Pelepasan Cukai dan Nota Penerangan BE

Hai! Tengah isi borang cukai pendapatan ke? Tekun nampak…ha..ha

Bagi orang yang bergaji banyak, memang sah kena cukai pun banyak lah. Tapi sebab ada potongan cukai berjadual (PCB).. yang ditolak dari gaji kita tiap-tiap bulan tu. Rasanya… tak ada lah parah sangat kena bayar tax.

Sebab PCB tu kira macam dah bayar ansuran income tax. Lagi banyak gaji.. lagi banyak cukai pendapatan kena bayar… dan lagi banyak la majikan kita tolak PCB dari gaji… hu..hu wpml cry Pelepasan Cukai dan Nota Penerangan BE

Jadinya, setiap awal tahun… sepatutnya kita dah buat planning untuk income tax kita ni. Supaya kita boleh maksimumkan PELEPASAN CUKAI yang boleh claim. So, nanti baki pendapatan kena cukai adalah pada paras paling minima. Dan, cukai kena bayar pun paling minimum. Dengan kata lain kena sikit je cukai.

Hepp!! Me bukan nak ajar cara elak kena cukai okeh. Yang me nak ajar ni nama dia Tax Planning… ahaks wpml wink Pelepasan Cukai dan Nota Penerangan BE

Deadline untuk submit Borang BE Cukai Pendapatan Orang Perseorangan ialah 30hb April 2010 ye kawan-kawan. Kalau rasa-rasa banyak kena cukai tu.. elok lah belajar Tax Planning ni.

Pelepasan Cukai Pendapatan Orang Perseorangan 2009

Dekat borang cukai pendapatan tu ada bahagian Tuntutan Pelepasan. Kat sini macam-macam kita boleh claim untuk pelepasan cukai. Nak tengok details apa pelepasan cukai, klik sini untuk Nota Penerangan BE Cukai Pendapatan Orang Perseorangan.

Kat bawah ni me summarykan pelepasan cukai (detail dan syarat layak terima pelepasan baca kat Nota Penerangan BE tu okey).

  • Individu/saudara tanggungan  - RM8,000
  • Belanja perubatan ibu bapa – terhad RM5,000
  • Alatan sokongan asas kurang upaya – terhad RM5,000
  • Individu kurang upaya – RM6,000
  • Yuran pendidikan sendiri – terhad RM5,000
  • Pemeriksaan perubatan penuh diri sendiri/suami/isteri/anak – terhad RM500
  • Majalah dan buku – terhad RM1,000
  • Beli komputer peribadi – terhad RM3,000 (sekali dalam 3 tahun)
  • Skim Simpanan Pendidikan Nasional – terhad RM3,000
  • Peralatan sukan – terhad RM300
  • Faedah pinjaman perumahan – terhad RM10,00 *kena tengok syarat layak*
  • Alimoni pada bekas isteri – terhad RM3,000
  • Suami/isteri kurang upaya – RM3,500
  • Anak bawah 18 tahun – RM1,000 seorang
  • Anak lebih 18 tahun dan belajar diploma ke atas – RM4,000
  • Anak kurang upaya – RM5,000
  • Anak kurang upaya lebih 18 tahun, belum kawin dan belajar diploma ke atas – tambahan RM4,000
  • Insurans nyawa dan KWSP – terhad RM6,000
  • Insuran pendidikan dan perubatan – terhad RM3,000

Yang me color biru tu automatik dapat lah. Yang MERAH tu pulak kita boleh plan untuk claim.

Macam buku dan majalah tu kan kalau beli tu mintak la resit. Tak kira buku dan majalah apa asal bukan surat khabar atau porno punya…  samada hardcopy atau e-book.. boleh tuntut pelepasan. Maksimum boleh claim RM1,000 setahun je okeh.

Komputer peribadi tu terhad RM3,000 untuk sekali claim dalam masa 3 tahun.

Pastu, kalau korang belum menabung untuk anak dalam SSPN tu.. baik lah start menabung. Ni peringatan untuk diri sendiri jugak.. sebab belum buat SSPN for Izzah…he..he. Boleh claim up to RM3,000 deduction setahun tu. Kan banyak.

Kalau korang ada beli sports equipment macam kayu golf, racket dan bola dia pun boleh claim. Tapi pakaian sukan tak boleh la ye.. ahaks. Terhad Rm300.

Pelepasan anak pulak RM1,000 seorang anak (bawah 18 tahun). So, kalau nak claim banyak.. buat la anak banyak-banyak.. kalau 10 anak dah boleh claim RM10,000.. walla *camni ada yang beranak tiap-tiap tahun nih…he..he*

Insurans nyawa dan KWSP tu dikira sekali pulak.. yang ni me tak puas hati sikit. Sebab terhad RM6,000 je. Kalau dah deduct EPF lebih RM6 k.. tak boleh claim. Tu belum masuk insurans nyawa  wpml negative Pelepasan Cukai dan Nota Penerangan BE. Patut bagi terhad RM15,000 ke.. banyak sikit.

Insurans pendidikan dan perubatan terhad RM3,000. Yang ni memang me suggest korang ambik insurans lah. Especially insurans pendidikan anak. Bukan saja masa depan anak terjamin. Dapat claim pelepasan cukai lagi.

ps… entry seterusnya dalam masa 2-3 hari lagi.. pasal camana nak dapatkan balik duit PCB korang..walla!! wpml yahoo Pelepasan Cukai dan Nota Penerangan BE




Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  22 comments for “Pelepasan Cukai dan Nota Penerangan BE

  1. April 21, 2010 at 8:37 am

    Alhamdulillah, dah dapat balik claim..
    kalau orang yang gaji sikit, kurang rm2500 tak payah daftar tax kan. ke kurang rm2000 ntah, tak ingat la.
    .-= Hanis´s last blog post..Happy Birthday =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    hanis, tak ingat bab minimum gaji kena tax ni.. tapi kalau nak tau kena tak, tengok slip gaji.. ada tak potongan PCB.. kalau ada tu memang sah kena la…he…he

    [REPLY]

  2. April 21, 2010 at 9:56 am

    adui lom anta lagi. thks k ros for the info. saya tak tau pun peralatan sukan boleh claim ek!
    .-= CikLilyPutih´s last blog post..Bila SiBelang Malaya Dah Hampir Pupus. =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ciklily, claim sebanyak mungkin…he..he

    [REPLY]

  3. April 21, 2010 at 10:01 am

    bukan buku tu dah up ke rm 1000 ke?

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ida, a ah.. RM1,000.. pesal i tulis sikit pulak..ha..ha

    ok.. i update.. thanks

    [REPLY]

  4. April 21, 2010 at 10:04 am

    baca bab pelepasan tu best.tapi me tak kena lagi income tax.bila nak bergaji banyak ni..hehehe

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    eliss, bagus tu tak kena tax.. takde la sakit hati tiap bulan tengok slip gaji kena potong PCB

    [REPLY]

  5. April 21, 2010 at 10:34 am

    saya pun setuju sangat tuk insurance dan epf di asingkan…
    atau naikkan kepada 18k.

    EPF will not cover you if anything happen, nak dapat pun kadang bertahun… kalu kerja govt bole amik skim pencen tapi kalu private..?
    .-= Wan Anie´s last blog post..MRTA vs MLTA =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    wan anie, tu la pasal..sikit bebenor

    [REPLY]

  6. April 21, 2010 at 2:25 pm

    aahhh.. huda pun blum buat lg..mls rasenya nk buat ssb dah deduct sana sini pun still kena byr.. aper la

    tapi kan bukan ke broadband ke aper nth bleh deduct tak gak.. tapi tak sure psl ni
    .-= huda´s last blog post..Hospital Bag =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    huda, ada ke broadband boleh tolak.. tak ternampak pulak masa baca sekilas lalu nota penerangan tu

    [REPLY]

  7. qay
    April 21, 2010 at 2:28 pm

    satu lagi lupa letak..byr zakat..so if byr zakat pendapatan, simpanan, fitrah boleh la tolak..so baik la bayar zakat drpd byr pcb..hihihi

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    qay, zakat akan di cerita dalam entry seterusnya this friday..ahaks

    [REPLY]

  8. Amy
    April 23, 2010 at 11:18 am

    wan anie, tu la pasal..sikit bebenor

    [REPLY]

  9. April 24, 2010 at 2:17 pm

    Hari nie baru terkedek2 nak buat tapi bukan saya punya tapi cik abe punya, setiap tahun saya akan jadi secretary la buat benda2 nie, biasanya dia takan tahu apa2..:>

    Biasa saya akan buat kat Excel, berapa nak bayar untuk tahun depan dan planning la bape duit nak kene bayar,
    setiap bulan transfer zakat melalui potongan gaji, beli buku, resit simpan tapi yang broadband rasanya untuk tahun 2010 kot..

    Tapi betul la tu kalau nak pelepasan banyak, beranak2 banyak2 sebab seorang RM1,000.00 :P

    notakaki: kalau tak silap gaji RM2,500.00 ke atas setelah tolak EPF sahaja yang layak kene income tax, tu pun tgk anak dan yang bestnya kalau keje gomen, hanya gaji pokok sahaja yang layak kene income tax,elaun yang lain2 tu tak layak
    .-= nadnye´s last blog post..NO TV .. can we manage it? =-.

    [REPLY]

  10. Uk
    April 27, 2010 at 11:02 am

    Kak,
    Nak tanya sket…

    adakah akikah anak termasuk dalam kategory zakat untuk pelepasan cukai?

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    Uk, akikah tak masuk kategori zakat untuk pelepasan cukai.. cuma zakat yang dibayar pada Pusat Zakat dan ada resit sahaja layak

    [REPLY]

  11. May 14, 2010 at 7:41 pm

    Salam, dh lepas.. but still nak komen hehe.. I normally will do separate income tax with my hubby, so mmg dpt jimat byk, as compared with combined income tax.

    Then I selalunnya dpt agak how much i need to pay next year, then i will pay zakat siap2.. normally on Dec, hehe. And memang every year dpt refund fr LHDN (utk PCB yg dia tolak every month tu..)
    I tak buat auto zakat payment, coz my company cuma blh buat deduction for zakat selangor, but i selalunya bayar to pusat zakat kelantan.. kesian org kelantan.. susah..

    [REPLY]

  12. sue
    September 3, 2010 at 8:47 am

    err… nk tanye sket la..cmne nk kira PCB, kita yg kira ke income tax yg kira?lg 1, statement bank kena bg ke? tq.. :?:

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    sue, PCB ni biasa HR company yang kira..dia deduct siap-siap dari gaji.. ada table PCB ni rasanya kat web LHDN

    statement bank tak kena bagi kalau individu.. business pun rasanya tak de bagi gak kecuali time audit la

    [REPLY]

  13. Haru
    December 15, 2010 at 7:27 pm

    Salam, camner nak claim balikPCB?
    Borang aper kene isi?
    Zakat yg telah dibayar melebihi amaun PCB.

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif