KidZania? Ambo rasa tak ramai yang tahu apakah KidZania ini. Jadi, ambo nak cerita sedikit sebanyak pasal KidZania Kuala Lumpur yang akan dibuka kepada orang ramai bermula 28 Februari 2012 nanti.
KidZania Kuala Lumpur adalah satu taman tema khas untuk kanak-kanak bagi mengalami pengalaman menjadi ‘dewasa’ tanpa bergantung pada ibu bapa!
Kanak-kanak sekecil 4 hingga 14 tahun boleh memilih untuk menjadi doktor bedah, juruterbang, tukang masak, ahli bomba, mekanik, model, pelukis, pelakon dan pelbagai jenis pekerjaan orang dewasa.
Ya! Mereka berpeluang bermain ‘menjadi dewasa’ di dalam KidZania Kuala Lumpur ~ satu bandar kanak-kanak yang meniru (replika) dunia kehidupan sebenar.
Ambo memang rasa excited…ha..ha..ha ![]()
Sebab anak ambo mesti akan rasa seronok dapat pakai costume lengkap (menyerupai uniform/pakaian sebenar) apa sahaja jenis pekerjaan yang ada dalam KidZania Kuala Lumpur dan bermain di lokasi yang dicipta khas untuk kanak-kanak seperti hospital, stesen bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, teater dan macam-macam lagi.
KidZania berasal dari Mexico dan sekarang ada 8 KidZania lain di seluruh dunia iaitu di Santa Fe, Monterrey, Tokyo, Koshien, Jakarta, Lisbon, Dubai and Seoul.
Kai! Di KidZania Kuala Lumpur sebutan ‘kai’ digunakan bagi menggantikan ‘hai’ atau ‘hello’. Kai, mom bloggers semua! Kai… kai.. kai! Z-u soon. ![]()
KidZania KL ada 90 pekerjaan untuk kanak-kanak memainkan peranan *role play* dan ia juga ada ekonomi sendiri. Duit ringgit Malaysia atau apa-apa matawang lain tidak laku kat KidZania Kuala Lumpur. Hanya matawang KidZania yang dikenali sebagai kidZos yang boleh digunakan.
Kanak-kanak yang bermain sebagai apa-apa pekerjaan dalam Kidzania Malaysia ini akan dibayar gaji sebanyak 8 kidZos setiap pekerjaan. Malah kanak-kanak berpeluang menyimpan gaji mereka dalam bank dengan membuka akaun dan menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit di mesin ATM bank dalam KidZania KL.
Kanak-kanak juga boleh membeli-belah menggunakan duit kidZos dalam mana-mana kedai yang terdapat dalam KidZania Kuala Lumpur. Jika duit kidZos yang disimpan dalam bank KidZania KL tidak digunakan, ia boleh dikeluarkan semasa lawatan seterusnya ke KidZania.
Umpama menyimpan duit dalam bank sebenar. Memang sangat mengujakan!
Ambo rasa daripada membazir duit bawa anak-anak ke taman tema yang ada permainan semata-mata, lebih baik datang ke KidZania Kuala Lumpur. Anak boleh bermain sambil belajar tentang kehidupan!
BAYARAN MASUK KIDZANIA KL
Harga tiket ialah RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. Tetapi orang dewasa hanya boleh masuk KidZania Kuala Lumpur jika ditemani kanak-kanak!
Biasanya kanak-kanak tak boleh masuk sesuatu taman tema jika tidak ditemani orang dewasa. Tapi sebab KidZania KL adalah bandar kanak-kanak maka jika tidak ditemani kanak-kanak, maka orang dewasa tak boleh masuk…ha..ha.. ![]()
Masa buka hari Isnin – Jumaat (10am-5pm sesi 1), Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum (10am-3pm sesi 1, 4pm-9pm sesi 2).
KEMUDAHAN KIDZANIA KL
Faktor keselamatan sangat diutamakan di KidZania Kuala Lumpur dimana kanak-kanak dan orang dewasa akan dipakaikan gelang keselamatan *security bracelet* yang hanya boleh dibuka semasa meninggalkan KidZania dan mengikut kebenaran penjaga/ibu bapa.
Kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas boleh ditinggalkan dalam KidZania Kuala Lumpur tanpa pengawasan ibu bapa. Kanak-kanak bawah 8 tahun kena diawasi ibu bapa semasa dalam KidZania.
Semasa kanak-kanak ‘bekerja’ dalam KidZania KL sambil diawasi Zupervisors (pekerja KidZania), ibu bapa boleh menunggu dan berehat dalam Parent’s Lounge yang dilengkapi kemudahan internet wifi dan movie room.
Terdapat juga Urbano’s House dalam KidZania KL yang khas untuk babies dan toddlers.
LOKASI KIDZANIA KUALA LUMPUR
KidZania Kuala Lumpur terletak di Curve NX, Mutiara Damansara. Bangunan KidZania KL senang nak kenal sebab terletak berhampiran Ikea/Tesco dan ada muncung kapal terbang Air Asia terkeluar dari bangunan.
Tak sabar nak tunggu KidZania Kuala Lumpur buka pada 28 Februari 2012.















thanks for the info
memang menarik ni 
Seorang Blogger bernama Suzi @ Mama Zharfan´s last [type] post..Sayu pulak bila baca luahan hati Abby Abadi
[REPLY]
wah… bestnya! baguslah ada tmpat mcmni so xde la bdk2 asik main jer..at least dorg dpt bljr sesuatu…
[REPLY]
sangat teruja utk bwk anak murid ke sini…nak bwk anak sendiri, semua dah dewasa… dpt bwk anak2 org pun alhamdulillah.. harap2 mereka dpt belajar banyak perkara di sana nanti..
[REPLY]