Polis di KidZania Kuala Lumpur adalah antara pekerjaan yang mendapat tempat di hati kanak-kanak. Semua budak nak merasa jadi polis!
Jadi sudah tentu kena beratur panjang dan lama untuk mendapat giliran menjadi polis. Balai polis KidZania KL ada memberikan kupon ‘queue’ dari nombor 1-6.
Selepas sesi yang sedang berjalan tamat maka kanak-kanak yang sudah ada kupon nombor giliran akan diberi keutamaan menjadi polis.
Kanak-kanak yang datang kemudian perlu dapatkan kupon giliran ini terutama jika datang ke KidZania KL pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
Aktiviti sebagai polis di KidZania KL adalah Economy +10 iaitu dibayar gaji sebanyak 10 KidZos. Hanya 6 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan menjadi polis pada satu sesi selama 20 minit.
Sebagai polis di KidZania KL, kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti menyiasat berdasarkan maklumat *clue* dan juga melakukan aktiviti mengawal orang ramai di lokasi berisiko tinggi jika diperlukan.
Sebelum memulakan aktiviti menjadi polis, Izzah dipakaikan uniform polis yang agak besar beserta topi polis. Kemudian polis Izzah kena tengok video tentang pencegahan jenayah dalam balai polis.
Tengok gambar Izzah concentrate tonton video dalam balai polis KidZania kat atas tu. Faham ke mesej video? Tak tahu lah tu…ha..ha.
Oh… dalam balai polis KidZania KL tu juga ada lokap atau jail. Siap ada katil dua tingkat dan tandas. Hmm.. jail betul ada katil dengan tilam ke? Rasa macam tak je kan…. ![]()
Tapi tidak ada aktiviti sebagai orang jahat masuk jail kat KidZania KL ni. Sebab tak nak kanak-kanak suka jadi penjahat pulak kan. Kat KidZania lain mungkin ada. Tapi memang tak sesuai lah kalau buat aktiviti penjahat.
Lepas tonton video dan diberikan penerangan oleh Zupervisor, polis Izzah dan rakan-rakan satu pasukan akan meronda sekitar KidZania KL dengan merujuk pada peta KidZania.
Polis Izzah dan pasukan singgah di Games Room dan Honda Department of Motor Vehicles bagi menjalankan penyiasatan. Macam real!
Tapi polis Izzah ni macam tak menumpukan perhatian pun…he..he..he ![]()
Nota Penting: Police Station
- Police station adalah ‘hot spot’ bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sangat ramai yang beratur terutama kalau datang masa hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum.
- Kalau ramai orang kena dapatkan kupon nombor giliran sebelum dapat menjadi polis.
- Aktiviti sebagai polis di KidZania KL memerlukan pergerakan fizikal kerana perlu keluar meronda dan melakukan penyiasatan. Pastikan anak cukup stamina.
- Polis KidZania KL dibayar gaji sebanyak 10 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.
Disclaimer:
- KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
- KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
- Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.
- KidZania KL Review juga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris di blog Izzah.
/////























Komen Terkini & Sensasi ;)