Hidup Seorang Blogger … apa pulak ana nak merepek ni ye? Dah tengahari.. tak dak idea nak tulis apa.. tulis je la pasal hidup seorang blogger .. ![]()
Ana seorang blogger … entee pun seorang blogger.. betul?
Walaupun kita ni sama-sama blogger tapi adakah entee tahu apa sebenarnya berlaku dalam hidup seorang blogger yang lain? Maksud ana.. hidup seorang blogger di luar dunia blog yang kadang-kadang penuh dengan pergolakan.
Waah.. blogger pun ada pergolakan. Dasat bunyinya. Macam cerita drama la pulak ye.
Tapi memang itu kenyataannya. Dalam blog ada drama. Dalam drama pun ada blog.. he..he
Sebab itu hidup seorang blogger yang terkenal mewah dengan hasil menulis iklan atau hidup seorang blogger yang terkenal kerana mulut lancang … boleh tidak tenang. Lebih lagi kalau ada batu-batu api *nasib bukan batu dari api neraka* … yang masing-masing tak mau kalah jadi kipas-mati-keras.
Hidup Seorang Blogger atau Blogger Hidup Seorang?
Ada blogger yang dalam kehidupannya sebagai seorang blogger, tidak banyak bezanya dengan hidup di luar dunia blog. Ana rasa kebanyakan dari kita tergolong dalam blogger seperti ini. Blogger yang jujur! ![]()
Jujur di sini bermaksud..
- tidak berpura-pura mengadakan apa yang tiada
- tidak berselindung di sebalik nama anonymous
Seorang blogger yang jujur akan berkongsi pengalaman dan apa sahaja tanpa perlu berpura-pura. Tidak ada kepalsuan dalam hidup seorang blogger ini. Walaupun blogger ini memakai barang fake tiruan, tapi yang penting hidup yang dipaparkan dalam blognya tidak palsu..setuju?
Tapi… ada juga blogger yang berpura-pura. Mungkin dia ada agenda tersendiri. Mungkin dia tidak ada keyakinan diri. Mungkin juga dia blogger yang hidup seorang diri di alam realiti? Agak kasihan jika hidup seorang blogger perlu berpura-pura semata-mata untuk menjadi blogger popular.
Ana rasa ana menjalani hidup seorang blogger yang biasa-biasa saja. Blog ana tidak sehebat blogger popular.
Entee tidak akan jumpa repekan tentang barangan mewah di sini. Tidak ada repekan tentang menempah baju rekaan pereka terkenal *satu baju untuk setiap event* . Tidak ada tayangan beg-beg mewah berjenama yang harga mencecah puluhan ribu. Tidak ada bulu mata palsu mahal di sini..he..he
Sebab ana dalam realiti pun memang seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang entee baca dalam blog ini adalah cerita tentang hidup seorang blogger yang berpijak di dunia nyata.
Entee bagaimana?
Repekan Hidup Seorang Blogger ini di tulis semata-mata untuk menyertai contest Hidup Seorang Blogger oleh Denaihati. Ramai juga yang masuk tu.. boleh tengok di sini senarai nama peserta.







wah.. menarik entry.. mesti masuk 1st page nanti.. Good luck…
Seorang Blogger bernama Hidup Seorang Blogger´s last [type] post..Contest Hidup Seorang Blogger Anjuran Hidup Untuk Memberi
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 21st, 2010 at 5:29 pm
azuan, tengah mencuba nasib..he..he
[REPLY]
me memang tulis kat blog me all about my real life
Seorang Blogger bernama Suzi @ Mama Zharfan´s last [type] post..If only our clinics-hospitals have playroom like thismy boys suka pegi klinik kat UK ni -p
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 21st, 2010 at 5:29 pm
suzi, bagus bagus
[REPLY]
x reti nak mengada2 yg tiada kpd ada…
Seorang Blogger bernama kakyong´s last [type] post..Anis Sweet Chocs & Cakes promo ruang iklan
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 21st, 2010 at 5:30 pm
kakyong, sama la..
[REPLY]
DH buat lg contest gempak ye. Dul pernah cuba tapi bila baca entry org2 lain, terasa kurang sgt gaya penulisan sendiri. huhhu
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 21st, 2010 at 5:30 pm
nur, a ah.. ni contest SEO..payah sikit
[REPLY]
akak pun camtu, hidup ini biasa2 saja, dilalui dengan 3 orang anak tersayang+ en. abah tercinta…kengkadang suka, kengkadang duka.
Seorang Blogger bernama su@mamasyaza´s last [type] post..Akak Nak Join GA Little Mama
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
August 21st, 2010 at 5:31 pm
akak su, biasa la tu
[REPLY]
err..page rank sy baru 2/10..leh masuk ke kak ros?sebab dia kata 2 ke atas ke, atau 2 dan ke atas ye?
ke dah tamat tempoh nak join?teringin juga nak try masuk contest berdasarkan page rank and SEO ni..
Seorang Blogger bernama catlina´s last [type] post..Legaaaaa
[REPLY]
huaa..ruhinye..rak sempat nak masuk…dah tamat dateline rupanye…terlepas syrata entry 22 hb tu..good luck ye kak ros..kak ros mesti buleh dapat top 5 lah!
Seorang Blogger bernama catlina´s last [type] post..Legaaaaa
[REPLY]