Rasa ni part last dah cerita pasal masuk Hong Kong Disneyland park on Day 2 ni. Dah nak muntah kot korang baca cerita Disneyland tak habis-habis..ha..ha.. Nanti lepas Day 3, me cerita pasal shopping pulak okeh.
Lepas naik Autopia, kami berjalan lagi kat Fantasy Land. Nampak Beauty, Snow White dan Cinderella tengah bergambar dengan orang. Ingat nak join tapi guard kata masa dah tamat. Tak boleh beratur lagi. HAMPA lagi.
So, dapat ambil gambar mereka dengan orang lain pun okeh lah. Ada juga kenang-kenangan.
Me tengok semua character Disney yang princess ni semuanya bergerak dengan very gracefully. Lemah gemalai sungguh pergerakan tangan dan badan. Sebijik macam princess lah. ![]()
Bukan macam kita yang moving ganas nih…ha..ha.. Kalau tengok Snow White ke, Cinderella ke.. rasa seronok je. Memang diaorang ni kena trained habis-habisan nak melakonkan watak princess semua ni. Muka pulak kena senyum 24 jam…kena pakai rambut palsu yang keras semacam pulak tu.. so tabik spring la kat sesiapa yang bekerja jadi karakter Disney nih…ha..ha..
Time pun dah pukul 6 lebih. Hubby dah ajak balik hotel. Tak kuasa nak tunggu Fireworks *pukul 7.30pm*.
Dah on the way ke bus stand tu baru Izzah ceria balik. Heran betul. Siap boleh berjalan sendiri dah. Amboii nak…
Tadi tu.. menangis sebab tak mahu pulangkan stroller….ha..ha..ha ![]()
Oh.. dalam bas, taxi and public toilet kat Hong Kong ni.. semua tak dibenarkan smoking. Kalau smoking gak, kena bayar maksimum HKD 5,000 tau!!





















Komen Terkini & Sensasi ;)