Kalau rasa anak suka memasak dan berangan nak jadi Junior Master Chef, mungkin boleh bagi peluang mereka jadi Chef di Ayam Brand Cooking School KidZania KL.
Ayam Brand terkenal dengan makanan dalam tin yang bebas bahan pengawet. Kanak-kanak boleh belajar menyediakan makanan sendiri yang menyihatkan di Ayam Brand Cooking School KidZania KL.
Ayam Brand Cooking School KidZania KL dilengkapi dengan peralatan bertaraf profesional yang dicipta khas untuk kegunaan kanak-kanak.
Untuk mengikuti kelas memasak di Ayam Brand Cooking School perlu bayar sebanyak 10 KidZos. Seramai 8 orang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menjadi Chef di Ayam Brand Cooking School dalam setiap sesi selama 20 minit.
Masa kami ke Ayam Brand Cooking School tidak ada orang jadi Izzah menjadi single Chef di situ. Hebat…ha..ha..ha!
Dapur di Ayam Brand Cooking School ada lapan stesen *tempat duduk untuk sediakan makanan* dan menu sihat yang sentiasa ditukar. Jadi, kanak-kanak boleh sediakan makanan yang berbeza setiap kali datang.
Comel pulak tengok Izzah dalam uniform Chef. Walaupun dikatakan belajar memasak (nama pun Cooking School) tapi sebenarnya bukan memasak betul-betul pun. Lebih kepada penyediaan makanan. Mana sempat budak kecik masak dalam masa 20 minit… kan?
Izzah buat Love Sardines Sandwich!
Bahan-bahan yang digunakan ialah ikan sardin dalam tin (kaya dengan Omega 3), sayur-sayuran (kaya dengan serat dan vitamin) dan roti putih (sumber karbohidrat dan tenaga).
Semasa Izzah menyediakan sandwich, Zupervisor Ayam Brand Cooking School akan ajar langkah demi langkah sambil menerangkan kepentingan pemakanan sihat. Hmm.. macamlah Izzah faham..he..he..he ![]()
Izzah dapat bungkus 2 keping sandwich untuk di makan atau di bawa balik. Akak rasa bagus kalau anak jadi Chef di Ayam Brand Cooking School ni masa makan tengahari. Boleh makan sandwich!
Chef Ayam Brand Cooking School juga akan dapat sijil Ayam Brand Junior Chef!!
Nota Penting – Chef di Ayam Brand Cooking School
- Aktiviti di Ayam Brand Cooking School tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada dalam Cooking School sepanjang masa aktiviti dijalankan.
- Perlu bayar yuran sebanyak 10 KidZos untuk jadi belajar jadi Chef di Ayam Brand Cooking School. Kanak-kanak boleh makan makanan yang mereka sediakan atau bungkus bawa balik.
- Umur 4 tahun ke atas. Masa 20 minit.
- Sijil boleh di download dan cetak dari laman web Ayam Brand . Kertas yang mengandungi link laman web Ayam Brand akan diberikan pada kanak-kanak selepas selesai sesi.
Disclaimer:
- KidZania KL Review ini adalah review bebas hasil dari pengalaman Ros Ibrahim dan anaknya Izzah di KidZania Kuala Lumpur.
- KidZania KL Review ini TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak dan hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pandangan peribadi dan gambar-gambar yang merupakan hakmilik penuh Ros Ibrahim.
- Pembaca boleh berkongsi pautan (link) mana-mana entri KidZania KL Review di Facebook, Blog, Twitter atau lain-lain medium tanpa perlu meminta kebenaran.
- KidZania KL Review juga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris di blog Izzah.










Thank You for writing a review about Ayam Brand Cooking School! Hope your daughter had fun. We posted a link on our FB page for other parents to read and learn about your experiences.
https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes
[REPLY]