Kalau demo suka membeli-belah di Tesco mesti pernah ternampak banner tentang Peraduan Si Comel anjuran Tesco dan Kids’ N Us Photography kan?
Ambo rasa Peraduan Si Comel Tesco ni di adakan pada setiap tahun dalam bulan Januari. Tahun lepas pun ambo hampir nak masukkan Izzah dalam Peraduan Si Comel Tesco nih.
Syarat nak masuk senang sahaja ~ kena tunjuk resit pembelian di Tesco sekurang-kurangnya RM50. Penyertaan percuma dengan menunjukkan resit. Kalau nak gunakan costume yang ada kena bayar RM10.
Tapi tahun lepas, Izzah tidak mahu bekerjasama masa sesi fotografi dibuat. Dia tak nak tukar baju kepada costume yang disediakan dan dia enggan duduk atas pentas kecil. Hampeh… he…he..he ![]()
Hadiah bagi Peraduan Si Comel Tesco & Kids’ N Us Photography ni rasanya taklah grand sangat (piala, photo prints dan frame sahaja) tapi ambo rasa ia adalah platform yang baik jika nak biasakan anak menjadi lebih berani.
Beberapa minggu lepas ambo ternampak lagi banner tentang Peraduan Si Comel Tesco dan Kids N Us Photography ni. Kebetulan ambo sudah berbelanja di Tesco melebihi RM50 maka ambo pun sengaja tanya Izzah samada dia nak tak ambik gambar pakai baju cantik.
Ewah… boleh pula tanya anak nak tak ye? Kalau dulu main ‘paksa’ je.. ![]()
Izzah setuju maka ambo terus jumpa encik bos yang jaga booth Kids’ N Us Photography tu. Ada banyak costume comel-comel untuk dipilih *kena bayar RM10 duit sewa baju*.
Dalam banyak-banyak baju yang comel tu Izzah pilih baju balerina warna pink. Warna favorite!
Encik Bos kat situ sebenarnya tak bagi ambo ambik gambar tapi ambo buat bodoh ambik gambar Izzah tengah posing. Ambo pun tak tahu kenapa melarang ambo ambik gambar anak kat stage tu dengan gunakan kamera phone je pun.
Ambo pun nak jugak rakamkan aksi Izzah tengah posing atas stage. Blogger mana boleh tak ambik gambar kan…ha..ha ![]()
Izzah memberikan kerjasama yang sangat baik. Maklumlah pakai baju baleria pink yang comel.
Tapi masa suruh senyum tu dia macam senyum kena paksa pun ada.
Ada masa dia senyum yang ikhlas tapi ambo rasa photographer agak slow capture the moments. Hasilnya adalah beberapa keping gambar yang ambo rasa tak berapa comel sangat.
Tapi rasanya masik okey lah sebab Izzah nak pandang kamera photographer kat situ. Bravo!



















izzah sooo cute!!! besh nya ada gegirl heheh me tak de gegirl
Seorang Blogger bernama Suzi @ Mama Zharfan´s last [type] post..Saya tak hidup dek puji-pujian & tak mati dek kebencian | tak sangka di kalangan comper pun ada HATERS
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 23rd, 2012 at 8:39 pm
@Suzi @ Mama Zharfan, buatlah gegirl satu he he ~ yg tesco ni umur 2-8 tahun tak silap untuk boy & girl
[REPLY]
salam..
nak tnya peraduan nie ade kat tesco mn yea?coz aritu pegi tesco kajang..xde pun..tq ek..
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
January 26th, 2012 at 12:57 pm
@nor, ni kat Tesco Setia Alam.. tak pasti pulak Tesco lain camana.. kena check dengan customer service lah kot
[REPLY]