Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Masih tak jumpa lagi kan? Hari ini dah masuk 3 hari. Memang sangat pelik dan merungsingkan.

Kapal terbang MAS MH370 bukan kapal terbang kecik. Boeing 777. Memang besar.

Kalau kapal terbang jatuh terhempas mesti ada bangkai pesawat. Tapi sampai sekarang tak jumpa pesawat MAS yang dikatakan jatuh tu.

Sejak Sabtu.. saya tengok macam-macam andaian dan spekulasi kat Facebook dan media sosial lain. Macam-macam teori yang pelik keluar.

kapal terbang hilang 18 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Yang buat lawak pasal kes kapal terbang MH370 hilang pun ada. Haisssh. Langsung tak sensitif pasal perasaan ahli keluarga yang terlibat.

Benda melibatkan nyawa pun nak buat lawak. Tak kena kat batang hidung sendiri. Boleh lah ketawa bersuka ria. Maharaja lawak konon. Belum kena lagi kan.

kapal terbang hilang 14 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Pastu ada jugak yang claim dia kerja dengan navy dan terlibat dengan misi menyelamat.

Kononnya dah sah kapal terbang MH370 tu terhempas. Ramai yang mati dengan badan berkecai. Siap kata kerajaan saja propa yang pesawat MAS tu masih hilang untuk menjaga maruah negara. Beriya-iya benar.

Kapal terbang besar macam tu kalau dah terhempas dan dijumpai bangkai mesti lah ada bukti. Mana gambarnya? Setakat tulis status merapu kat Facebook tak payah ler.

kapal terbang hilang 06 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

40 pesawat dan 34 kapal laut tentera dari pelbagai negara yang berada dalam misi mencari dan menyelamat tu belum jumpa lagi kapal terbang MH370 yang hilang.

Dia pulak yang jumpa dulu. Kata sedang menyelamat tapi sempat pulak update Facebook. Hebat.

Malaysia Tak Ada Kapal Selam?

Ada yang persoal kenapa Malaysia tak hantar kapal selam cari kapal terbang MH370 yang hilang tu. Singapura pulak yang hantar. Tak pelik tu? Marah betul kaki-kaki propa.

Kapal selam ni macam kapal terbang la ada macam-macam jenis. Kapal terbang Boeing 777 tak boleh bertempur macam kapal terbang F-22 Raptor. Nama je sama kapal terbang tapi dibina dengan kelengkapan berbeza.

1 image Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Kapal selam pun sama lah. Kapal selam Scorpone tak sama dengan kapal selam Swift Rescue. Malaysia tak ada lah tu kapal selam yang spesel untuk misi mencari dan menyelamat di dasar laut dalam.

Punca Kapal Terbang MH370 Hilang?

Kapal terbang MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat MH370 itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

kapal terbang hilang 19 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Masa saya baca news tentang kapal terbang MAS hilang tu saya berada di PADE, Shah Alam. Hantar Izzah berenang. Rasa berdebar juga bila baca.

kapal terbang hilang 01 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Kita bercakap tentang kapal terbang MAS. Malaysia Airline. Track rekod memang baik.

Kemalangan paling buruk melibatkan pesawat MAS hanya berlaku 37 tahun lepas. Tahun 1977 masa tu saya pun baru umur 3 tahun.

MH653 1 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Tragedi kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang tu disebabkan kapal terbang kena rampas (hijack). 100 orang penumpang dan anak kapal mati. Kesemua mayat hancur dan tidak dapat dikenalpasti.

Masa tu tahap keselamatan memang sangat rendah. Ada beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang ditemui. Naik kapal terbang bawak pistol? Zaman tu boleh lah. Zaman sekarang air dalam botol pun tak boleh.

Teringat dulu masa saya berulang-alik naik kapal terbang MAS setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Singapura. Gunting kecil bermata tumpul yang berada dalam bekal pensel rakan saya pun kena rampas. Masam muka kawan saya tu. Siapa suruh bawa sebarang objek ‘tajam’ dalam pesawat kannnn.

kapal terbang hilang 02 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Kalau kapal terbang terhempas atas tanah sudah tentu boleh jumpa bangkai pesawat dan mangsa dengan mudah jika ada saksi dan tidak berlaku di kawasan gunung berhutan tebal.

Tapi kalau jatuh terhempas dalam lautan? Memang susah lah nak cari. Terutama kalau dah tenggelam.

Kejadian kapal terbang MH370 yang hilang dengan misteri ni macam sama dengan kes kapal terbang Air France 447 yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009.

kapal terbang hilang 17 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Bangkai utama pesawat Air France, kebanyakan mayat mangsa dan kotak hitam kapal terbang hanya ditemui selepas 2 tahun.

Saya tahu kita masih berharap tiada kejadian buruk yang berlaku. Semoga kapal terbang MH370 ini masih selamat.

Pakar menyatakan kapal terbang yang hilang secara misteri sebegini bukan sesuatu yang biasa. Satu kejadian yang sangat pantas dan ganas mungkin telah berlaku.

Mungkin juga bangkai pesawat disembuyikan dari pandangan mata kasar manusia? Macam yang pernah berlaku pada helikopter yang terhempas di Bario pada tahun 2004 tu. Kuasa Tuhan kan.

Selagi kapal terbang MH370 yang hilang tu tak ditemui selagi itulah macam-macam spekulasi dan cerita yang timbul. Memang misteri lah. Antaranya:

  • Kapal terbang MH370 meletup dan berkecai pada ketinggian 35,000 kaki altitud. Tapi mana sisa yang berkecai tu? Kalau iya pun meletup mesti ada jugak bahagian yang bertebaran dan timbul di laut. Tapi tak de kan. Sisa minyak disahkan negatif bukan dari pesawat. Objek hanyut juga disahkan hanya kayu.
  • Kapal terbang MH370 dirampas dan dipaksa terbang rendah so tak dikesan oleh radar. Kan ada 2 orang yang naik pesawat dengan passport curi. Tapi mana pulak pesawat MAS tu mendarat? Minyak hanya tahan beberapa jam sahaja. Boeing 777 tu pulak besar bukan macam kapal terbang Cessna boleh mendarat kat padang bola. Lagi pun… nak rampas untuk apa? Tak ada tuntutan pun kan.
  • Kapal terbang MH370 terjun tiruk ke dalam laut sebab pilot bunuh diri. Sebab tu katanya tak ada panggilan kecemasan. Memang ada kes pilot pesawat Egypt Air pada tahun 1992. Astaghfirullah. Harapnya tak lah sampai macam tu sekali.
  • Kapal terbang MH370 alami kerosakan mekanikal. Katanya sayap kapal terbang MAS yang hilang tu pernah retak sebab berlanggar dengan pesawat lain di lapangan terbang Pudong tahun 2012. Mungkin enjin rosak? Menurut pakar kalau dua-dua enjin rosak pun kapal terbang masih dapat meluncur dan pilot masih sempat buat laporan. Tapi senyap. Tak ada.

Selain daripada tu ada macam-macam teori mengaitkan kehilangan pesawat MH370 tu dengan konspirasi Amerika lah. Segitiga Formosa di Laut Cina Selatan lah. Black hole lah. Jin sembunyi lah. Haishh.

Takut Nak Naik Kapal Terbang?

Hmmm. Kalau dah sampai ajal duduk sembunyi dalam gua pun tetap akan mati. Susah nak cakap la kan.

kapal terbang hilang 07 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Saya ni tak selalu naik kapal terbang. Jarang-jarang. Gegar-gegar sikit pun saya dah cuak. Nasib tak mabuk udara.

kapal terbang hilang 10 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Kebetulan pada hari kapal terbang MH370 tu hilang, saya dapat Whatsap dari abang sulung saya dari Paris. Dia baru saja mendarat di Paris Charles de Gaulle Airport.

Gulp. Telan air liur. Alhamdulillah selamat.

kapal terbang hilang 21 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Abang saya memang seorang frequent traveller dengan pesawat MAS. Merata dunia dia pergi untuk mensyuarat. Boleh kata tiap-tiap bulan kot asyik terbang je. Semoga selamat balik ye. Amin.

pray for mh370 1 Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

Pray for MH370. Come back home safe!




Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

  1 comment for “Kapal Terbang MAS Hilang | Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Disyaki Terhempas di Laut Cina Selatan

  1. March 11, 2014 at 12:53 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info… Sampai sekarang pun saya semakin pening dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan oleh banyak pihak berhubung kehilangan pesawat MH370…

    Harap kita dapat sama-sama doakan yang terbaik untuk MH370…
    Seorang Blogger bernama Anuar´s last blog post post..Terkena juga Tempias MH370

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif