Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Adeh. Pejam celik pejam celik dah lebih 40 hari saya bersalin. Tak lama lagi dah nak kena masuk kerja balik. Malasnya. Bukan malas sikit-sikit. Malas super banyak.

Saya kerja company swasta. Cuti bersalin 60 hari je. Boleh kalau nak sambung jadi 90 atau 120 hari. Tapi tanpa gaji lah. Haru tu. Heh heh.

Bila eh saya last update blog ni? Oh.. 2 minggu lepas.

Adeh. Ingatkan cuti panjang ni boleh update blog kaw-kaw punya. Tapi hampeh. Lepas beranak ni hormon tak berapa betul sangat. Hormon malas lagi banyak dari hormon rajin. Asyik letih memanjang. Tidur pun awal. Banyak pulak alasan. Keh keh.

Hari tu baby saya kena jaundice kan. Saya nak cerita pasal jaundice pada bayi baru lahir.

home phototheraphy 12 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Jaundice atau demam kuning pada baby ni memang biasa sangat jadi. Lagi-lagi kalau bayi lahir kurang berat. Pastu darah bayi tak sama dengan mak bapak. Mudahlah kena kuning.

Kesiannya kat bayi jaundis lah. Kena cucuk tapak kaki berkali-kali. Lepas cucuk kena picit-picit pulak. Kalau darah tak keluar kena cucuk urat lain pula. Lebam biru dibuatnya.

Kesian jugak kat kita yang baru beranak ni. Kena turut sama ulang-alik ke hospital atau klinik. Kalau beranak normal masih boleh tahan lah.

Tapi kalau beranak cesar kena potong perut? Adeh. Sakit tahap gaban luka kat perut dibuatnya. Lagi-lagi kalau kereta langgar batu atau lubang atau jalan berbonggol. Rasa nak tercabut nyawa pun ada.

Pengalaman Jaundice Pada Anak – Izzah

Anak pertama saya, Izzah. Kena demam kuning 6 hari lepas lahir. Bacaan bilirubin 296. Tinggi sangat tu. Terpaksa masuk wad hospital kerajaan sekejap. Merasa saya yang sakit selepas dibedah cesar menjaga bayi jaundis. Kena buat rawatan fototerapi pada bayi.

home phototheraphy 18 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Nurse tak ada bantu pun. Sakit-sakit pun kena jaga bayi jaundis sendiri. Kena buat rawatan fototerapi sendiri. Biasalah tu. Hospital kerajaan. Servis percuma. Jangan harap nak dilayan macam ratu pulak.

Bayangkan je lah. Dengan perut yang sakit. Badan yang lemah. Minda yang celaru. Kena duduk wad sendiri dan jaga bayi jaundis. Hampir meroyan saya dibuatnya. Heh heh.

Nasib baik malamnya bacaan bilirubin jatuh ke 213. Saya paksa suami datang ambil saya dan bayi. Tak sanggup duduk dalam wad.

home phototheraphy 19 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Memang tak boleh tidur sebab kena jaga bayi jaundis bawah lampu fototerapi. Sangat letih. Baik saya balik sebelum meroyan sorang diri kat situ.

Hari ke 8. Bacaan bilirubin naik ke 244. Terus kami ke KPJ Selangor Specialist. Sebab bayi kuning dan muntah-muntah.

Hari seterusnya bacaan bilirubin naik ke 298. Terus bayi jaundis kena masuk wad NICU. Buat rawatan double fototerapi. Saya dah sangat-sangat letih masa tu. Suami suruh saya balik rehat.

Biar nurse yang jaga bayi jaundis. Memang dah masuk dalam kos servis kan.

11 hari tau saya berpisah dengan bayi. Trauma tahap maksima.

Pengalaman Jaundice Pada Anak – Irfan

Anak kedua saya, Irfan. Hari ke tiga sebelum dibenarkan keluar wad bersalin, bacaan bilirubin 172. Bawah paras rawatan fototerapi. Boleh balik rumah. Lega saya.

Hari ke 4. Adeh. Sudah nampak kuning bila kulit di tekan. Mata putih pun kekuningan.

baby irfan 03 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Risau sungguh. Badan rasa lemah sangat. Izzah pulak tiba-tiba demam dan batuk teruk. Parah kalau bayi jaundis kena masuk wad. Saya tak nak berpisah dengan bayi jaundis lagi. Kena susukan dia dengan kerap. Kena jaga Izzah juga.

Kenapa tak ikut petua-petua mengubat demam kuning? Mandikan air kuning singseh. Jemur bayi jaundis bawah cahaya matahari pagi. Bagi bayi jaundis minum susu kambing. Bagi bayi jaundis air putih banyak-banyak.

Adeh. Jangan lah buat benda-benda tu semua. Air singseh tu buat kulit bayi jaundis lagi kuning ada la. Cahaya matahari pulak sekarang sangat bahaya. Tak pasal-pasal kulit bayi cedera.

Susu kambing dan air putih? Habislah rosak usus bayi yang suci murni tu.

Cara paling berkesan nak ubati demam kuning ni hanya dengan rawatan lampu biru fototerapi dan menyusu badan dengan kerap. Lampu biru tolong pecahkan bilirubin dalam darah dengan cepat. Susu yang kerap tolong bayi jaundis berak dan kencing sekerap boleh. Bilirubin yang pecah akan cepat dinyahkan dari badan bayi.

Terus saya cari maklumat tentang home phototheraphy. Nak sewa lampu fototerapi. Nak buat rawatan fototerapi pada bayi di rumah. Tak nak bayi jaundis masuk wad.

Alhamdulillah. Ada servis sewa lampu fototerapi di Kelana Jaya. Terus saya telefon Home Phototheraphy Service Sdn Bhd. Tanya tentang doktor/hospital yang terbuka dengan konsep rawatan fototerapi di rumah.

Bukan semua doktor open minded pasal rawatan fototerapi di rumah ni. Terutama doktor yang tua-tua tu. Ada tu siap suruh parent sign surat disclaimer jika berdegil tak nak masuk wad. Tak nak responsible kalau apa-apa jadi.

Nasib baik paed Izzah, Dr Ling dari KPJ Selangor Specialist okey dengan home photheraphy. Terus kami ke sana. Paed Izzah paed Irfan juga.

Tapak kaki kecil Irfan dicucuk dan dipicit untuk ambik darah. Adeh.

Bacaan bilirubin 268. Tinggi. Memang kena buat rawatan fototerapi.

home phototheraphy 16 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Terus saya minta nak buat rawatan fototerapi di rumah. Alhamdulillah. Dr Ling setuju tanpa banyak cerita.

Lampu demam kuning dihantar ke rumah pada malamnya. Teruja tengok wakil Home Phototheraphy Service Sdn Bhd bawa satu beg luggage berwarna hitam. Beg itu adalah lampu fototerapi bayi jaundis mudah alih.

home phototheraphy 02 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Lampu fototerapi tu mudah alih jadi boleh dipasang kat mana-mana kita suka. Sudah tentu saya suruh pasang dalam bilik saya. Sebelah katil. Sambil baring sambil buat rawatan lampu biru pada bayi jaundis.

home phototheraphy 03 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Kena ada satu meja yang kuat untuk letak lampu demam kuning. Ada banyak meja. Tapi meja pink Ikea Izzah tu jugak yang dipilih. Senang nak angkat. Heh heh.

home phototheraphy 04 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Lepas lampu demam kuning di pasang, wakil Home Phototheraphy Service Sdn Bhd buat demo tunjuk cara guna lampu rawatan fototerapi. Bayi jaundis kena protect mata pakai eye band yang comel.

home phototheraphy 07 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Malam tu terus saya start rawatan fototerapi pada bayi jaundis. Tiga jam straight saya buat. Pukul 3 pagi baru saya tidur. Penat sangat.

Takut juga kalau Irfan menangis tak henti-henti masa bawah lampu biru. Stress tahap gaban tu. Tapi bayi jaundis saya sangat baik sekali. Tidur je memanjang. Heh heh.

Dua hari seterusnya, saya buat sesi rawatan fototerapi bayi jaundis selama 17 jam sehari. Start dari 7 pagi hingga 2 pagi. Berhenti 10-15 minit setiap 2 jam untuk menyusu dan menukar lampin.

Memang penat tahap gaban. Masa bayi jaundis kat bawah lampu biru fototerapi kita kena sentiasa tengok.

Lepas dua hari rawatan fototerapi di rumah, kena pergi KPJ Selangor Specialist semula.

Alhamdulillah. Paras bilirubin 172. Turun 100+ dalam masa 2 hari. Banyak tu.

home phototheraphy 17 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Mata putih dah tak nampak kuning. Kulit pun tak ada kesan kekuningan bila ditekan. Dr Ling kata boleh hentikan rawatan fototerapi di rumah.

Tapi saya sambung lagi rawatan fototerapi selama 6 jam. Alang-alang sewa. Guna sampai habis tempoh. Heh heh.

home phototheraphy 05 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Irfan tu bagus sangat masa rawatan fototerapi. Tak menangis kecuali semasa lapar. Ada rahsianya tu. Heh heh.

Tapi dia suka bergerak. Menggeliat. Hingga eye-band asyik melorot ke bawah mulut.

home phototheraphy 13 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

Sebab tu saya hanya tidur-tidur ayam semasa rawatan fototerapi di rumah. Kena sentiasa pantau bayi jaundis di bawah lampu biru.

Nanti saya cerita tentang cara sewa lampu fototerapi, kos terlibat dan tips-tips buat rawatan fototerapi di rumah dengan cara paling efektif. Alang-alang dah bayar sewa tu baik buat betul-betul tau.

dp seal trans 16x16 Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home PhototheraphyThis content has been Digiproved © 2013 Ros Ibrahim



Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  5 comments for “Demam Kuning Pada Bayi | Rawatan Fototerapi di Rumah Bagi Bayi Jaundis – Sewa Lampu Fototerapi Home Phototheraphy

  1. February 7, 2013 at 4:36 pm

    berapa sewa kak? kalau tak bersalin kat kpj boleh sewa ke?

    [REPLY]

    Ros Ibrahim Reply:

    @faisya, nanti akak buat entri pasal kos.. lampu tu bukan sewa dari hospital tapi dari syarikat home phototherapy.. so bersalin kat mana2 pun bole je sewa :D

    [REPLY]

  2. Ina
    February 26, 2013 at 6:00 pm

    Lama tak jengah sini. Tahniah Kak Ros. Dah sepasang dah. Seronok lah Kakak Izzah ada gang kat rumah. Moga sihat2 semuanya ye :)
    Seorang Blogger bernama Ina´s last blog post post..Kids Down With Cold

    [REPLY]

  3. fiza
    March 18, 2013 at 10:58 am

    kalau nak sewa dekat area kl boleh col saya…saya dok area ampang….rm300 untuk 3 hari
    0103600544

    [REPLY]

  4. dita
    June 12, 2013 at 10:44 am

    kereeennn.. pagi kak Ros….kebetulan saya lagi nyari2 informasi lampu buat baby….tapi merk Toshiba namanya Toshiba FL 20S.B….siapa tau kak Ros punya…n senang dehhhh bisa baca-baca….kontak saya ya……081252388089

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif