Siapa perlukan lilin wangi jika ada Kleenex® Ultra Soft Fresh? Tisu tandas yang wangi.
Serius hebat. Anda tak perlukan pewangi atau lilin wangi lagi di dalam bilik air rumah anda. Gunakan saja tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh. Pasti semerbak harum mewangi.
Saya adalah pengguna tegar tisu tandas. Bath tissue memang wajib ada dalam bilik air rumah saya. Sebagai Muslim kita wajib membasuh dengan air untuk menyucikan diri tapi tisu tandas masih perlu ada sebagai pelengkap. Juga sebagai alternatif jika tiba-tiba bekalan air tiada.
Anda wanita? Mesti anda tahu bahawa bahagian bawah tu memang tak boleh dibiarkan basah.
Pernah alami kegatalan dan keputihan? Puncanya adalah bahagian itu sentiasa basah dan menjadi tempat pembiakan kuman dan kulat. Nak atasinya sangat mudah. Sentiasa jaga kebersihan di bahagian itu. Lap hingga kering dengan tisu setiap kali selesai urusan di tandas.
Memang banyak jenama tisu tandas di pasaran. Ada yang murah. Ada yang mahal.
Yang murah memang confirm tak berkualiti. Nipis. Kena air sikit sudah berderai. Macam mana nak guna untuk menyucikan diri macam tu.
Yang mahal tak semestinya berkualiti jugak pun. Bila disapu pada bahagian badan yang basah sudah bergulung, berderai dan jatuh ke lantai. Kadang-kadang sisa tisu bercampur air yang berpintal terlekat pada badan. Ewww..
Sebelum ini saya gunakan tisu tandas jenama *dot dot* yang dikatakan tisu tandas paling compact di pasaran. Memang compact. Tapi saya menyampah bila ianya kerap bergulung dan berpintal bila digunakan untuk lap bahagian badan yang basah. Bersepah-sepah mengotori lantai bilik air saya. Jadi satu kerja pulak nak kutip satu persatu.
Jadi saya bertukar kepada Kleenex. Memang sangat puas hati. Tiada lagi masalah tisu tandas berderai atau berpintal.
Beberapa hari lepas saya ke Tesco. Nak beli tisu tandas lah. Semasa melalui rak tisu tandas, tiba-tiba terbau haruman yang menyegarkan.
- Izzah: Mama.. wanginya tisu!
- Mama: Tisu wangi? Mana ada tisu tandas bau wangi. Ntah ntah…..
Mulalah rasa seram. Biasanya kalau ada bau wangi tiba-tiba mesti dikaitkan dengan aktiviti paranormal. Tak kan ada hantu dalam Tesco. Memang confirm tak ada. Imaginasi saya terlebih aktif. Heh heh.
Teruja bila bau wangi itu datangnya dari tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh Scented!
Waah. Bagusnya ada tisu tandas yang lembut, selesa, kuat, mesra alam dan berbau wangi macam ni.
Pertama seumpamanya di pasaran. Mak suka anak lagi lah suka. Thumb up Kleenex®!
- Izzah: Mama.. macam mana tisu ni boleh jadi wangi?
- Mama: Err.. *garu kepala nak explain pada budak berumur 4 tahun*.. ok..macam ni.. tisu tandas + wangian semulajadi macam bau wangi dari lilin aromaterapi ini = tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh Scented
- Izzah: Oooh… jadi tak perlu letak lilin wangi dalam toilet lah?
- Mama: Tepat sekali. Letak sahaja tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh, confirm wangi bilik air.
- Izzah: I love Kleenex® Ultra Soft Fresh!
Kleenex® Ultra Soft Fresh yang dipenuhi wangian segar semulajadi dan dicetak dengan corak bungaan menepati mutu jenama Kleenex® dengan membekalkan tisu yang amat lembut, kuat dan lebih menyerap. Rumusan 3-helai kekal kuat walaupun basah, justeru dapat memberi penjagaan yang lembut dan berkesan untuk anda sekeluarga.
Saya memang suka tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh ni. Sebab memang sangat kuat walaupun basah. Ciri penting tisu tandas yang saya tidak jumpa pada mana-mana jenama tisu lain.
Nak bukti? Saya buat dua ujikaji ringkas.
#1 - Kleenex® Ultra Soft Fresh TAK Berkedut Bila Basah
Gantung tisu tandas jenama *dot dot* bersebelahan degan tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh. Nampak tak tisu bercorak bungaan yang comel itu? Itulah tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh.
Saya curahkan air ke atas tisu-tisu tersebut.
Nah lihat! Tisu jenama *dot dot* mula berkedut bila terkena air. Bila-bila masa boleh jatuh berderai atau berpintal.
Tapi tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh masih kekal lurus walaupun sudah basah. Hebat bukan?
#2 - Kleenex® Ultra Soft Fresh TAK Bergulung Bila Basah
Saya basahkan tangan dengan air yang banyak. Kemudian lap dengan tisu tandas jenama *dot dot*. Arghhh… tengoklah macam mana tisu tersebut bergulung dan bercerai menjadi cebisan kecil bila dilap pada tangan yang basah.
Saya basahkan tangan dengan air yang banyak sekali lagi. Kemudian lap dengan tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh. Tengok. Tisu ini mengeringkan tangan tanpa bergulung langsung.
Kita dan bilik air memang kawan rapat. Fakta bukan auta. Betul?
Selang beberapa jam memang kita akan ke tandas. Setiap hari macam tu. Jadi memang sangat penting ada bilik air yang bersih dan wangi. Menurut kajian, sedikit kesegaran tambahan dapat memberikan kesan positif yang mendalam kepada rutin harian seseorang.
Tisu tandas Kleenex® Ultra Soft Fresh ni bukan sahaja untuk menyegarkan bilik air. Boleh saja digunakan untuk menyegarkan mana-mana ruang dalam rumah anda.
Kleenex® Ultra Soft Fresh adalah satu-satunya tisu mandi wangian yang pertama di pasaran. Ia memberikan sentuhan kelembutan istimewa dan kekuatan yang hanya dapat diberikan oleh Kleenex®. Anda mesti mencuba untuk mempercayainya!
Kleenex® Ultra Soft Fresh boleh didapati di semua pasaraya dalam pek 10-gulung dan 20-gulung dan setiapnya pada harga jualan RM17.95 dan RM33.10.
Peraduan “Kleenex®: Refresh Your Bathroom”
Anda mahu bilik air anda segar dan diberi nafas baru?
Sertai Peraduan “Kleenex® Refresh Your Bathroom” pada bulan September ini di laman Facebook Kleenex Malaysia (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia)!
Anda berpeluang memenangi 3 Hadiah Utama bernilai lebih dari RM40,000 keseluruhannya, terdiri dari pengubahsuaian bilik mandi professional bernilai RM10,000, bekalan tisu mandi wangian Kleenex® Ultra Soft Fresh baru selama satu tahun dan liputan ekskusif dalam majalah Parenthood!
Wah! Bayangkan bilik air rumah kita macam bilik air hotel lima bintang setelah diubahsuai secara profesional secara percuma. Letak pula tisu mandi wangian Kleenex® Ultra Soft Fresh. Mesti ada yang rasa nak tidur di dalamnya. Heh heh.
Mudah sahaja nak sertai.
Jelaskan kenapa anda perlukan bilik mandi anda “disegarkan” oleh Kleenex®.
Maklumat lanjut boleh didapati dalam laman Facebook Kleenex® Malaysia sepanjang September 2012. Jangan berlengah lagi, hantarkan jawapan paling kreatif untuk memenangi peluang menyegarkan bilik mandi anda!
Mengenai Kleenex®
Kleenex® ialah jenama tisu muka dan mandi paling laris di dunia. Tisu Kleenex® dihasilkan daripada 100% pulpa asli yang membuatkan ia amat sesuai walaupun terhadap kulit yang paling sensitif. Tisu Kleenex® terdapat dalam pelbagai bentuk pek yang menarik dan memudahkan serta tiada bandingan dari segi kelembutan, kekuatan dan penyerapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kleenex.com.my































entry yg sgt informatif +kreatif!
Seorang Blogger bernama mz´s last [type] post..hers & mine | sedikit menyesal
[REPLY]