KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

4 Mac 2012 ~ Ahad pagi. Ambo dan Izzah ke KidZania Kuala Lumpur.

Dapat tiket free anak-beranak. Mestilah kena pergi KidZania tu kan. Kalau beli RM70 melayang untuk tiket KidZania dewasa (RM35) dan kanak-kanak 2-3 tahun (RM35).

Heh heh.. kali pertama pergi bagus juga dapat percuma. Boleh tengok menarik atau tidak.

Keputusannya? Memang sangat menarik. Mengujakan!

kidzania kuala lumpur ticket 01 KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

 

Tapi baca tips melawat KidZania Kuala Lumpur dari ambo sebelum pergi. Mungkin boleh menyelamatkan demo dari menjadi tension tahap gaban semasa di sana…ha..ha..ha! wpml yes KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

TIPS 1 ~ HARGA TIKET KIDZANIA KL

Harga tiket KidZania KL memang mahal. Sebab tu kena RANCANG betul-betul sesi lawatan ke KidZania nih.

Kalau anak masih toddler 2-3 tahun kena RM35. Tapi kalau anak 4-17 tahun kena RM55 seorang!! Beza RM20 memang banyak.

tiket kidzania kl KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

Kalau anak bawah 8 tahun mak atau bapa (atau penjaga dewasa) mesti masuk sekali. Harga tiket dewasa RM35.

Kalau ada seorang anak masih okey. Tapi kalau ada beberapa orang anak? Kiralah sendiri kos tiket masuk KidZania KL ni. Ratus-ratus sekali masuk!

Nasihat ambo. Rancang betul-betul sebelum pergi KidZania Kuala Lumpur. Kalau tak senang jadi sakit hati dan bengang. Ambo serius ni.

KidZania KL satu taman tema yang memang menarik.

Bayangkan. Ada 99 pekerjaan di KidZania KL. Satu sesi lawatan (5 jam) memang tak sempat buat semua tu. Kena pergi banyak banyak banyak kali. Boleh pokai mak bapak semua.

Berapa banyak pekerjaan boleh dibuat dalam masa 5 jam? Bergantung pada banyak perkara. Kalau tak pandai rancang masa mungkin 1-2 aktiviti sahaja. Tak berbaloi dengan harga tiket.

Tapi kalau sebelum pergi sudah rancang mana nak tuju. Pasti dapat minimum 5 pekerjaan!

TIPS 2 ~ UMUR BAWAH 8 TAHUN KENA DITEMAN

Kanak-kanak bawah umur 8 tahun wajib ditemani penjaga dewasa (ibu, bapa, makcik, kakak etc). Jadi kena beli tiket dewasa RM35 juga.

Kalau umur 8 tahun ke atas dan parents yakin anak boleh berdikari maka anak boleh masuk tanpa penjaga dewasa.

TIPS 3 ~ DEWASA TAK BOLEH MASUK TANPA KANAK-KANAK

KidZania KL adalah taman tema khas untuk kanak-kanak. Syarat ketat ialah orang dewasa hanya boleh masuk KidZania untuk menemani kanak-kanak.

Tak boleh masuk tanpa diringi kanak-kanak.

TIPS 4 ~ BELI TIKET ONLINE

Tiket KidZania Kuala Lumpur boleh dibeli di kaunter atau secara online. Kalau rasa tak sanggup nak beratur panjang baik beli online.

Jangan lupa print tiket dan bawa ke KidZania KL. Ada tiket online tak perlu beratur ikut barisan biasa. Boleh terus pergi kaunter khas di bahagian paling kanan untuk dapatkan security tag.

TIPS 5 ~ PERGI HARI BIASA

Kalau boleh elakkan pergi KidZania Kuala Lumpur masa cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu.

Terutama kalau nak bawak toddler atau anak bawah umur 7 tahun. Sebab hari cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu ramai sangat orang!

Kalau anak dah sekolah rendah tak kan nak ponteng semata-mata KidZania kan. Jadi kena rancang dulu sebaik mungkin.

KidZania KL ni kalau cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu akan dibuka 2 sesi. Sesi pagi 10am – 3pm. Sesi petang 4pm – 9pm. Setiap sesi 5 jam.

Tapi kalau hari biasa *weekday* hanya satu sesi dari 10am – 5pm. 7 jam!

Hari biasa. Harga tiket sama. Masa lebih 2 jam. Orang tak ramai. Kurang kot tensen.

TIPS 6 ~ TUNAIKAN CEK DI BANK

Penting. Bagi yang pertama kali datang ke KidZania KL.

Masa ambil tiket akan dapat cek bernilai 50 kidzos (per ticket). Lepas masuk dalam KidZania KL terus pergi bank CIMB sebelah kiri pintu masuk.

kidzania kuala lumpur ticket 05 KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

Anak kena beratur *macam dalam bank biasa* untuk ke kaunter bagi tunaikan cek kepada duit kertas kidzos.

kidzania kuala lumpur bank 04 KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

Duit kidzos ni akan digunakan masa buat aktiviti yang memerlukan pembayaran macam:

  • Painting school
  • University
  • Ayam Brand Cooking School
  • 100 Plus Wall Climbing
  • Sony Photo Lab
  • Beauty Salon *customer*
  • SOX Mobile Phone Center
  • Hoya Eye Care Centre
  • Jewellery Shop
  • Marrybrown Burger Shop
  • Sushi King Sushi Bar
  • Honda Car Dealership
  • Honda Department of Motor Vehicles
  • Honda Driving Street
  • SeaMaster Bottling Plant
  • Oreo Cookie Factory
  • Vitagen & Marigold Milk Factory
  • Games Room

TIPS 7 ~ BEKERJA DAPAT DUIT

Pekerjaan berikut akan dibayar gaji dalam matawang kidzos.

  • Job Information
  • CIMB Bank Vault
  • Secret Agent
  • Dentist
  • Beauty Salon *staff*
  • Window Washing
  • Fitters Fire Station
  • KPJ Emergency Room
  • CTC Travel Agency
  • Poslaju Courier Services
  • C.S.I
  • Courthouse
  • Police Station
  • Supermarket
  • BHPetrol Service Station
  • Car Wash
  • Auto Repair Shop
  • The New Straits Time Press
  • hitz.fm Radio Station
  • Fashion Boutique
  • TNB Energy Control Centre
  • TM Telecommunications Centre
  • Acting Academy
  • Magic Studio
  • Construction Site
  • Nippon Paint House Painting
  • Dell Notebook Factory
  • Hospital – Scanning Room
  • Hospital – Nusery
  • Hospital – Endoscopy Room
  • Hospital – Surgery Room
  • TV Studio
  • City Clock
  • AirAsia Flight Attendant
  • AirAsia Flight Simulator

TIPS 8 ~ MASA AKTIVITI 20 MINIT

Setiap pekerjaan mengambil masa 20 minit untuk disiapkan. Tapi masa menunggu sangat lama. Hanya 6 orang dibenarkan buat sesuatu aktiviti dalam satu masa. Kena tunggu mereka yang tengah buat siap baru 6 orang seterusnya boleh mulakan.

Aktiviti yang sentiasa ramai orang ialah ahli bomba, polis, CSI, dentist dan pilot. Masa menunggu sangat lama dan kena beratur panjang. Kadang-kadang sampai lebih sejam beratur!

Terutama kalau pergi masa cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu.

Kalau nak pergi pada tiga masa di atas kenalah rancang untuk buat pekerjaan yang orang tak ramai minat. Supaya boleh buat siapkan sekurangnya 4-5 aktiviti.

Kalau tak rancang masa ke KidZania mesti sangat sakit hati. Ada yang hanya berjaya buat 1-2 aktiviti dalam masa 5 jam!

TIPS 9 ~ KAMERA BOLEH BAWA MASUK

Parents boleh bawa masuk kamera dan ambil gambar anak dalam KidZania KL. TAPI. Ada banyak tempat yang parents tak dibenarkan masuk langsung. Susahlah nak ambil gambar anak.

Sebab mereka nak buat duit melalui service fotografi.

Memang ada photographer dengan kamera besar akan ambil gambar anak kita semasa buat aktiviti. Boleh pergi ke kedai Sony sebelah pintu keluar untuk beli gambar.

TAPI. Harga sangat mahal. Sekeping gambar dengan paper frame KidZania *dan softcopy* berharga RM20. Tiga keping RM50. Memang cekik darah.

kidzania kuala lumpur photo 01 KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

Kualiti tak bagus sangat pun!

TIPS 10 ~ TIDAK BOLEH BAWA MAKANAN

Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan masuk dalam KidZania Kuala Lumpur.

Kedai makan ada dalam KidZania KL. Tapi harga sangat terhad dan mahal jugaklah. Ada juga kedai yang jual burger, jajan dan air mineral.

Transaksi dibuat dalam Ringgit Malaysia ~ bukan Kidzos.

TIPS 11 ~ SYARAT UMUR

Pekerjaan dalam KidZania KL ada had umur. Banyak yang kena umur 4 tahun ke atas. Ada juga yang 6 tahun ke atas.

Baby umur 1-3 tahun hanya boleh main di Urbano House kat tingkat 2. Boleh sertai sesi bercerita, puppet shows, buat makanan kegemaran, melompat atas katil angin, mewarna buku, puzzles dan main dalam kolam berisi bola-bola lembut.

TIPS 12 ~ SYARAT KETINGGIAN

Ada sesetengah aktiviti di KidZania KL perlu ikut had tinggi minimum dan tinggi maksimum. Kalau tak cukup tinggi atau terlebih tinggi tak boleh buat.

Tengok dulu syarat yang tertampal di pintu masuk tempat aktiviti di buat. Jangan pula penat beratur panjang tapi sia-sia.

TIPS 13 ~ SURAU

Jangan asyik sangat sampai lupa nak solat. Surau ada kat tingkat satu. Ada kat belakang Dentist/Beauty Salon.

TIPS 14 ~ BUKA AKAUN BANK

Sebelum balik singgah lagi ke CIMB bank. Anak boleh buka akaun bank dan dapat kat ATM. Simpan duit kidzos yang lebih dalam bank.

kidzania kuala lumpur bank 09 KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

Next time datang boleh keluarkan melalui ATM.

TIPS 15 ~ TUKAR KIDZOS DENGAN SOUVENIR

Kalau tak nak simpan duit kidzos dalam bank, boleh tukarkan dengan cenderahati dalam kedai.

Cenderahati dalam kedai KidZania KL ni boleh dibeli juga dalam Ringgit Malaysia.

dp seal trans 16x16 KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!This content has been Digiproved © 2012 Ros Ibrahim



Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  19 comments for “KidZania Kuala Lumpur | Tips Melawat KidZania KL – Mesti Baca!

  1. March 18, 2012 at 8:38 am

    Thank you kak ros..

    Memang berguna sangat tips ni. Memang sakit hati klu byr mahal2 pastu hanya blh try 1 or 2 jobs. Tu xmasuk sakit hati sbb tunggu lama lg.

    Thank you..

    [REPLY]

  2. March 18, 2012 at 12:13 pm

    murah lagi ni dear.. kat dubai adult sorang 90 dhs! . budak laaagi lah mahal!

    [REPLY]

  3. siti
    March 19, 2012 at 1:11 pm

    hi, nak tanya… anak saya 3++ years… so kalau saya beli tiket 1-3 RM35 tu boleh masuk Urbano House jer ker? tak leh masuk yang tempat banyak pekerjaan tu ker e.g. Bomba,Dentist etc?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @siti,banyak tempat tulis suggested age 4+ dan 6+, ada 7+.. tapi boleh je buat pekerjaan yg 4+ tu.. my daughter pun belum masuk 4 years lagi (akhir bulan ni 4 tahun).. so tadi i beli tiket toddler je but dia leh buat je jobs tu semua.. just ckp nak masuk 4 years dah.. some place tak tanya pun…some place akan tanya anak tu sendiri umur berapa. ;D

    [REPLY]

  4. nora
    March 26, 2012 at 9:46 am

    pegi ari tu,ank sya jd polis,dktor,telekom,csi,marrybrown,pilot..umur ank sya 5 thun…bnyk keje tk try lg..tk ckup masa..nnti nk g lg..best sgt…tp yg paling kelakar ank sya tnya…mama,knp sume ckp omputih?

    [REPLY]

  5. March 26, 2012 at 11:39 am

    aida plan nak gi. tak jadi la. mahal!!!
    tq for the info :)
    Seorang Blogger bernama adianiez´s last blog post post..SUKA SHOPPING ONLINE |KORANG SUKA?|

    [REPLY]

  6. hazwani
    April 1, 2012 at 1:18 am

    Dalam kidzania boleh cakap bahasa malayu

    [REPLY]

    irnasyuhada Reply:

    @hazwani, boleh je:) lagipun majoriti staff kat situ melayu :)

    [REPLY]

  7. April 2, 2012 at 10:17 am

    terbaek la tips ni…
    cikgu taska anak saya ada juga tanya, nak tak buat rombongan ke sana..tengah usha2 ni, anak2 taska 2-4thn…worth it tak ek?? hak 4 thn tu ok la, hak 2 thn??huhu

    [REPLY]

  8. ayu
    November 15, 2012 at 12:55 am

    Terima kasih, info yang sgt berguna. Belum pergi lagi ke sana, cuti sekolah ni tak tahu nak bawa anak pergi mana. Boleh dipertimbangkan untuk ke sana ;-)

    [REPLY]

  9. Ab azman
    January 19, 2013 at 12:52 pm

    murh tu tket dia….igt nk prgi gak rr….
    legoland kami anak branak tket dh rm1k….
    thanks 4 info yg brguna nhh…..

    [REPLY]

  10. muhammad akid
    February 25, 2013 at 11:38 pm

    thanx dapat jugak pergi kidzania :mrgreen: :mrgreen:

    [REPLY]

  11. March 18, 2013 at 2:38 pm

    Nak tanye,yang pasal bank CIMB tu,ape maksud urus niaga lain dan nak masukkan duit kat dalam bank akaun tu macam mane bila dah ade kad ATM ???

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @Nadia, urusniaga apa tu? sori tak faham.. nak masuk duit pergi je dekta kaunter dna bagi kad ATM dan duit.. nanti dia update.

    [REPLY]

  12. March 19, 2013 at 10:14 pm

    Nak tanye,kalau makanan kat situ,kena guna duit RM ke atau duit KIDZOS ???

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @nadia, tengok tips #10.. guna duit RM.

    [REPLY]

  13. May 17, 2013 at 8:54 am

    bestnyeeeeeeeee….. dpt ge kidzania mane plg best kidzania ke
    legoland dn mane yg plg
    mahal
    :roll: :mrgreen:

    [REPLY]

  14. azmi
    June 2, 2013 at 1:06 pm

    Sekarang kidzania ada bg kupon diskaun. Jika pergi 1 famili 6 org, kena beli tiket 3 org dulu. Baki 3 org boleh guna kupon diskaun. Dewasa jimat rm15. Kid jimat rm8.

    [REPLY]

  15. siti
    September 5, 2013 at 4:34 pm

    klu pelajar tingkatan 3 sesuai x masuk?

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif