Kalau nak melawat negara China ni kena ada Visa. Sebaiknya beberapa minggu sebelum berangkat ke China kita dah pergi apply Chinese Visa tu.
Nak apply Chinese Visa ambik masa 4 hari untuk siap sebab tu kena make sure Visa dah siap awal. Kalau kita nak Chinese Visa cepat siap pun boleh tapi kenalah bayar extra fee RM140 (same day pick up). Kalau yang biasa tunggu 4 hari tu cuma RM28 je service fee.
Chinese Visa untuk single entry hanya sah untuk 3 bulan dan hanya boleh digunakan untuk sekali masuk sahaja ke negara China. Biasanya kalau kita first time pergi China memang hanya dapat apply Chinese Visa single entry sahaja.
Tapi kalau kali kedua pergi untuk business purpose dah boleh apply Chinese Visa multiple entry. So, kalau nak pergi lagi kali ke tiga dan seterusnya dah tak payah apply Chinese Visa jika berulang-alik ke China dalam masa 6 bulan atau 2 tahun (ikut kategori yang kita apply dan bayar).
Kategori Chinese Visa ada dua iaitu L untuk melancong dan F untuk perniagaan.
Sebab I dan Izzah pertama kali pergi dan untuk holiday semata-mata, so Chinese Visa kami kategori L lah. Big Babah punya Visa kategori F (multiple entry). ![]()
Nak apply Chinese Visa kena pergi Kedutaan China lah ye. Actually ada banyak jenis Chinese Visa ni dan bayaran pun berbeza juga. Kalau Chinese Visa single entry tu bayaran cuma $30 + $28 = $58 ringgit.
Klik sini untuk tengok jadual lengkap jenis Chinese Visa dan jumlah pembayaran.
Nak baca lebih lanjut maklumat tentang Chinese Visa ni sila pergi ke laman web VisaForChina (khas untuk pemohon di Kuala Lumpur).
http://www.visaforchina.org.my
Macam negara lain, masa ketibaan ke negara China mesti dah isi Arrival and Departure Card. Maklumat biasa kena isi nama penuh, warganegara, no flight dan lain-lain lagi. Keratan Departure Card tu kena simpan elok-elok. Kalau hilang masa nak balik banyak problem tau…he..he ![]()
Biasanya dalam kapal terbang, stewardess akan bagi siap-siap kad tu untuk kita isi. Untuk lebih selamat masa sampai kat sana tu better ambik 2-3 keping extra untuk simpan.
Guangzhou Baiyun International Airport (IATA: CAN) adalah airport yang akan anda jejaki kalau datang ke Guangzhou, China.
Baiyun Airport ni terletak lebih kurang 28 kilometer dari bandar Guanzhou. Macam biasalah, airport mana ada dekat dengan bandar kan.
Kat Baiyun Airport ni rasanya prosedur kemasukan pelancong asing sama je dengan negara lain.
Kena go through beberapa lapis pemeriksaan. Yang paling lama ialah masa nak lepas imigresen sebab kena beratur panjang.
Then, kena mengadap pegawai imigresen China yang akan check dengan teliti muka kita samada sama tak dengan gambar dalam passport. Siap kena pandang video kamera yang tunjuk skrin bandingkan gambar pasport dan muka kita secara live.
Kami sampai Baiyun Aiport dalam pukul 1 pagi so mata pun sembab gila sebab baru bangun tidur kan. I tengok muka I dalam video mata sepet je berbanding muka dalam passport (mengantuk beb).. Nasib baik lepas… he..he
Dah lepas imigresen kena pulak lalui pemeriksaan kastam. Kat sini kita kena buat muka confiden je kalau tak mesti kena tahan. Kalau setakat tahan je takpe ni siap suruh bukak beg untuk digeledah. Tak pasal-pasal kena mengemas balik.
Kami lepas semua pemeriksaan dan tiba di depan pintu masuk (dekat kaunter jual tiket bas/teksi). Terpaksa tunggu setengah jam macam tu sementara van yang ditempah sampai untuk bawa kami ke hotel.















wahhhh tak de la mahal ya visanyaa
ok thank you
Seorang Blogger bernama fid´s last [type] post..gigi pertama
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
March 22nd, 2011 at 10:34 pm
fid, ehem ada plan nak ke sana
[REPLY]
en. abah penah pegi sana 3 minggu, bila la pulak giliran akak ni
Seorang Blogger bernama akak su´s last [type] post..Hari 78-2011 – Kenyang Perut Suka Hati
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
March 22nd, 2011 at 10:34 pm
akak su, ada niat insyaallah sampai
[REPLY]
wah. pukul 1 pagi pun izzah sungguh segar bugar, bole pose lagi. semangat nk bercuti betui!
Seorang Blogger bernama syigim´s last [type] post..The Wonder of Stevie – LIVE at Abu Dhabi
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
March 22nd, 2011 at 10:36 pm
syigim, gambar last tu terupload gambar dah nak balik sebab tu ceria bukan main..he..he
time balik flight 1.30 pagi pun masih segar bugar sebab siang tido lama
[REPLY]
hahaha…masa ngadap muka kat skrin dia tu husband saya suruh tunduk sikit…dia kata kang nampak lubang hidung lagi luas dia tak kasi masuk plak
[REPLY]
Thanks very much sebab byk bagi tips di sini. Tak sabarnya nak ke sana nanti. Rate teksi dia standard ke atau ada tips nak pilih cab mana?
[REPLY]
salam..mgu dpn i pegi guangzhou…i pegi berlainan flight dgn kawan..so i sampai awl pagi & bcadang nak tunggu kawan i kt airport dlm masa 9 jam..selamat tak tunggu dlm airport sorang2 ni..
[REPLY]
salam litlemama..tq for sharing entry ni ya..nak ke beijing 4 april ni..ingat nak buat sendiri visa kat kedutaan..nak rasa pengalaman 1st time buat visa..hihi..
Seorang Blogger bernama cikmin´s last [type] post..Wordless Wednesday #24 Distortion
[REPLY]
Salam… suka sgt baca entry pasal Guangzhou ni, very informative. Van yg u tempah tu hotel service @ dr.local travel agency ? rate dia macamana yer.? tgh plan nk ke sana June nanti.
TQ
[REPLY]