KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

April 16, 2012

KPJ Specialist Hospital terletak di aras 2 KidZania Kuala Lumpur. Kanak-kanak boleh menjadi jururawat, pakar bedah atau pakar bius di sini!

Izzah paling suka jadi nurse di KPJ Specialist Hospital KidZania KL nih. Masa pertama kali jadi nurse akak tengok dia tak henti-henti melompat kesukaan dalam nursery tu. Teruja tengok banyak anak patung kot.

kidzania kuala lumpur hospital 11 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Aktiviti sebagai jururawat atau nurse adalah aktiviti Economy +8 iaitu dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.

kidzania kuala lumpur hospital 02 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Seramai 8 kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menjadi jururawat dalam setiap sesi yang berlangsung selama 20 minit dalam Nursery KPJ Specialist Hospital.

kidzania kuala lumpur hospital 09 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Sebagai jururawat terlatih *trained nurse*, Izzah diajar cara-cara menjaga bayi yang baru lahir dengan betul. Izzah sangat suka sebab boleh main dengan bayi anak patung.

kidzania kuala lumpur photo 05 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Sebelum memulakan tugas, Nurse Izzah dipakaikan baju kot berwarna pink. Tapi agak susah bagi ibu bapa untuk mengambil gambar anak sebagai nurse di KidZania KL nih. Ibu bapa tidak dibenarkan langsung masuk dalam kawasan hospital walaupun kadang-kadang ada yang terlepas masuk. wpml wink KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

kidzania kuala lumpur hospital 05 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

KPJ Specialist Hospital ni terletak di aras dua di lokasi seperti pulau (island). Kita masih boleh melihat anak dari jauh dari kawasan depan Flight Simulator atau dari depan Games Room.

kidzania kuala lumpur hospital 06 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Izzah menguruskan bayi yang terletak di bahagian berdekatan Games Room. Bolehlah akak ambil gambar dia dari situ walaupun memang sangat jauh.

kidzania kuala lumpur hospital 12 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Sony photographer memang ada ambil gambar tapi hanya gambar close up dan bukan gambar aktiviti sebagai jururawat. Harga gambar pula sangat mahal iaitu RM20 sekeping. Ni kali ke berapa ntah akak membebel pasal harga gambar mahal nih he he.

kidzania kuala lumpur hospital 13 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Setiap kanak-kanak diberikan seorang patung bayi untuk diuruskan. Setiap jururawat dalam Nursery KPJ Specialist Hospital KidZania KL akan diajar cara memandikan bayi serta mencuci tali pusat sebelum disapu bedak dan dipakaikan lampin.

kidzania kuala lumpur hospital 14 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Izzah memang suka jadi nurse di KidZania KL. Dah dua kali dia jadi nurse. Apa yang best? Mungkin sebab lepas mandikan bayi, cuci tali pusat, sapu bedak, pakai lampin dan bedung baby, nurse dapat mendodoikan bayi sambil diberi susu botol.

Budak perempuan kan memang ada naluri seorang ibu. Kan?

kidzania kuala lumpur hospital 15 KidZania KL Review | Jururawat di KPJ Specialist Hospital

Nota Penting: Nurse di KPJ Specialist Hospital

  • Aktiviti di KPJ Specialist Hospital tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada dalam hospital sepanjang masa aktiviti dijalankan.
  • Nurse KPJ Specialist Hospital KidZania KL dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.
  • Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.

Disclaimer:

  • KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
  • KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
  • Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.
  • KidZania KL Review juga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris di blog Izzah.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Cerita Terkini

  • 2013 (33)
  • 2012 (69)
  • 2011 (216)
  • 2010 (252)
  • 2009 (226)
  • 2008 (136)
  • 2007 (48)

Nuffnang



Celoteh Little Mama

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)




BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots