Nak Mengandung Bukan Bergantung Pada Seks Semata-mata!

Tajuk poyo. Okei. Tapi rasa macam dah betul la tu tajuknya tu.

Entri ni bukan nak cerita pasal seks. Kalau nak tahu pasal tu sila Google kamasutra orait. wpml wink Nak Mengandung Bukan Bergantung Pada Seks Semata mata!

Ramai orang fikir lepas dah kahwin dan go through malam pertama.. kedua.. ketiga dan ke seratus kali malam.. maka akan terus mengandung. Maybe ada yang fail malam pertama atas sebab-sebab tertentu *tak bersedia, tak jumpa jalan, ketakutan dan lain-lain.. he.he*.. Tapi tak kisah la sebab lain-lain malam kan ada.

Tapi tak semua perempuan senang mengandung. Sekali tembak je dah lekat. Memang ada yang senang. Bunting pelamin. Tapi kebanyakkan tidak semudah itu.

Kalau dah cuba lebih dari setahun tapi masih juga tidak mengandung tu.. jangan tunggu lagi. Terus pergi dapatkan nasihat pakar perubatan. Kat private hospital boleh. Kat gomen pun boleh. Kalau korang tinggal area Kuala Lumpur, senang terus pergi LPPKN Jalan Raja Laut.

Kalau isteri, kena check keadaan fizikal rahim *ada tiub tersumbat ke tidak, ada pelvic adhesion ke, PCOS ke, endometriosis ke… etc*.. kena check juga hormon *seimbang ke tidak etc

Kalau suami, kena check.. sperms mortality and count *tengok sperm tu berkualiti ke tak.. jumlah cukup ke tidak*

Lepas tu baru boleh decide langkah seterusnya. Makan pil subur, buat IUI, IVF dan sebagainya.

Jaga Diri Jika Merancang Untuk Mengandung

Biasanya kita ingat kalau dah tahu kita mengandung, baru kena jaga tubuh badan. Makan makanan berkhasiat. Makan acid folid, zat besi, kalsium dan lain-lain. Jumpa gynae untuk pre-natal care.

Tapi itu salah sebenarnya!

Sebab, masa kita tahu kita mengandung *time buat test urine tu*.. kandungan mesti dah 4-5 minggu. Dan masa jumpa doktor untuk first pre-natal care.. masa tu dah 10-12 minggu.

Masa tu organ utama baby dah pun terbentuk. So, kalau ada kecacatan dalam kandungan… masa tu ia sudah terjadi. Sebab tu.. kalau kita plan nak mengandung (atau tahu kita jenis senang lekat dan tak mahu makan pil perancang etc)… maka kita kena sentiasa jaga PEMAKANAN kita.

Okei. Bagi yang mencuba nak dapatkan anak. Kena make sure ada pre-conception care. Jagaan sebelum mengandung.

Sebaik-baiknya… 4 bulan sebelum cuba mengandung tu.. dah kena amalkan gaya kehidupan yang sihat. Makan kena jaga. Acid folic kena ambik. Yup.. acid folic ni sangat-sangat penting.

Acid folid kena ada dalam badan at least sebulan sebelum mengandung. Sebab acid folic ni dapat kurangkan risiko baby terkena spina bifida.

Spina bifida ni maknanya kepala baby tak terbentuk dengan sempurna. Biasanya, kalau jadi macam ni.. doktor akan advise gugurkan bayi. Sebab kalau lahir pun.. baby tidak akan survive.

Me dah terbaca a few cases spina bifida ni dalam beberapa blog. Kalau anak dah ramai tu maybe rasa sedih tak banyak. Me kata maybe lah kan.. kita tak tahu apa perasaan dia. Sebab bukan duduk dalam shoe dia.

Tapi kalau yang memang berharap sangat mengandung tapi tiba-tiba kena gugur anak macam ni.. tak ke berganda-ganda sedih? wpml cry Nak Mengandung Bukan Bergantung Pada Seks Semata mata!

So, bagi yang TTC (trying to conceive).. tak kira apa cara.. pil subur ke.. IUI ke.. IVF ke.. please make sure your body bersedia untuk pregnancy tu. Eat right for your baby sebelum korang disahkan mengandung.





Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  45 comments for “Nak Mengandung Bukan Bergantung Pada Seks Semata-mata!

  1. May 5, 2010 at 8:31 am

    kak ros, this is such a useful info to those yang ingin mengandung lagi sekali. i sendiri pun tak tau pasal acid folic ni kena ada like 4 months before getting pregnant untuk pembentukan sempurna bahagian2 penting dalam badan baby. now i know :)

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    juan, yup..very important one

    [REPLY]

  2. May 5, 2010 at 9:02 am

    saya tidak perduli tentang mengandung tapi kenapa takde orang kat ofis ni\//

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    mommy lyna, tak de orang kat ofis kan best..enjoy the moment.. ha..ha..ha

    [REPLY]

  3. May 5, 2010 at 9:32 am

    betul kak ros..bukan “tembak ” je hehehe..byk kena fikir..pemakanan , kitar haid, kitar ovulasi..kalau selalu buat pun, tapi bukan time subur, tak dapat juga..

    Kak ros, a doctor onece adviese me, kenapa sy belum mengandung lepas 2 tahun kawen, selain faktor medical, ada jugak faktor psikologi..”ada benda tak settle antara kamu suami isteri” katanya..each couple is different cabarannya..memang terjadi pada sy (biarlah rahsia)dan sy akui ada kebenaran kata2 doktor tu…wallahualam..

    tapi tulah…sy doakan kawan2 yang belum ada anak ni, semoga they will conceive as soon as possible…byk contoh sekitar sy, dari yang 5 tahun kawen belum ada anak, smpilah ade yang10 tahun kawen, belum dapat juga..amin..semoga Allah memudahkan urusan mereka..
    .-= catlina´s last blog post..1Superkids – MBP Family Day =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    cat, betul tu.. main tembak je tak semestinya kena..he..he

    i agree with u part other things tu.. sometime ada things antara husband and wife, anak dengan emak, diri dengan Tuhan.. yang perlu diselesaikan.. barulah rezeki itu ada

    [REPLY]

  4. May 5, 2010 at 9:34 am

    Folic acid ni is one of the B vitamins, Sekarang Folic acid manufacturer tambah dalam breakfast cereals nak kasi fortify lagi. Cuma kalo dari makanan susah sangat nak urai.. tu yg kita kena makan folic acid tablet tu, mudah terurai utk diserap. Makanan that are high in folic acid mcm betik, kiwi, broccoli, brussel sprouts, sparsnips bagus makan.

    Tapi sampai sekarang takde kajian tau kenapa Folic acid mempengaruhi pertumbuhan saraf…. cuma tau bagus utk pertumbuhan.
    .-= Jiji´s last blog post..I Am Nujood, Age 10 and Divorced. =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    jiji, yup.. dalam food pun ada.. tapi better take the tablet

    [REPLY]

  5. May 5, 2010 at 9:36 am

    oh, tq kak ros! nadiah mkn asid folik ms pregnant je..huhu. nak kena ambil balik la nmpknya ni
    .-= Nadiah Sidek´s last blog post..Nujood: Berstatus janda di usia 10 tahun =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    nadiah, penting ni folic acid

    [REPLY]

  6. May 5, 2010 at 9:58 am

    acid folic? ok pas nie pi beli dan makan.
    .-= CikLilyPutih´s last blog post..Aku Host untuk America Next Top Model! =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ciklily, a ah.. kena start makan ni tau

    [REPLY]

  7. May 5, 2010 at 10:13 am

    masih belom bersedia lagi nak mengandung.bila kita tahu kta akan bersedia yer..huhuhu
    .-= eliss´s last blog post..15 Tahun Tak Jejak Melaka =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    eliss, sedia-sediakan la diri..aha..ha

    [REPLY]

  8. May 5, 2010 at 11:54 am

    acid folic memang penting! ramai yang tak tau tapi itu yang penting kan :)
    .-= ieda´s last blog post..SAYA ADA HADIAH UNTUK KAMU JIKA KAMU BERI IDEA YANG MENARIK UNTUK KU :) =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ieda, ya betul!!

    [REPLY]

  9. May 5, 2010 at 1:14 pm

    saya masa anak 1st taktau psl floic acid ni,masa peknen baru tau, but for 2nd one, started to consume Feb sbb target nak peknen MAy onward..hanya melekat in Aug..so about 5 months jugakla amik folic acid ni before peknen…tu pun tak disiplin sgt..
    .-= Dayah´s last blog post..Mula bercuti =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    dayah, bagus tu take the folic acid months before pregnant..thumb up

    [REPLY]

  10. Fid
    May 5, 2010 at 1:31 pm

    ros
    bagus bagus

    wahahah saya selalunya tau bila saya mengandung dan leh agak bila tarikh kejadian
    2 kali mengandung jaa
    satu selamat satu gugur….

    ehh dah lama tak ngandung….hahahaaa

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    fid, dah lama tak ngandung ye.. dah about time la ngandung lagi..ha..ha

    [REPLY]

  11. aida tihani
    May 5, 2010 at 2:03 pm

    salam…i pun tgh plan nak peknen ni…
    baru 4 month bersalin but my baby passed away after 4 hari dilahirkan…sebenarnya saya pun dh lama kawin tp payah sgt nak lekat…just nak share dgn u all elok la amalkan pengambilan asid folik ni tak kira la u peknen or not…mungkin 1 kebetulan, selepas i mula amik asid folik terus melekat…terkejut la jugak sbb sebelum tu dh macam2 cara sy buat utk peknen tp 1 pun x berjaya…
    since that time hari2 i tibai asid folik tablets b4 breakfast…hehehe…hopefully i dapat la peknen lg…syok ooo peknen…heheheeee

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    aida, be strong ya..i pray for you.. amin

    [REPLY]

  12. intan
    May 5, 2010 at 5:01 pm

    asid folik ni byk dalam roti & cereal. so kalau kita memang balun roti hari2 – i think there’s nothing to be worried :P

    byk juga dalam sayur2an hijau, kalau tak salah.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    intan, betul tu.. tapi kalau lidah melayu ni ada ke yang balun roti/cereal tiap2 hari.. balun nasi lemak lagi best..he..he

    [REPLY]

  13. May 5, 2010 at 5:54 pm

    hmm,kak ros..saya nak join forum TTC jg bley?huhu.*sbnrnye nak cari jg kawan2 blogger yg nak share cara nak merancang keluarga.me?sgt fail.siap dh kena warning dgn doc soh jarakkan.
    .-= diyana´s last blog post..Makluman kepada yang berkahwin campur =-.

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    diyana, oh.. kena warning.. nak merancang ni tak berapa arif la pulak

    [REPLY]

  14. May 9, 2010 at 10:15 pm

    salam ros,
    sebenarnya untuk bakal ibu, pemakanan berkhasiat tu penting

    Ada kawan 2-3 orang kat office nie memang susah nak mengandung,selepas makan herbalife sebab nak kurus, sekali tu termengandung, sebab herbalife kan menambahkan khasiat dan vitamin..
    Tapi ada juga kawan nie dah 10 tahun kawin takde anak dan pasrah memang takde, tup2 mengandung selepas baru habis belajar berenang

    kesimpulannya, pemakanan kita penting untuk menambahkan kesuburan badan tak kira nak ambil vitamin lain atau jaga apa yang kita makan
    dan bila berenang tu rasanya jadi relax, tenangkan badan .. wahh memandai aje jadi doc tak bertauliah ;-)

    walaubagaimanapun, semua pun kuasa Allah..

    pss: ambil gorgeous award yea
    .-= nadnye´s last blog post..Gorgeous Blogger Award to u… =-.

    [REPLY]

  15. kyriena
    May 13, 2010 at 12:40 pm

    salam little mama…

    asid folik ni mcm2 jenis brand kan. biasa Dr. rekemen brand apa yea. ok tq…

    [REPLY]

  16. pussy
    May 23, 2010 at 3:53 pm

    sy pnh mkn acid folic but after take it sy trase skt2 kat pgkal ari2…pas2 najis jd kaler coklat….normal ke 2???….riso plak….

    [REPLY]

    akma Reply:

    saye dah setahunn lbh b’usaha utk pregnant..tapi blom ade rezeki lg..sy ade try mkn folic acid, tapi after mkn terasa skt kt ari2..ni yg m’jadi kemusykilan..coz org kate folic acid bgs utk org yg nk pregnant

    [REPLY]

  17. nana
    June 7, 2010 at 2:00 pm

    salam sy dh mencuba tuk mengandung ank ke dua…tp masih blm berhasil tlg lah saya…. :sad:

    [REPLY]

    maz Reply:

    @nana,
    samalah sy, sdg mcuba utk 2nd baby, dh 1thn lbih masih belum ada rezeki. Naluri ni mmg kuat sgt2 rasa nk baby lagi.

    Sy cuma kecewa sikit dgn suami, dia suruh tgu lg 1 @ 2 thn lg utk preg :( sedangkn yg sulung dh 2 thn 5 bln. Sy pn xdelah apa2 masalah.

    Cuma skrg ni sy dlm proses utk pemulihan hormon, dh sebulan x period ni. sejak stop pil perancang period jd ting tong.

    [REPLY]

  18. manis
    July 5, 2010 at 2:13 pm

    sy dh masuk 3 thn kawen tp blum ade rezeki lg..perubatan tradisional blum cuba lg..moden pun baru2 nk cuba..ari tu ada ambik pil subur yg doc bg..mkn jugak la 2 bln lbh..tu pn selalu x disiplin..xde hasil pn..badan makin naik ade la..ada org ckp asid folic ni bgs tuk hamil..tp brand ape yg bgs ek??

    [REPLY]

    Emy Reply:

    Hi Manis,

    feel free to visit my blog regarding pregnancy :)
    i’m glad if you can share any of your efforts sebab i pun tengah berusaha :)

    Thanks.

    [REPLY]

  19. Emy
    November 11, 2010 at 12:41 am

    Thanks, this is a very good info for me, as i’m trying very hard to get pregnant now…

    Keep it up :)

    [REPLY]

  20. Nabilla
    March 21, 2011 at 8:25 pm

    acid folic ni nak dpt kat farmasi ke? memng mention acid folic ke? then brand ape ada..saya tak lekat2 lg..sedih

    [REPLY]

  21. riana
    May 2, 2011 at 8:43 pm

    kyriena, manis, nabilla : i mkn brand ‘IBERET FOLIC – 500′. dlmnya ada 30 film-coated tablets, warna merah.
    pussy : najis akan bewarna gelap @ kehitaman. itu adalah normal. so, no worries, ya.

    [REPLY]

  22. TENGKU MAA
    July 26, 2011 at 5:34 pm

    haii semua ….
    Happy sangat dengar kawan2 dah pregnant …. tapi saya dah 7 tahun kawin blum ada rezekii lagi…
    sekarang nii saya cuba juga asid folid…. dah 2 bulan tapi tak dee apee-ape lagii…
    macam mana cara lain untuk pregnant???

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @TENGKU MAA, @nana, makan asid folik bukan usaha untuk supaya mengandung… tapi sebagai persediaan jika anda mengandung… kalau bertahun2 belum pregnant kena jumpa doktor check dulu ye..

    [REPLY]

  23. kiwi
    January 31, 2012 at 12:44 am

    tumpang lalu…sy amalkan iberet folic..klu najis btukar warna tu normal kn.. bleh taw psl apa?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @kiwi, iberet folic adalah folik asid + zat besi… najis hitam tu disebabkan zat besi..jgn risau sebab normal macam tu.. banyakkan makan makanan berserat tinggi dan minum air banyak sebab zat besi boleh menyebabkan sembelit..

    [REPLY]

  24. ita
    April 27, 2012 at 11:58 am

    assalam..sy nk tny sy bru start mkn folic acid lbih kurang 1 bulan..sepatutnya 23hb / 24hb dh period tp ni masih x period lg…pengambilan folic acid mempengaruhi kitaran haid ke…

    [REPLY]

  25. nfam
    September 3, 2013 at 9:21 am

    salam. saya nak tny. Sekarang tgh planning nk preg & baru mula ambil acid folic. Boleh saya tau, acid folic boleh di makan time period ke?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @nfam, asid folik bole je mkn masa period.

    [REPLY]

    nfam Reply:

    @Ros Ibrahim, : oh, jadi asid folik tak ganggu period la ye? pengambilan nya sehari sebiji saje kan?

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif