Makan lebih senang dari masak betul tak? Sebab tu ramai para isteri lebih suka makan dekat kedai. Masak itu sangat mencabar! ![]()
Nak jadi juara MasterChef Malaysia pun sudah tentu sangat mencabar tahan datuk nenek gaban kot. Daripada beribu-ribu orang yang pergi ujibakat, hanya 40 peserta sahaja layak meneruskan cabaran seterusnya dalam MasterChef Malaysia.
Ujibakat MasterChef Malaysia dilakukan 2 hari bagi mencari peserta yang layak. Masa hari pertama, peserta MasterChef Malaysia kena masak kat RUMAH dulu kemudian bawa masakan tersebut untuk dipersembahkan pada para juri.
Kalau masakan juri rasa sedap maka peserta dihubungi untuk datang buat DEMO cara memasak masakan yang telah dibawa sebelumnya.
Mengikut cerita Chef Riz *ehemmmm…*, ada peserta ujibakat MasterChef Malaysia yang lulus pada hari pertama tapi TAK DATANG pada hari kedua iaitu semasa ujian demonstrasi masakan.
Sebab apa tak berani datang pada hari kedua? Hmmm… kalau dah kecut perut nak buat demo tu maknanya bukan dia lah yang masak pada hari pertama tu. Kantoi beb!
Tapi mungkin juga ada sebab-sebab lain macam serangan panik, tak reti masak depan orang ramai, sakit atau ada hal yang tidak boleh dielakkan. Hidup ni kena sentiasa bersangka baik, betul?
Barisan para juri MasterChef Malaysia sudah diumumkan MasterChef Malaysia | Siapakah Barisan Chef Professional Sebagai Juri MasterChef Malaysia?.
Terdapat 66 episod MasterChef Malaysia dan setakat hari ini sebanyak 7 episod telah dirakamkan.
I berpeluang melawat Master Kitchen tempat dimana rakaman MasterChef Malaysia dibuat. Teruja melihat begitu banyak peralatan elektrik yang disusun begitu menarik sekali di situ. Macam biasa…. I ambik banyak gambar tapi kemudian baru lah I tayang okeh.
Hari ni nak kongsi senarai nama peserta top 40 MasterChef Malaysia. Kagum tengok latar belakang peserta dari pelbagai umur dan pekerjaan.
Dengar cerita dari para juri MasterChef Malaysia, ada jugak mat rempit yang datang masa sesi ujibakat MasterChef. Hebat sungguh penangan MasterChef Malaysia hinggakan mat rempit *eh.. ngaku pulak dia mat rempit..* pun nak join!
SENARAI PESERTA TOP 40 MASTERCHEF MALAYSIA
- Mohammad Danial Firdaus – Pembantu Penyelia
- Shahmin Che Rahim – Pelajar
- Nik Shahrezza Che Rahim – Tidak bekerja
- Mohamad Saiful Alip- Penoreh getah
- Wahidan Hj Awang Supain – Pekebun
- Terrence O’ Brien Maarat – Perancang majlis
- Noor Anita Mohd Tahir – Ketua syif
- Shahriah Adilah Abdullah – Penulis novel
- Amita Tan See Yin – Peguam
- Wan Nurul Anaiz Izzati – Front office assistant
- Wan Ahmad Zareer Wan Mohamad – Pengurus Cement co
- Deena Nalisa Mohd Zain – Pelajar
- Zeri Zamri – Pereka fesyen
- Ezani Farhana Md Monoto – Doktor pergigian
- Mohd Zahin Othman – Pelajar
- Azlina Shah Shaharuddin – Tidak bekerja
- Ary Malik – Pelakon
- Bryan Chen – Auditor dalaman
- Jesse Wong Phooi Yee – Pereka grafik
- Tang Kit Wann – Lepasan ijazah
- Norhaslina Long Ibrahim – Penjual bunga
- Arshad Zamir Mohd Azmi – Pelajar
- Felix Tan Pitt Yinn – Jurulatih peribadi
- Azizah Zulkifli – Pelajar
- Raymond Clement Raj – Pegawai perhubungan awam
- Mastura Haji Talib – Suri rumah
- Zuraidah Mohd Zulfakar – Suri rumah
- Lee Wee Giap – Pengurus kewangan
- Kamaruzzaman Hassan – Pengurus
- Nik Michael Imran – Pelajar
- Mohd Azmil Mohd Razman – Guru sambilan
- Siti Nur Azliah – Pegawai perkidmatan pelanggan
- Imelda Maya Haris – Pereka barang kemas
- Rosemah Ibrahim – Bekerja sendiri
- Hoe Hui Ting – Lepasan ijazah
- Mohamad Danial Mohd Yusok – Pelajar
- Siti Aishah Omar – Pemandu
- Fadzlina Jasmin – Konsultan perniagaan
- Khairul Affendi Abd Zahid – Request management analysis
- Ibnu Rasyeed Mat Isa – Ahli Perniagaan
Peserta MasterChef Malaysia paling muda ialah Mohammad Danial Firdaus Shaharuddin yang berumur 18 tahun!
Mohd Danial Firdaus berasal dari Pulau Pinang juga mempunyai kisah menarik untuk dikongsi. Selain minat yang mendalam dan ingin berjaya dalam bidang masakan, dia juga ingin mengambil kesempatan untuk mencari ayah kandungnya yang telah lama menghilang menerusi program MasterChef Malaysia ini.
Danial berharap agar kemunculannya dalam program MasterChef Malaysia mendapat perhatian ayahnya sekali gus menghubungi mereka kembali.
Salah seorang peserta top 40 MasterChef Malaysia dari Sabah iaitu Wahidan Hj Awang Supain merupakan seorang pekebun yang sangat minat memasak. Dia sanggup memandu selama 10 jam untuk pergi ke lokasi ujibakat memasak ni.
Kalau tengok senarai peserta top 40 MasterChef Malaysia tu… ada yang bekerja sebagai penoreh getah, peguam, penjual bunga dan macam-macam lagi. Malah doktor gigi pun masuk MasterChef Malaysia ni tau. Tabik spring!!
Pelakon Ary Malik pun turut sama tersenarai sebagai peserta top 40 MasterChef Malaysia.
So… surirumah dan ibu semua.. tak nak masuk Blogger MasterChef challenge anjuran Nuffnang ke. I nak! Tapi tak tahu nak tunjuk masakan apa….ha..ha



















Tak sabar nak tgk Master Chef Malaysia…Drama drama drama
[REPLY]
cayok cayok makngah dr.ezani ..hehe.. tak sempat nak jadi bertugas dapat peluang besar..hehe
[REPLY]
bila pulak Masterchef utk bloggers? mcm berminat je. hehe
[REPLY]
kagum dengan peserta yang mempunyai pekerjaan yang tiada kaitan dan masa dengan masak memasak tetapi dapat masuk top40. mesti ada keistimewaan tersendiri mrk dapat masuk masterchef
[REPLY]