Hmmm… macam tak kena pulak tajuk entri ni. Patut tulis… macam mana nak claim balik duit PCB korang…he..he
Tapi maksud dia sama jugak tu. Belasah aje lah ye. ![]()
No.. no!! Me bukan suruh korang lari dari cukai. Mana boleh main lari-lari *hide and seek* dari cukai ni. Jangan ikut contoh artis yang lari dari cukai tu. Last-last kena saman. Lagi susah.
Me cuma nak ajar Tax Planning ye tuan-tuan dan puan-puan. Please take note ya… ![]()
Sebelum tu, mari tengok satu Slip Pengiriman Bayaran ke LHDN ni. Gelak baring me baca nota yang ditulis mamat ni…ha..ha..ha ![]()
Dia tak halalkan satu sen pun duit dia yang masuk LHDN. Pastu lebih rela bayar ZAKAT dari bayar tax.
Ada Bayar Zakat Pendapatan Tak Korang Semua?
Yup! Setiap pendapatan kita kena zakat tau. Kalau cukup nisab la kan. Klik sini pasal zakat pendapatan.
So, sambil-sambil menunaikan kewajipan kita.. actually kita boleh claim pelepasan zakat dari cukai pendapatan!
Dengan kata lain, zakat yang dibayar tu boleh tolong kita dapatkan balik duit PCB yang ditolak setiap bulan dari gaji kita tu… walla! ![]()
Biar betik! Memang betik betul pun..ha..ha
Sebab zakat ni dikira sebagai rebat yang ditolak dari Jumlah Cukai Pendapatan kita. Katakan, kita bayar zakat RM100 sebulan selama setahun. So jumlah zakat RM1,200, betul?
Kalau jumlah cukai pendapatan pada tahun tu RM4,550.69, zakat akan ditolak sebanyak RM1,200. So balance cukai pendapatan ialah RM3,350.69.
Pastu sebab bulan-bulan ada tolak PCB dari gaji (katakan jumlah PCB RM4,492). Bermakna kita dah TERLEBIH bayar cukai pendapatan. Kalau dah terlebih, LHDN kena la bayar balik maaah!
Kalau tengok contoh pengiraan kat atas, kita boleh dapat balik RM1,141,31. Lebih kurang je jumlah yang kita dah bayar zakat.
So, kepada mamat yang tulis nota pada LHDN kat atas tu.. memang betul.. better bayar zakat dari bayar tax. Sebab zakat tu masuk tabung Baitulmal berbanding dengan tax yang mmmm… no komen…ha..ha









yeap!! its true.. plus zakat kan wajib..
me prefer bayar zakat dari cukai..tp PCB still on la..
.-= Rozy´s last blog post..Yeayy!! Menang beg baru!!! =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
April 26th, 2010 at 1:28 pm
rozy, pcb masih on.. cuma time nak file tax form tu dapat claim balik
[REPLY]
sy bayar zakat..tp, disbbkan PCB sikit..sy kena byr additional tax…entah mcm mana la company sy ni calculate…argh..due date nak byr 30 ni..kena tunggu gaji nak bayar:)
.-= synn´s last blog post..Hasil tangkapan.. =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
April 26th, 2010 at 1:33 pm
syn, la ye ke
[REPLY]
saya pun gelak guling2 ok baca slip bayar lhdn tu..*musti kak ros slaloo kan kena berhadapan dgn org mcm ni…tobat pening kepala.hehe
.-= diyana´s last blog post..30-Days Diet-End Result =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
April 26th, 2010 at 1:35 pm
diyana, mamat tu memang kelakar..he.he
[REPLY]
saya rasa cara PCB tu bagus sbb takdela kita kena bayar sekaligus.. kalau dah potong skit2 taklah terasa sangat.. tapi bayar zakat tu pun bagus.. skrg zakat pun dah bole bayar ikut potongan gaji.. lg mudah..
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
April 26th, 2010 at 1:35 pm
izza, betul..betul
[REPLY]
Along pun dulu macam tu, pikir baik bayar zakat lebih drpd pcb. So along pun buat la potongan gaji terlebih2 ke zakat…tup2 PCB dia potong jugak!! Banyak lak tu. Tak paham betul. Along tanya HR camne nak buat ni, berapa nak bayar zakat nak bagi takyah bayar PCB, depa pun x tau….hmmm..
.-= Along´s last blog post..Plans For The Weekend =-.
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
April 26th, 2010 at 1:27 pm
along, pcb memang auto tolak gaji walaupun dah bayar zakat.. sebab dia based on list provided (minimum gaji) by LHDN
tapi kalau ada bayar zakat, nanti tahun depannya boleh tolak balik dari income tax.. so dapat balik duit.. maknanya dapat balik PCB yang dah dibayar tu.. walaupun tak semua
[REPLY]
Salam singgah,
Lawak la mamat tu, walaupun marah tapi bayar jugak, hehehe.
Saya baru first time bayar tahun ni, dan terlebih, so dapat la balik seratus lebih ajer.
Lepas ni nak lebih berhati2, depa kata simpan semua resit2 beli buku, laptop, dll selain dari zakat tu, boleh tolak lagi kann..
.-= Abu Aiman´s last blog post..Cukai Pendapatan, Rafi & Scanner =-.
[REPLY]
Kerana zakat dan insurans saya tak perlu bayar cukai!
.-= sue´s last blog post..Jakun sekejap… =-.
[REPLY]
bila lhdn nk bagi balik duit cukai yg terlebih byr tu??
sampai skrg xde pon masuk dlm akaun..
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 3rd, 2010 at 1:46 pm
aku la, eh.. i dah dapat dah check from LHDN.. sebulan lepas rasanya..
[REPLY]
Sy baru stat keje 1.9.10. gaji rm2600 ni kena PCB ke? If saya nak bayar zakat 2.5 %, maknanya saya kena bayar rm 65. betul kan? then PCB tetap dikenakan o macamana? tq!
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
December 10th, 2010 at 11:35 am
fahmi, sori terlambat balas..
RM2600 memang kena PCB deduction juga.. ye betul part zakat
PCB tu memang wajib deduct usually company deduct siap-siap dari gaji kasar..mmg tetap kena deduct walau dah bayar zakat
zakat tu kita bayar sendiri.. nanti akhir tahun kita kira samada dapat claim balik atau tidak
[REPLY]
tahun lepas aku keje dengan kompeni melayu, potong gaji bayar zakat, tahun nie aku keje kompeni mat saleh, potong gaji bayar income tax.. pening kepala gak bila potong sana sini.. yg tak pening bila potong duit akaun/cc bayar hutang sofa, hutang barang.. haha.. sebab barang dah dapat (actually sama pening gak.. hehe)
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
December 10th, 2010 at 11:36 am
rizal, kalau i semua pening..he..he
[REPLY]
[...] Macam Mana Nak Elak Cukai Pendapatan [...]
salam sume..sy bru pas bayar zakat utk dis yr 2010
coz dw kwan kje kt ppz prefer pg jmpe die sndiri
bayar,salam genggam n doa..lg feeling..hehe
coz company xde wat pcb.kje pn kntrak jer..
so skg ni tgh nk wat e filing lak
kot2..dpt rebet leh la wat amal jariah lg
topap2 mane x ckup..
bru request PIN no thru email
tp hampeh xde reply2 LHDN ni.
de sesape taw cmne nk dpt PIN no and wat e filing nie.
im newbie..bro n sis help me..
tq
[REPLY]
Salam,
jom bayar zakat.
Seorang Blogger bernama Ramli´s last [type] post..Cara Untuk Mengurangkan Cukai Pendapatan
[REPLY]
Kita sebenarnya membayar cukai lebih dr 1/2 pendapatan kita. Mungkin ada yg sedar, tp aku rasa ramai yg kurang perasan dalam hal2 ni. Cukai yg kita istiharkan setiap tahun, adalah sebahagian kecil sahaja dan tidak semua rakyat membayarnya. Tetapi pada hakikatnya, setiap rakyat Malaysia hatta yang baru lahir pun WAJIB membayar cukai! Contoh yang mudah di sini bagi pembelian kenderaan.
Harga Asal RM50,000
Cukai K’jaan RM50,000 (cth 100%, malah mgkin lebih)
Harga Kenderaan = RM100,000
Kaedah Pembelian melalui pinjaman
Harga RM100,000
Deposit RM10,000
Pinjaman bank RM90,000
Tempoh 7 tahun
Kadar Faedah 5% setahun
Bayaran RM1,596 sebulan x 12 x 7 tahun = RM134,100 (bayaran faedah bank RM44,100 x cukai korperat 27% = RM7,893). Oleh itu bank mendapat keuntungan dari faedah adalah RM36,207 (RM44,100 – RM7,893)
Kesimpulan bayaran anda
Bayaran Asal RM50,000
Duti Cukai RM50,000
Cukai Korperat RM7,893
Faedah Bank RM36,207
[REPLY]