Yak!! Blog ambo ni macam jadi blog gossip artis la pulak kan? Macam perasan sahaja lah….he he he.
Artis mana pulak yang jadi mangsa ambo kali ini. Emmm… kenal Anding Indrawani? Dulu Anding ni bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke 2 (AF2). Kemudian terkenal sebab menjadi pelakon utama sebagai Adiwira dalam drama muzikal terbitan KRU iaitu Hotel Mania.
Hotel Mania adalah drama muzikal ala-ala macam Glee jadi sekejap-sekejap mesti ada nyanyian dan tarian. Macam cerita Hindustan lah kan..
Eh.. ambo bukan nak cerita pasal Hotel Mania yang telah lama habis ditayangkan di TV3 tu. Tapi nak cerita yang ambo pernah jadi paparazi dan ambik gambar Anding bermesra dengan seseorang!!
Anding kelihatan gembira sambil memeluk dan memegang tangan perempuan yang berada dipangkuannya!!! ![]()
Gossip hangat ni sebab ada orang kata Anding ni g** dan tak suka perempuan? Ambo pun tak tahu tapi yang pasti perempuan tu pada mulanya jual mahal.
Tapi tak lama kemudian seronok pulak budak girl @ perempuan tu bermesra dengan Anding pelakon Hotel Mania tu. Siap boleh berposing macam-macam gaya tu!
Over kan? Muah…ha..ha… lari laju-laju! ![]()
Copyright secured by Digiprove










Komen Terkini