Pernah dengar pasal rahim terbalik?
Dalam bahasa perubatan rahim terbalik ni Retroverted Uterus lah.
Retroverted uterus adalah rahim yang condong ke belakang menghala ke tulang belakang. Kalau rahim normal tu ianya akan condong sedikit ke hadapan menghala ke perut.
Doktor bagitau yang rahim I terbalik (retroverted) masa I keguguran anak kedua lebih kurang 2 tahun yang lalu. Masa tu doctor scan rahim untuk pastikan yang sisa kandungan telah dikeluarkan dari rahim.
20% wanita di dunia mempunyai rahim terbalik!
Sebab-sebab rahim terbalik atau retroverted uterus
Ada wanita yang memang dilahirkan dengan kedudukan rahim terbalik. Tapi kebanyakan kita yang ada rahim terbalik ni disebabkan:
- Mengandung – masa hamil rahim menjadi besar dan ligamen yang memegang rahim menjadi lemah. So, lepas lahirkan anak ramai yang dapati rahim mereka terbalik.
- Menopause – masa menopause tahap hormone Estrogen akan jatuh dengan mendadak. Ligamen yang memegang rahim akan menjadi lemah.
- Masalah system peranakan – penyakit keradangan pelvic dan endometriosis juga boleh menyebabkan rahim terbalik.
Sebenarnya kedudukan rahim terbalik atau retoverted uterus ni jarang mendatangkan masalah. Tapi ada juga wanita yang hadapi masalah-masalah berikut:
- Sakit masa hubungan seks
- Senggugut teruk
- Susah mengandung
Walaupun rahim I terbalik tapi I tak ada masalah langsung. Rasanya rahim I jadi terbalik atau condong ke belakang disebabkan masalah Endometriosis Stage 3 yang I ada tu. ![]()
Retroverted = condong ke arah lain = i terjemah jadi terbalik la senang







K Ros, nmpknya problem kita sama, I sblm pregnant dulu mmg rahim terbalik..and ada endometeriosis tapi yg very mild punya..
[REPLY]
Little Mama™ Reply:
June 8th, 2011 at 9:08 pm
ida, rahim terbalik ni biasanya takde kesan pada keupayaan mengandung.. kalau endmetriosis tu ye especially kalau dah stage 3/4
[REPLY]
oo..macam tu rupanya..pernah dengar kawan cerita sbb dia ada masalah mcm ni tp tak dapat gambaran mcm mana..
Seorang Blogger bernama MamaYatie´s last [type] post..Keputusan Small Give Away by MamaYatie FM Penyu
[REPLY]
erm, saya pun ade retroverted uterus, but dah undergo surgery (5in1 procedure) . selama hidup tatau pun, sampai la 2bulan tak dtg period, then g check, mati2 igt pregnnat, rupenye ade complication lain. the egg burst dekat salur darah & sedut balik darah then burst again. lebey kurang camtu la rupenye bunyi die. aisehh. then since the rahim is tilted, doc betulkan balik.
hurm, do visit me ya. bole tukar2 cite.
[REPLY]
azreen Reply:
August 4th, 2011 at 9:09 am
@mrs a,
salam..sy pun RU..dpt detect ms scan..coz doktor suspect ada cyts..but..after scan confirm xde cyst..saya pergi cek di 2 hosp..so..hasil yg sama..no cyst..but detected to hv RU..dh 8 bulan kawen..so far period tiap bulan..senggugut sikit2…n..cmne nk tau yg RU ni perlu pembedahan atau x?
[REPLY]
saya pun dah di sahkan rahim terbalik lepas HSG…
lepas dapat result terus sy stop wat apa2 treatment, mcm kecewa skit lah… tapi saya takde masalah lain.
skrg ni rasa mcm dapat semangat nak teruskan rawatan..
tapi mcm mana ya?
[REPLY]
salam,
sy pun sama gak..dari bulan 5 tak period.. ingatkan pregnant. tadi baru check kat klinik pakar.. buat ultrasound, sekali doktor kata rahim saya hala ke belakang.. mula2 dgr memang hairan sgt la coz tak pernah dgr terms tu. kalau rahim jatuh tu selalu la dgr… rupa2nya RU.. doktor bagi clomid n ubat turun darah.
tunggu lagi sebulan untuk tgok hasilnya nanti…
[REPLY]
mcn mn lak klu acutely anteverted uterus
[REPLY]
salam.. sy pun ade masalah retroverted uterus.dapar tau ble p scan kat clinic. doct ckp biasa peratus nak hamil mcm susah… and dpt clomid.. dah 2 bulan try….
[REPLY]
salam, kawan saya dah ada anak sorang almost 5 years kot. Thn lepas buat operation utk RU. Tengok2, baru2 ni dah selamat lahirkan seorang baby… So, saya suggest sape2 yg ada RU tu, please jumpa pakar & discuss the solution.. kalau kena operate, jgn risau.. tanya pendapat bbrp pakar & decide the best for u & suami. saya ni dah 3 kali operate tapi sorang baby pun takde lagi….
[REPLY]
Salam… macamana nak check rahim terbalik ke ape? sy dah 3 thn kahwin, tp tak pernah mengandung. Period tak tentu. kadang2 dua bulan sekali. sebelum period pulak keluar keputihan warna coklat. lepas seminggu atau lebih baru keluar darah haid. Kadang2 darah haid tu keluar selama 2 minggu. start dari keputihan smpai habis period tu jangkamasa hampir sebulan! saya dah pernah pergi PUSRAWI, doktor just bagi antibiotik. ada sesiapa tau apa yg perlu sy buat?
[REPLY]
salam…saya juga mengalami masalah yg sama seperti anda.saya telah melakukan pemeriksaan di hospital awam dan pplkn.namun begitu permasalahan ini menimbulkan kekeliruan kerana keputusan berbeza.selepas itu saya menjalani peperiksaan ke Klinik Dr Hamid Arshad di Bukit Damansara.Selepas membuat pemeriksaan,doktor mengesahkan saya mengalami masalah rahim terbalik.Penjelasan dari dr Hamid memberikan keyakinan dan menghuraikan permasalahan sebelum ini.Hasil pemeriksaan menjawap persoalan mengapa sukar saya hamil lagi.saya syorkan anda merujuk kepada Klinik Dr Hamid Arshad.Saya yakin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan klinik ini walaupun mengeluarkan kos yang agak tinggi namun ianya berbaloi…insyaallah
[REPLY]
salam..sy zaiti umr bru 22thn… Ahad lepas sy bru keguguran anak pertama…sdh jgk rasa…kne than wad sehari.. N msa nk scan tgk drh dlm rhm da lg ke x dktr bgtau sy kta rhim sy trbalik..so lau pregnant pyh nk lekat..slalunya rhim menunduk ke bwh…lpas dktr ckp cm 2 sy brtmbh risau tkt x ley pregnant lg…
rhim trbalik blh dperbetulkan ke???
[REPLY]
Ros Ibrahim Reply:
May 9th, 2012 at 9:55 am
@EtyNana, biasanya rahim terbalik tak bagi kesan pada kandungan.. sebab kedudukan rahim akan kembali normal bila kandungan membesar..
ya, rahim terbalik boleh dibetulkan dengan pembedahan.. boleh rujuk Klinik Dr Hamid Arshad..
[REPLY]
Hi semua..sy pun RU..sekarang dah nak masuk 5 bulan pregnant. korang semua jgn putus asa utk berusaha dapat baby tau!
selalu bace doa Nabi Ibrahim a.s. & Nabi Zakaria a.s..InsyaAllah ada rezeki itu utk kita..amin..
sy pun masih lagi bace doa2 tu..sbb RU ni bile dah pregant mmg kene jaga btol2..
[REPLY]