Dalam KidZania KL ada tiga tempat di mana kanak-kanak boleh menyediakan makanan sendiri untuk di makan iaitu Ayam Brand Cooking School, Marrybrown Burger Shop dan Sushi King Sushi Shop.
Akak sudah cerita tentang Ayam Brand Cooking School. Kali ini nak cerita tentang Marrybrown Burger Shop pulak.
Marrybrown Burger Shop KidZania KL berada berhampiran dengan CIMB Bank. Kanak-kanak boleh belajar cara-cara membuat burger!
Seramai 8 orang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan menjadi pembuat burger dalam Marrybown Burger Shop KidZania KL ini dalam setiap sesi selama 15 minit. Kena bayar 15 Kidzos sebelum boleh menjadi pembuat burger.
Ada beberapa langkah untuk membuat burger ayam di Marrybrown KidZania KL.
- Toast the bun
- Sizzle the chicken patty
- Crunch the lettuce
- Squiggle the mayonaise
- Squize the ketchup
- Eat the burger!
Tapi masa Izzah jadi pembuat burger di Marrybrown KidZania KL, langkah pertama dan kedua tu Zupervisor yang buat. Izzah hanya jadi penghias burger…ha..ha..ha!
Sebelum memulakan aktiviti membuat burger Marrybrown, Izzah kena pakai apron dan topi merah Marrybrown. Lepas tu kena tonton video tentang cara-cara buat burger Marrybrown la kot. Muka Izzah keboringan.
Kemudian kena letakkan sayur pada daging burger yang siap dimasak.
Picit botol mayonais dan sos tomato. Last sekali kena bungkus burger mengikut cara yang betul.
Burger yang sudah siap boleh dibawa balik. Hmmm… apa agaknya rasa burger Marrybrown yang budak umur 4 tahun buat? Sedap kot. Sebab Big Babah sudah habiskan!
Nota Penting – Pembuat Burger di Burger Shop
- Aktiviti di Burger Shop KidZania KL tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada di kedai burger sepanjang masa aktiviti dijalankan.
- Pembuat burger di Marrybrown Burger Shop KidZania KL mesti membayar 15 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. 8 orang setiap sesi. Masa 15 minit.
Disclaimer:
- KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
- KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
- Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.
- KidZania KL Review juga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris di blog Izzah.









