Maafkan Cikgu

September 16, 2009

Me dapat email pasal kisah benar seorang cikgu ni. Dan me rasa elok dikongsikan supaya sama-sama dapat iktibar.

Ceritanya: 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja  yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. 

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 

Dia terkejut dan wajahnya berubah. 

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”

Jawabnya  “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” wpml cry Maafkan Cikgu

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. 

cikgu Maafkan Cikgu

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut; 

  1. Solat sunat 
  2. puasa sunat 
  3. berzikir 
  4. bersedekah 
  5. mengusap rambut anak yatim 
  6. mendengar cerita2 kesusahan orang lain 
  7. membantu orang susah

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: ,

28 Responses to Maafkan Cikgu

  1. sitisifir10 on September 16, 2009 at 8:10 am

    Sob Sob…..melihat sendri apa punca masalah itu lebih baik dari merawat tanpa melihat punca kepada masalah itu
    .-= sitisifir10´s last blog post..Senarai Peserta ‘Di Sini Kisah Coklatku Bermula’ =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    macik, ya betul! setiap sesuatu mesti bersebab.. kalo dapat check sebab dan perbetulkan mesti ‘sesuatu’ itu takkan berlaku lagi.

    sames goes to other aspects of life

    [REPLY]

  2. eliss on September 16, 2009 at 8:25 am

    aku penah dengar citer ni…masa induksi hari tu dari orang zakat Selangor..memang aku menanges jam2 tu jugak bila ustaz tu citer :(
    .-= eliss´s last blog post..Tol Percuma tuk Pengguna LPT & Lebuhraya Karak 18/9 & 24/9 =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    eliss, tu la.. kadang2 kita condem atau marah orang tanpa selidik dulu kenapa dia macam tu (kesian budak tu kena rotan sebab datang lambat).. kenapa dia datang lambat? takde baju..hu..hu

    [REPLY]

  3. Along on September 16, 2009 at 8:25 am

    Ala..pagi2 dah tangkap leleh. Tapi ye la kan, ada orang yang daif macam tu. Moga anak2 tersebut berjaya dalam pelajaran dan dapat tingkatkan taraf hidup mereka. Amin.
    .-= Along´s last blog post..Tensennnnnnn =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    along, alahai..leleh ke..he..he.. betul tu, memang ramai macam tu

    [REPLY]

  4. eis on September 16, 2009 at 8:31 am

    sedihnya.. sy percaya anak itu akan menjadi seorang yg sgt ‘berguna’ bila besar nanti atas ajaran ibunya. isk isk..sob sob..

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    eis, amin!

    [REPLY]

  5. mama shmontel on September 16, 2009 at 8:43 am

    Ni mcm filem Iran yg menang international award tu : Children of Heaven. Sgt menginsafkan.
    .-= mama shmontel´s last blog post..Myself & I =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    mama_shmontel, ada filem ye.. kalau baca dah sedih, tengok filem mesti banjir menangis ni

    [REPLY]

  6. lin on September 16, 2009 at 10:19 am

    salam tuan rumah :) , selamat hari raya maaf zahir batin..ikhlas dr sya sekeluarga (lin,zairee,qaisara)

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    lin, selamat hari raya, maaf zahir batin

    [REPLY]

  7. laila on September 16, 2009 at 10:30 am

    sangat menginsafkan…
    ya allah.. moga2 anak itu berjaya…
    .-= laila´s last blog post..Kisah 2 : Berguraulah dengan anak =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    laila, amin!

    [REPLY]

  8. Hanz on September 16, 2009 at 10:54 am

    sedeynyer….dalam zaman milenium ni kita terlupa masih ader lagi orang susah…
    .-= Hanz´s last blog post..Raya Vogue (Is it?) Preps : Make-up & Shoes =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    hanz, memang ramai lagi susah.. cuma kita je tak nampak

    [REPLY]

  9. YUS on September 16, 2009 at 10:57 am

    Insaf..

    Tapi tu lah kebenaran dlm kehidupan.
    Andai berlaku sesuatu, selidikilah dulu.
    Cari apa punca dan salahnya.

    Paling tidak pun, sentiasa berfikiran atau beranggapan positif.
    Insyallah, pasti yg baik akan dtg jua…

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    yus, betul tu.. tak kira la apa konflik sekalipun kena fikir dulu sebelum bertindak

    [REPLY]

  10. iefa on September 16, 2009 at 11:11 am

    sedeynyer bacer…kadang2 tringin jumpe org cemni..so bleh direct bg kt derang kan…huhuhu ader lagi kan org mcm ni…moge bejaye laa ank2 tuh :sad:
    .-= iefa´s last blog post..~ MisSioN accOmpLish ~ LipLaP LiPLap aNak MaMi =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    iefa, tu la.. kadang2 fikir mana pegi duit zakat juta2.. emm.. rasa cam baik zakat direct je kan?

    [REPLY]

  11. Nur Azirah on September 16, 2009 at 11:46 am

    Huhuhuhu… Sedihnya saya baca…
    Berlinang air mata nie…
    Betapa kuat semangat budak tue…
    Semoga dia berjaya mengubah kehidupan family dia..
    .-= Nur Azirah´s last blog post..Wanita, Perempuan & Ibu… =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    nur azirah, budak ni kuat dan rajin, insyaallah berjaya.

    ye la..dia boleh pilih ponteng sekolah daripada pegi sekolah kena rotan kan.. tapi dia rela dirotan sebab nak belajar..

    [REPLY]

  12. unlisted_one on September 16, 2009 at 12:37 pm

    Eh,..kebetulan dpt email yg sama..bagus utk mahasabah diri..
    .-= unlisted_one´s last blog post..Selamat Hari Raya Semua!!!! =-.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    unlisted, sama-sama la kita fikirkan ye

    [REPLY]

  13. farah on September 16, 2009 at 12:54 pm

    rasa nak gugur air mata saya baca cerita ni kak ros..ade lagi kan org susah mcm ni..nasib la cikgu tu tergerak nak pi umah murud tu kalau tak tentu hari2 kena rotan.

    [REPLY]

    littlemama Reply:

    farah, kita yang agak senang ni kadang2 lupa yang orang lain ada yang susah dari kita.. sometimes tu kita ni pulak duk fikir2 kita susah (sebab duk compare dengan orang lagi kaya dari kita).

    [REPLY]

  14. sya on September 16, 2009 at 2:05 pm

    bestkan kalau ada student yang macam ni…
    saya selalu bagitau students, biar datang lambat daripada tak datang langsung…
    tapi, diorang memilih untuk ponteng.. huhu
    .-= sya´s last blog post..pengalaman memasak =-.

    [REPLY]

  15. Syud on October 2, 2009 at 7:38 am

    serius teringat cerita Children of Heaven. Cerita dari Iran.

    macam ni jugak. adik beradik berkongsi sepasang kasut untuk ke sekolah. :’(
    .-= Syud´s last blog post..~Amaran Keras!~ =-.

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Siapa Ros Ibrahim? Dah masuk 38 dah umur dia. Panggil je dia akak Ros. Umur je banyak. Rupa dan pemikiran tetap muda :D

Nuffnang

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

Learn Mandarin

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots