Yak!! Ambo nak cerita pasal madu lebah asli ~ bukan pasal madu yang lain tu..he he he.
Madu lebah asli memang sangat banyak khasiatnya. Ia memang tersohor dapat mengubati atau memulihkan pelbagai jenis penyakit. Malah kebaikan madu lebah asli ada dinyatakan dalam Al-Quran.
Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. ~ Surah An-NAhl: 69.
Jika Al-Quran ada menyebut tentang kebaikan madu lebah asli, maka sudah pasti ia mengandungi pelbagi unsur-unsur penting yang sangat berkhasiat untuk kita. Madu lebah asli kaya dengan vitamin sperti B6, thiamin, niacin, riboflavin, pantothenic acid dan beberapa asid amino. Madu lebah asli juga kaya dengan pelbagai garam galian *minerals* seperti kalsium, copper, iron, magnesium, manganese, phosphorus, potassium, sodium dan zinc.
Salah satu khasiat madu lebah asli ialah memberikan tenaga segera kerana sifat gula dalam madu lebah asli ialah gula ringkas (monosacharide) yang akan diserap dalam darah dengan cepat selepas di makan.
Ambo rasa makan madu lebah asli lagi berkali ganda bagus daripada minum air Red Bull atau 100 Plus atau bancuhan air glukos Glucolin. Sebab madu lebah asli adalah pemberi tenaga segera yang semulajadi.
Tapi sekarang ini agar susah kalau kita nak dapatkan madu lebah asli yang benar-benar asli di kedai atau pasar raya. Kebanyakan madu lebah yang dilabelkan sebagai asli di pasaran sebenarnya tidak asli!
Ambo tak suka sangat makan madu sebab setiap kali makan madu mesti ambo rasa kepeningan sebab terlampau manis. Banyak madu yang dilabelkan asli sudah dicampurkan air gula atau bahan-bahan lain seperti kapur bagi mengaut keuntungan berlipat-ganda.
Nanti ambo akan ceritakan cara untuk mengenali samada madu lebah adalah asli atau tiruan dalam entri yang lain okey.
Madu lebah asli ada macam-macam warna (putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam) bergantung kepada jenis bunga yang terdapat di kawasan madu lebah asli dihasilkan. Setiap jenis bunga menghasilkan nektar yang mempunyai kandungan mineral dan bahan-bahan organik yang berbeza. Jadi, warna madu bukan penentu samada madu lebah asli adalah lebih bagus daripada yang lain.
Khasiat Madu Lebah Asli
Madu lebah asli jika diamalkan pengambilan secara berterusan dipercayai dapat mencegah dan menyembuh pelbagai penyakit seperti:
- Asma
- Resdung
- Alahan
- Jerawat
- Rambut gugur
- Barah
- Letih
- Sakit kepala
- Buasir
- Lendir kahak
- Sakit pinggang
- Sakit sendi
- Batuk
- Sukar tidur
- Gastrik
Memang tidak mustahil khasiat madu lebah asli dapat menyembuh dan mencegah pelbagai penyakit kerana madu lebah asli mengandungi pelbagai vitamin dan mineral serta merupakan antioksidan dan antibakteria semulajadi yang kuat!
Kebaikan dan khasiat madu lebah asli yang diketahui ialah:
- Madu lebah asli dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
- Madu lebah asli dapat meningkatkan metabolisme tubuh
- Madu lebah asli mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti radikal bebas yang memusnahkan sel
- Madu lebah asli dapat melancarkan peredaran darah
- Madu lebah asli dapat melancarkan sistem pencernaan
- Madu lebah asli dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
- Madu lebah asli juga digunakan sebagai mengubati luka-luka *antibakteria*
- Madu lebah asli sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
Masa ambo belajar dekat universiti dulu, ambo selalu minum madu lebah tualang yang kakak ambo beli dari orang asli sekitar Gombak. Rasa madu lebah asli tualang tidak manis semata-mata tetapi kombinasi manis-pahit-pedas.
Tapi sekarang banyak madu lebah dari orang asli yang didapati dalam botol kaca dengan penutup gabus juga sudah dicampur air gula. Ambo sudah lama tidak makan madu lebah asli tetapi baru-baru ini ambo telah mencuba madu lebah asli manuka.
Waaah! Sekali cuba terus sangat suka pada madu ini. Setiap pagi ambo amalkan makan sesudu kecil madu lebah asli dan banyak kebaikan madu lebah asli yang ambo nikmati.
Yang paling ambo suka ialah madu lebah asli manuka menambahkan stamina dan tenaga serta melancarkan sistem pencernaan. Pelawas semulajadi yang berkhasiat!









Komen Terkini