Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Polis tumpas Geng Susu Kangkang. Tajuk berita TV malam tadi. Kangkang apa? Susu.

Ingatkan ada orang bagi minum susu kangkang. Macam nasi kangkang tu. Nasi yang dijampi bawah kangkang. Sama lah. Susu yang dijampi bawah kangkang.

Salah terjemah rupanya saya. Heh heh. Gelak besar. Terguling-guling. Heh heh.

Geng Susu Kangkang adalah sindiket mencuri susu formula berjenama. Oh. Pencuri.

geng susu kangkang 01 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Ibu-ibu yang susu badan melimpah ruah. Memang tak beli susu formula. Tak kira apa jenama. Murah atau mahal. Tak perlu susu berbayar jika ada susu percuma. Kan.

Ibu-ibu yang susu badan tak ada. Macam saya. Memang perlu susu formula. Anak perlu disusukan. Kalau tidak pasti kelaparan.

Permintaan susu formula memang tinggi. Sebab itu wujud Geng Susu Kangkang. Tapi jangan kondem ibu yang tidak menyusu badan pulak. Kami tak suruh Geng Susu Kangkang curi susu. Heh heh.

Susu formula. Penyelamat bagi ibu macam saya. Terdesak untuk susukan anak. Tapi susu tak ada. Bukan tak berusaha. Apa kan daya.

Ingat lagi. Masa Izzah masuk hospital sebab jaundice dan infection. Saya beriya mengepam dengan Avent Uno-Isis di tepi inkubator. Tapi hanya 2-3 titik yang keluar.

incubator izzah Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Seorang ibu lain datang dengan 2 botol besar susu badan untuk anaknya. Hati saya pecah. Banyaknya susu dia! Kenapa saya tak ada susu macam dia? Sedangkan anak saya sangat perlukan susu.

Susu formula menyelamatkan anak saya dari kelaparan. Masa itu tak wujud lagi kumpulan Human Milk for Human Babies di Malaysia. Kalau tak mungkin Izzah ada ibu susuan. Mungkin.

Geng Susu Kangkang hanya mencuri susu mahal. Macam Enfagrow, S26, Friso Gold, Dumex Mamex Gold dan Pediasure. Susu murah tak main lah. Heh heh.

geng susu kangkang 02 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Susu berjenama memang mahal. Boleh cecah RM120 setin. Kalau boleh beli pada harga murah memang ramai yang berebut. Tak perlu murah banyak. Murah 5 ringgit pun ada sanggup beli sampai 10 tin sekaligus. Jimat RM50 kan.

Patutlah. Susu formula nilainya macam emas. Jangan kondem kami. Kami tak suruh Geng Susu Kangkang curi susu. Serius. Bukan kami dalangnya.

Geng Susu Kangkang curi susu berjenama dari pasar raya kecil dan kedai runcit. Sebab kedai kecil tidak kunci susu formula macam Tesco dan Giant. Susu pun kena lock!

geng susu kangkang 07 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Susu yang dicuri kemudian dijual pada kedai ubat. Mungkin kah sebab itu susu formula di kedai sensei lagi banyak murah dari Giant atau Tesco?

…* bunyi cengkerik*…..

Saya tak pernah beli susu formula dari kedai ubat. Tapi saya tau kedai sensei jual susu murah. Adik dan kakak saya dulu suka beli susu dari kedai ubat. Mungkin Geng Susu Kangkang telah wujud sejak tahun 90 an lagi?

Izzah minum susu mahal jugak. Enfalac. Enfagrow A+. Sekarang Enfakid A+. Susu keluaran Mead Johnson ni memang selalu sangat naik harga. Seratus ringgit lebih satu tin. Kalau 4 tin sebulan? Rabak poket Big Babah. Heh heh.

Geng Susu Kangkang. Kelakar cara mencurinya. Sorok susu dalam kain!

geng susu kangkang 03 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Ingatkan mereka kepit susu formula celah kangkang. Rupanya pakai jubah atau kain yang diubahsuai. Poket-poket besar ada di dalamnya. Boleh masukkan banyak tin dan kotak susu sekali harung. Ceh..

geng susu kangkang 04 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Polis kata Geng Susu Kangkang jual susu curi pada kedai ubat. Mungkin sebab itu susu kedai sensei lagi murah. Tapi kalau ada blog yang jual susu berjenama dengan harga lagi murah dari kedai sensei tu? Mungkin kah………

geng susu kangkang 05 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

geng susu kangkang 06 Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

Hukum bagi anak minum susu kangkang? Haram. Kalau kita sendiri yang kangkang curi. Haram. Kalau kita tahu susu itu susu curi. Tapi kalau tak tau macam mana? Hmmmm.

Polis berkas 6 anggota ‘Geng Susu Kangkang’

22 Ogos 2012

KUALA LUMPUR- Enam anggota ‘Geng Susu Kangkang’ yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

“Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.

“Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai,” katanya.

Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. –Bernama




Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

  1 comment for “Geng Susu Kangkang | Haram Bagi Anak Minum Susu Kangkang

  1. Mar Mansor
    May 27, 2013 at 11:41 am

    As salam Mama..
    baby sy minum dumex mamex..beli pon kat sensei..
    tp saya yakin bukan susu kangkang sbb kebetulan di kedai sensei tersebut saya berbual dgn advisor dumex..sedang kira susu brand diorg..he3..& susu2 dipunggah dari lori..harap sgt bukan susu kangkang..(takut makk)..

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif