Majlis Karisma Keluarga Jalinan Kasih LPPKN diadakan setiap dua tahun sekali bagi meraikan anak-anak hasil rawatan kesuburan di LPPKN dan keluarga mereka.
Izzah lahir dalam tahun 2008 hasil rawatan kesuburan IUI di LPPKN. Pertama kali kami dijemput LPPKN dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah dalam bulan November 2010. Masa tu Izzah berumur 2 tahun dan Jalinan Kasih LPPKN diadakan di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.
Kami dijemput lagi ke Jalinan Kasih LPPKN pada 11 Mac 2012 yang lalu. Kali ini Majlis Karisma Keluarga Jalinan Kasih LPPKN di buat secara santai di Desa Waterpark, Kuala Lumpur.
Majlis Jalinan Kasih LPPKN – Realisasi Impian Cahaya Mata Melalui Rawatan Kesuburan ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil. Pada masa ni lah dia mengumumkan untuk hantar surat perletakan jawatan.
Setiap keluarga diberikan tikar untuk dihamparkan dalam dewan terbuka Desa Waterpark. Rasa macam berkelah di bawah atap. Panas berbahang tapi nasib baik petangnya hujan lebat jadi udara jadi nyaman dan sejuk.
Pendaftaran bermula pada pukul 11 pagi. Kami sekeluarga dapat goodie bag bersama tikar serta dipakaikan gelang masuk ke Desa Waterpark. Wah! Boleh main air!!
Acara sebenar akan hanya bermula pada pukul 3 petang dengan ketibaan dif jemputan dan Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil. Jadi, kami bebas bermain air sepuas hati di Desa Waterpark. Yahoo?
Hmm.. yahoo bagi Izzah dan Big Babah lah.. sebab akak macam biasa akan jadi penjaga barangan dan jurugambar he he he. Lagipun akak memang tak suka lah main air. Nak kena tukar baju bagai. Kelecehan di situ.
Kami lupa nak bawa pelampung kuning Izzah. Jadi kena beli pelampung lain dan sudah tentu Izzah pilih pelampung warna pink. Budak merah jambu Izzah nih.
Izzah dah tak takut main air. Kenalah Big Babah melayan anak kesayangan main air hingga kesejukan.
Kalau dibiarkan memang Izzah akan main sampai penat. Tapi sebab pihak LPPKN buat announcement minta peserta Jalinan Kasih LPPKN kembali ke dewan, maka kena berhenti. Nasib baik!
Ada Sukaneka Keluarga di adakan tapi kami tak sertai. Tengok dari jauh mereka main tarik upih dan macam-macam games sukaneka. Ada tu sampai anak terjatuh dari upih sebab bapak tarik beriya sangat. Nak menang punya pasal he he he. ![]()
Lama juga nak menunggu hingga pukul 3. Izzah keboringan.
Tapi bila dapat pen marker dan dibenarkan menconteng tikar sesuka hati, seronok dia!
Inilah hasil seni Izzah pada hari Jalinan Kasih LPPKN. Kartun 3 sekeluarga dan nama kami. Bagus juga Izzah tulis nama pada tikar sebab tak tertukar tempat duduk dengan keluarga lain.
Akak juga tak melepaskan peluang mengambil gambar Izzah berposing atas stage.
Macam-macam pose dia buat. Terutama bila bergambar dengan banner LPPKN.
Izzah jadi macam duta LPPKN lah ni. Kelas gitu…he..he..he.
LPPKN ada bagi sehelai t-shirt oren bagi setiap kanak-kanak hasil rawatan kesuburan di LPPKN. Tapi t-shirt yang Izzah dapat adalah saiz 11 tahun.
Jadi memang sangat besar giler. Tapi akak pakaikan juga pada Izzah sebagai sokongan untuk majlis Jalinan Kasih.
Nanti bila menteri datang senang nak kenal mana anak-anak LPPKN ni kan.
Ada juga clown yang bagi belon berbentuk comel untuk kanak-kanak. Izzah dapat belon bentuk bunga warna hijau. Sempat juga Izzah study Bahasa Mandarin kat iPad.
Kenal siapa jejaka berbaju batik sebelah Izzah ni? Itu pengacara TV3. Ahmad Fedtri Yahya.
Fedtri juga diambil menjadi pengacara pada majlis Jalinan Kasih LPPKN di Desa Waterpark.
Izzah pun posing sakan dengan Ahmad Fedtri Yahya tu. Dalam Jalinan Kasih LPPKN kali ini tak ada pulak artis dijemput. Jalinan Kasih 2 tahun lepas ramai juga artis.
Hmmm.. pelampung pink pun Izzah conteng menjadi hasil seni. Asalnya suruh tulis nama dia je. Tapi bila dapat pen marker segala macam benda terhasil.
Ramai juga keluarga dengan anak hasil rawatan di LPPKN yg datang. Teruja akak bila kembar empat (2 boys dan 2 girls) Dr. Jasmina Qamaruz Zaman duduk sebelah akak nih. Sempat lah akak ambik gambar kembar 4 tu banyak-banyak.
Dr. Jasmina dapat kembar empat selepas buat IUI di LPPKN bawah Dr Komathy, doktor yang rawat akak masa tahun 2007 tu. Bestnya dapat kembar kan?
Tapi akak kalau kembar dua larat lagi kot. Kalau kembar 4 tu aduhai.. tak tahulah macam mana. Nak menjaganya satu hal. Kos penjagaan pun mesti berkali-kali ganda kan. Tak mampu dari segi emosi dan kewangan rasanya.
Ramai juga kembar-kembar lain yang datang masa Jalinan Kasih LPPKN nih. Ada kembar dua dan kembar tiga. Tapi tak boleh lawan kembar empat Dr Jasmina lah. Dapat special attention dari LPPKN. Rasanya lepas Dr Jasmina ada seorang doktor lagi juga dapat anak kembar dalam bulan 12 hari tu. Buat IUI di LPPKN juga.
Malah Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil pun singgah di tempat mereka duduh. Reporters pun berebut ambil gambar dan menemu-ramah Dr Jasmina. Akak dan Izzah pun ‘interframe’ sekali he he he!
Selepas tu ada ucapan dari Ketua Pengarah LPPKN, Dato’ Hajjah Aminah Abdul Rahman. Kemudian ucapan dari Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Ada juga penyerahan Sijil Penghargaan Inisiatif Keluarga @Tempat Kerja dan penyampaian hadiah Sukaneka Keluarga.
Kemudian ada sesi bergambar anak-anak LPPKN dengan Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil. Izzah pun bergambar kenang-kenangan dengan Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Lepas ni Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil bukan lagi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Siapa agaknya pengganti Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil? Lepas ni dia pula yang akan hadir ke majlis Jalinan Kasih LPPKN ni.













































Komen Terkini & Sensasi ;)