Guangzhou Travel | Pengalaman 2 Musim Dalam 4 Hari

Guangzhou, China (juga dikenali sebagai Canton) terletak di selatan tengah Guangdong. Suhu Guangzhou ni sederhana sepanjang tahun. Maknanya tak ada extreme sejuk atau extreme panas.

Musim Bunga (Spring March – May) adalah musim hujan so better bawa payung kalau nak datang Guangzhou masa ni. Hujan lebat biasa berlaku dalam bulan May dan June.

Musim Panas (Summer May – September) di Guangzhou adalah agak panjang. Cuaca paling panas adalah dalam bulan July dan August tapi kadang-kadang ada hujan ribut. So, time ni better selalu bawa payung kalau berjalan-jalan sekitar Guangzhou.

Musim Luruh (Autumn September – December) adalah sejuk dan lembab. Kalau nak datang ke Guangzhou masa paling baik ialah dalam bulan November – December sebab masa ni cuaca sangat nyaman.

Musim Sejuk (Winter December – March) agak sejuk juga. Tapi tidak ada salji ye di Guangzhou cuma kalau datang masa ni boleh lah merasa keluar asap/wap ikut mulut bila bernafas he..he 

Masa kami pergi Guangzhou, China tu adalah penghujung musim sejuk (awal musim bunga).

Dan, kami dapat merasa 2 musim dalam masa 4 hari!

Masa sampai suhu bawah 14′ celcius so memang sejuk giler bagi I. Bukan I je yang sejuk, penduduk Guangzhou dan pelancong lain pun I tengok macam kesejukan jugak.

Guangzhou China

Sebab, diaorang pun pakai baju tebal dan kasut boot. Nasib baik I bawa baju sweater special for winter untuk myself dan Izzah.

Guangzhou China

I memang tak tahan sejuk so bila angin sejuk bertiup kat mata dan muka I boleh rasa kepeningan. Tangan Izzah pun sejuk sampai kena pakaikan glove.

Guangzhou China

Sekali tengok Izzah macam pakai nak pergi main salji pulak siap dengan glove, hat dan big sunglasses.

Tapi Big Babah ingat kat Guangzhou dah panas so dengan selamba dia tak bawa jaket dia. Bayangkan dia berjalan dalam cuaca sejuk dengan hanya pakai kemeja lengan pendek. Mahu tak gigil…ha..ha..ha 

Guangzhou China

Bayangkan dalam ramai-ramai orang kat Guangzhou tu dia seorang je pakai baju lengan pendek. Orang lain semua berjaket tebal.

Guangzhou China

Petang hari kedua, sebab dah tak tahan sejuk terus dia beli satu sweater dengan harga murah. Time tu kebanyakan kedai jual murah winter attire sebab nak habiskan stok. So, dapat beli sweater berharga RMB700 less 70%.

Tapi dapat pakai sweater tu kejap je sebab hari ketiga, cuaca kat Guangzhou dah panas!

Matahari dah mula keluar pada hari ketiga so kalau pakai sweater tu peluh mencurah-curah keluar…he..he




Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

15 Comments

  • er, macam mana nak rasa dua musim dalam 4 hari?
    sebab saya kat mesir alami perubahan musim secara peringkat.. 4 hari agak singkat jugak..
    Seorang Blogger bernama naimulfirdaus´s last blog post post..kepada pencari bahagia

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    naimul, masa kami sampai tu penghujung winter dah.. lepas dua hari musim bunga pun bermula 😉

    so merasa lah 2 hari winter + 2 hari musim bunga..he..he

    [REPLY]

  • syigim says:

    comel gile gamba izzah dgn gloves n spek merah n beanie atas kepala. 😀
    Seorang Blogger bernama syigim´s last blog post post..Choosing a Name for Your Baby

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    syigim, mama dia over pegi pakaikan gloves bagai..he..he

    [REPLY]

  • catlina says:

    wow..pengalaman berharga tuh
    Seorang Blogger bernama catlina´s last blog post post..VANGUARD DSLR Sling Bag for Sale

    [REPLY]

  • Nia says:

    Izzah nampak dah blend in dengan environment kat situ..hehe
    Seorang Blogger bernama Nia´s last blog post post..Perempuan aje boleh baca!

    [REPLY]

  • cun09 says:

    salam my sis…

    cuti sakan noo … :smile:

    bestyeee leh merasai 2 musim dlm 4 hari eekk…itulah kejadian dr ALLAH yg kita tak terfikir…

    sorry sis, x perasan ada blog selama niii…
    miss u…
    Seorang Blogger bernama cun09´s last blog post post..Boleh ke

    [REPLY]

  • ila says:

    kak saye n family akan ke guangzhou selama 5 hari iaitu pd 21 nov 2011 hinnga 25 nov 2011. masa tu suhu kat sana ada bwh 16 darjah celcius tak.waktu siang ngan mlm dia berbeza tak sejuknye.perlu tak saya bwa pakaian tebal.atau sekadar membawa baju sejuk seperti hari hujan di msia.saya ada bwk anak kecil nk pergi sana.jd kalo boleh saya nk siapkan awal2 apa yg perlu dibawa.tlg bls di email saya ( iladanishshabana@yahoo.com.my )

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    ila, penghujung bulan 11 hingga bulan satu adalah musim sejuk di Guangzhou.. suhu musim sejuk bawah 14’c dan boleh cecah serendah 2’c..

    walaupun musim sejuk kat situ tak ada salji tapi memang sejuk giler lah..

    of course malam lagi sejuk dari siangnya..

    better bawa baju sejuk sebab time i pergi end of musim sejuk pun masih sejuk

    [REPLY]

  • suzana says:

    Saya akan ke guangzhou pada 18/12/2011 dan saya di maklumkan bahawa suhu disana amat sejuk di kala ini. Adakah ini sesuai untuk saya yang ada penyakit asma. Apakah keperluan yang perlu saya bawa untuk kesana ?.

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @suzana, memang time musim sejuk.. kalau ada asma sila check dngan doktor ttg persediaan melawat tempat sejuk ye.

    [REPLY]

  • zetty says:

    Salam..akak,sy akan ker Guangzhou 13/3 nie..5ari..2 msh musim sjk lg ker..? lgpun nie first time sy gi travel.. 😀 N first timela sy naik flight..naik air asia.. :mrgreen: bwk ank skli 1 n 2 thn..sy nk tnye akak mcm susu(mstila bolekan) thamos,air msk botol 1liter bole bwk ker..? Lg 1 mcm brng mndi..sabun,ubat gigi,shampoo (sy ltk dlm botol kecik) bole bwk skli ker..? Lgpun 2 utk ank..mcm sy xpe pakai yg hotel punye..2 sy akn ltk dlm bagasi..bole x..? Tq.. 😛

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @zetty, sekarang ni rasanya akhir musim sejuk/awal musim panas.. tapi preparelah baju sejuk sebab maybe masih sejuk giler..susu dan thermos kecik boleh bawak naik flight.. air masak dulu i beli selepas check in (ada kedai dalam tu).. tapi yg botol kecik je.. barang mandi atau air botol kalau letak dalam bagasi tak apa..

    kalau nak bawa naik flight sekali kena letak dalam plastik berzip (beli dekat pasaraya)… senang ada plastik zip boleh letak vicks, minyak cap kapak, losyen… benda yg kecik2

    selamat melancong!! :smile:

    [REPLY]

  • Shazleen says:

    Puan, adakah sesuai untuk ke Hong Kong pada pghujung bulan Februari 2013? musim apa masa tu yer?
    Tembok besar China tu jauh ke dr Hong Kong?? heeee

    [REPLY]

  • Anis says:

    Shazlen tembok tu kat beijing.. Jauh lagi naik flight domestic.. Biasa tu musim bunga .. Sy x pasti sama ada hongkong ada 4 musim atau tak.. Hihihi tlg jawab tp x lengkap sangat sorry yer.. Saya suka baca bloq mama ni.. Sorry yer mama..

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

😉 😐 😡 😈 simple-smile.png 😯 frownie.png rolleyes.png 😛 😳 😮 mrgreen.png 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❓ ❗ 

CommentLuv badge