Main Masak-Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

January 20, 2012

Biasanya pinggan mangkuk berjenama macam Corelle, Corningware, Pyrex dan Vision tu berkualiti tinggi sepadan dengan harganya yang mahal itu.

Pinggan-mangkuk Corelle dihasilkan bersumberkan fesyen dan hiasan dalaman terkini, memberikan gaya yang pelbagai dan mengambarkan keunikan tersendiri kepada isi rumah.

Setiap keping pinggan-mangkuk Corelle dibuat supaya tahan pecah, retak dan sumbing, sesuai digunakan setiap hari.

corelle 1 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Yak!! Sangat tidak betul sekali pernyataan itu!! wpml negative Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

mangkuk corelle pecah 01 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Kenapa mangkuk Corelle ambo yang baru dibeli dari pusat membeli belah tersohor SOGO itu boleh pecah seribu hanya dengan sekali jatuh?

mangkuk corelle pecah 03 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Ambo tengah ghairah memasak *ewah, ghairah..ha..ha* dan mengisi bahan mentah dalam mangkuk Corelle Vitrelle Made in USA tu. Selepas bahan dimasukkan dalam kuali, tiba-tiba mangkuk Corelle Vitrelle yang kosong itu tergelincir dari kitchen top dan jatuh ke lantai dapur ambo yang bukan guna jubin White Horse Ceramic pun. Jubin murah biasa je.

mangkuk corelle pecah 08 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Terkejut besar ambo bila mangkuk Corelle berbentuk empat segi itu pecah berderai. Yang ambo rasa nak marah sebab mangkuk Corelle berharga RM53 sebiji tu pecah dan menjadi serbuk-serbuk kaca yang halus dan bertebaran hingga kena celah-celah jari kaki ambo!! *contoh kaca halus macam gambar ~ tapi lagi halus tau*.

mangkuk corelle pecah 10 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Memang sangat merbahaya!! Bayangkan ambo yang pakai selipar masa kat dapur ni pun boleh terpijak serpihan kaca mangkuk Corelle Vitrelle yang pecah hingga luka berdarah. Ambo rasa kalau pinggan mangkuk murah pun kalau jatuh tak berderai macam tu sekali. Teruk betul kualitinya. wpml negative Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

mangkuk corelle pecah 04 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Break and Chip Resistant sangat lah Corelle Vitrelle nih. Mungkin maksudnya Corelle ni dijamin tahan pecah, retak dan sumbing tapi tak tak dijamin tak akan berkecai.

Kawan-kawan kat FB yang ada Corelle kata ada yang pernah pecah jatuh dan pecah masa buka kotak *baru beli*. Ada pula yang kata tak pernah pecah walaupun jatuh dari meja ke lantai berkali-kali. Nampaknya nasib ambo kurang baiklah sebab sekali jatuh terus berderai dan melukakan kaki pulak tu.

Ambo beli mangkuk Corelle bentuk empat segi yang ringan tu dari SOGO ~ kompleks beli belah yang terkenal kat Kuala Lumpur. Bukan beli dari internet. Jadi, tidak mungkin SOGO jual pinggan mangkuk Corelle palsu kan.

mangkuk corelle pecah 07 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Tapi bila I check balik dekat laman web Corelle USA *sebab mangkuk Corelle ambo tu ada tulis Made in USA*… ambo tak jumpa pun design Country Rose yang sama macam mangkuk Corelle ambo tu.

Jadi, apa maksudnya kalau pattern Country Rose tak wujud dalam laman web rasmi Corelle? Adakah mangkuk Corelle ambo tu tiruan, palsu, fake?

Ambo pun search internet lah pasal pattern Country Rose tu. Emm.. terdapat banyak blog/laman web peribadi/forum/facebook dari Malaysia yang menjual pattern Country Rose ni.

Heran juga macam mana ramai orang boleh jual pinggan mangkuk berjenama ni secara berleluasa di internet dengan harga yang jauh lebih murah dari SOGO. Hmmm.. mana mereka dapat bekalan Corelle dan lain-lain tu?

Katanya Corelle pattern Country Rose adalah salah satu Asian Pattern yang hanya dicipta untuk pasaran Asia. Really meh?

corelle 2 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Hmm.. hanya World Kitchen Asia Pacific yang mengedarkan pelbagai pinggan mangkuk berjenama termasuk Corelle yang ada sebut tentang Corelle Country Rose *bawah koleksi Deluxe series*. Website Corelle tak ada pulak cakap pasal Corelle Asian Pattern. Sedikit confuse di situ. wpml scratch Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Rupanya World Kitchen adalah pengedar rasmi pinggan mangkuk berjenama Corelle, Corningware, Visions, Pyrex dan sebagainya tu. SOGO mendapat bekalan Corelle dari World Kitchen ~ bermakna mangkuk Corelle ambo tu yang original, tulen dan bukan palsu lah.

mangkuk corelle pecah 05 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Tapi mangkuk Corelle original kosong yang dibuat menggunakan lapisan Vitrelle dan tidak pernah masuk microwave pun pecah berderai jugak! wpml cry Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

mangkuk corelle pecah 09 Main Masak Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

Big Babah telefon pihak SOGO sehari selepas mangkuk Corelle Country Rose pecah tapi dikhabarkan bahawa SOGO tidak akan bertanggung-jawab jika ianya pecah *walaupun masih dalam waranti*. Pengguna kena hubungi Corelle sendiri tapi mereka tak berikan contact number Corelle. Kononnya ambo nak report kat Corelle lah tapi bukan nak tuntut ganti rugi *RM53 je pun* ~ sebab ianya pecah berderai yang sangat merbahaya! Tapi bila check laman web Corelle tak jumpa design Country Rose tu yang terkeliru sampai lupa hingga lebih sebulan setelah kejadian.

Lagipun Corelle yang dibeli di SOGO hanya diberikan waranti 1 tahun dari tarikh pembelian. Resit pun entah ke mana jadi sudah tak boleh tuntut waranti. Heran juga kenapa laman web Corelle tulis waranti 3 tahun tapi Corelle SOGO cuma 1 tahun? Terkeliru lagi ambo ~

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

Tags: , , , , , , , , , ,

5 Responses to Main Masak-Masak | SOGO Jual Pinggan Mangkuk Corelle Palsu?

  1. eliss on January 20, 2012 at 8:16 am

    kena mintak ganti rugi dari pihak World Kitchen laa gamaknya. ambo sebutir pun tak dok corelle ni. coral ada lah ;p
    Seorang Blogger bernama eliss´s last [type] post..Kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

    [REPLY]

  2. SawaNiLa.com on January 20, 2012 at 9:06 am

    ambo ado correlle sebutir jah…wak masok dalam oven ok je… dulu ambo kerja market research ada buat focus group pasal correlle…memang dia kata pecah tak jatuh. dorang buat – buat jatuh pun memang tak pecah. kena tuntut ganti rugi ni…
    Seorang Blogger bernama SawaNiLa.com´s last [type] post..Happy Birthday Husband

    [REPLY]

  3. Cik Lily Putih on January 20, 2012 at 10:58 am

    abis tu tak dapat ganti mangkuk baru, biar betul diorg nie.

    Kite beli online je, senang sket.. terus anto kerumah

    [REPLY]

  4. Zien on January 26, 2012 at 1:52 am

    Cuba emel ke corelle di us atau Australia minta pengesahan samada masih ada ka pattern tu. Bimbang gak, org kita ni fames tiru meniru..sampai kuah rojak yg fames pun dorang boleh kuarkan yg palsu dgn cepu yg sama tuh..

    [REPLY]

  5. Pun minat Corelle on March 19, 2012 at 10:56 pm

    Corelle tu bukannya tak pecah langsung, still pecah depends pada cara jatuh. Dah ajal nak buat macam mana, tapi memang sakit hatikan.. FYI, yang jual online tu rata2 diaorang beli from the US via online. Byk site yang jual corelle kat US tuh.. Barang murah, cuma shipping je mahal. Usually diaorang ship via sea jadi murah skit tapi ambik masa nak sampai. Saya pun pakai corelle, memang puas hati cuma corelle ni boleh scratch kalau ter-scratch dengan besi. pastu permanent pulak tuh.. Another good option is Luminarc, pun bagus jugak…

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Siapa Ros Ibrahim? Dah masuk 38 dah umur dia. Panggil je dia akak Ros. Umur je banyak. Rupa dan pemikiran tetap muda :D

Nuffnang

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

Learn Mandarin

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots