna terang menghiasi rak-rak buku dan dinding bagi membangkitkan suasana ceria. Malah kerusi juga bermacam bentuk dan warna yang sangat menarik!

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 08 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Lagi best sebab kanak-kanak bebas berlari, berguling dan berbaring atas lantai malah membuat bising dalam perpustakaan. Petugas Perpustakaan Raja Tun Uda diberikan kursus keibubapaan dan boleh mengendalikan kanak-kanak  dan remaja dengan baik.

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 09 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Zon Kreatif Membaca Berita

Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam juga ada zon kreatif dimana kanak-kanak boleh mencuba bakat sebagai pembaca berita!

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 11 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

I rasa ini adalah sangat bagus bagi meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan menguji kebolehan kanak-kanak membaca tulisan yang bergerak pantas.

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 12 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Wajah kanak-kanak sedang membaca berita akan dipaparkan di skrin televisyen umpama pembaca berita sebenar. wpml wink Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 13 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Tempat Makan Selesa dan Cantik

Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam juga ada kantin yang luas, selesa serta mempunyai permandangan yang cantik.

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 02 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Ia umpama restoran di dalam taman menghadap tasik dan dikelilingi pokok yang menghijau.

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 20 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Pengalaman menarik terutama untuk kanak-kanak. wpml good Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

perpustakaan raja tun uda seksyen 13 shah alam 18 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Lokasi dan Waktu Buka.

Perpustakaan Raja Tun Uda dibuka tujuh hari seminggu;

  • pukul 10 pagi hingga 6 petang – Isnin hingga Jumaat
  • pukul 9.30 hingga 5 petang – Sabtu dan Ahad

map perpustakaan raja tun uda shah alam Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

dp seal trans 16x16 Tempat Menarik di Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah AlamThis content has been Digiproved © 2012 Ros Ibrahim



Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif