Juruterbang. Pilot. Semua kanak-kanak mahu jadi pilot.
Maka tidak hairan aktiviti sebagai pilot di AirAsia Flight Simulators KidZania KL mendapat sambutan yang sangat hangat. Kena beratur panjang!
Masa first time kami ke KidZania KL adalah pada hari Ahad. Memang tidak sanggup beratur panjang dan menunggu lama untuk masuk ke Pilot Training Center AirAsia. Kali kedua kami ke KidZania KL, Izzah berjaya menjadi pilot tanpa perlu menunggu.
Rahsianya? Kami ke sana pada hari biasa dan terus menuju ke tempat latihan pilot sebaik sahaja sampai. Jadi, masa tidak terbuang dengan beratur.
Seramai 10 orang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh merasa pengalaman mengemudikan kapal terbang dalam masa 20 minit setiap sesi. Akitiviti sebagai pilot di KidZania KL adalah aktiviti dibayar gaji sebanyak 15 KidZos.
Seronok betul Izzah jadi pilot. Dapat pakai uniform pilot berwarna putih yang terlebih besar…he..he..he!
Suasana dalam AirAsia Flight Simulators adalah seakan kapal terbang sebenar. Hanya saiz yang kecil sedikit. Ada barisan panjang kerusi di mana bakal juruterbang di berikan penerangan sebelum menjalani latihan.
Di dalam cockpit Flight Simulators Sony sudah sedia menanti. Memang menyampah lah akak dengan jurugambar tu. Ambik gambar dari pintu pun kena sound. Ada ke dia cakap tak dibenarkan ambik gambar sebab ada tulis dalam rules.
Sound-lah dia balik: Mana tulis rules tu?
Senyap pulak. Nak buat duit pun tak payah lah nak halang parents pulak.
Nasib baik Izzah seronok jadi pilot. Dapat bayaran gaji 15 KidZos lagi. Happy lah.
Semasa aktiviti sedang berjalan dalam Pilot Training Center memang tak boleh tengok dan ambik gambar. Terpaksa beli sekeping gambar Izzah jadi pilot berharga RM20 sekeping tu.
Nota Penting – Pilot di Pilot Training Center
- Aktiviti di sebagai Pilot tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada di dalam Training Center sepanjang masa aktiviti dijalankan.
- Pilot di AirAsia Flight Simulators KidZania KL dibayar gaji sebanyak 15 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. 10 orang setiap sesi. Masa 20 minit.





















Komen Terkini & Sensasi ;)