Penjaja jalanan memang menguasai setiap ceruk Guangzhou!
Kebanyakannya mengheret pedati kayu beroda dua semasa menjaja makanan atau apa-apa sahaja. Sebijik seperti suasana China di zaman dahulu (tahun 1800+) macam yang kita selalu tengok dalam drama Cina.
Macam-macam makanan ada dijual seperti jagng rebus panas, buah-buahan kering, buah-buahan fresh, air kelapa, pau, tebu dan yang paling banyak ialah buah berangan.
Agaknya memang musim buah berangan atau memang buah berangan banyak kat sana?
Penjaja jalanan ni kadang-kadang agak kasar juga terutama kalau kita tidak jadi membeli. Tanpa segan silu mereka akan memaki kita dengan kasar..he..he ![]()
Macam penjaja jajan ni. Dia dah siap masukkan jajan dalam plastic tapi tiba-tiba pembeli tak jadi beli.
Apa lagi.. terus dia maki ‘backout buyer’ tu dengan kuat. ![]()
Ramai juga yang membentangkan tikar di kaki jalan dan menjual pelbagai jenis barangan termasuklah barang branded imitation punya.
Macam-macam ada macam beg, kasut, permainan dan sebagainya. Rasa macam Chow Kit pada zaman dulu je.


















Bila kak ros gi guangzhou 102 ni? Selamat memborong….
Seorang Blogger bernama Wan Anie´s last [type] post..Bila Musim Buahan Tiba
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
April 15th, 2011 at 9:45 am
anie, i pegi takde ikut rombongan.. pegi sendiri.. jangan keliru dengan tajuk ye.. letak 101 sebab banyak cerita best nak share pasal Guangzhou ni
[REPLY]
salam..kak ros,mcm mana komunikasi dgn org kat sana..coz mostly tulisan semua chinese kan..
[REPLY]