Datuk Sosilawati Lawiya Hilang

September 7, 2010
By

Datuk Sosilawati Lawiya, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty) dilaporkan hilang sudah lebih seminggu kan? Kalau ikut paper sejak 30 Ogos. Lama tu.

Datuk Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Isnin minggu lalu.

Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari.

Tapi sampai ke hari ini nampaknya macam tidak ada apa-apa berita tentang Datuk Sosilawati ni. Hilang tanpa dapat dikesan.

Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.

Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan  *sumber: Berita Harian*

Kalau seorang yang cantik, kaya dan terkenal macam Datuk Sosilawati ni hilang mesti ada macam-macam spekulasi orang akan buat. Ada yang kata dia pergi ke luar negara tapi anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari *panjangnya nama* kata passport mak dia ada kat rumah.

Ada yang kata Datuk Sosilawati Lawiya tu ada bawak duit RM4 juta bersama. RM4 juta tunai. So mungkin dah kena culik dan di rompak. Tapi anak dia kata berita yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tu kabur dan tidak tepat. Malah berita pasal duit RM4 juta tu makin menambah rumit masalah kehilangan Datuk Sosilawati tu.

Media ni memang suka sensasikan sesuatu berita tu. Makin memburukkan keselamatan Datuk Sosilawati lagi lah.

Ana doakan Datuk Sosilawati ni selamat dan akan ditemui sebelum Hari Raya ni. Tinggal beberapa hari lagi nak raya ni kan.

Memang misteri sebab kereta BMW Datuk Sosilawati dan kereta peguam dia baru je di jumpai.

SUBANG JAYA: Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, sejak seminggu lalu semakin terungkai berikutan penemuan dua kereta mewah, masing-masing miliknya dan milik peguam sivilnya di sini, malam tadi.

Kereta jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati ditemui seorang penduduk di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di sini, kira-kira jam 8.30 malam sebaik butiran kenderaan terbabit disiar Buletin Utama TV3.

Ia ditemui diletakkan di tempat letak kereta apartmen berkenaan dengan pintu tidak berkunci tetapi bahagian dalamnya tidak berusik.

Kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim pula ditemui diletak di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya kira-kira jam 9 malam hasil maklumat awam.

Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua kereta berkenaan.

Sementara itu, pengusaha warung, Norizal Othman, 31, yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.

Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.

Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Norizal tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.

Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini,” katanya.

Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.

Keadaannya mencurigakan… tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita, katanya. – sumber Berita Harian Online

sejahtera 2 Datuk Sosilawati Lawiya Hilang

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , , ,

2 Responses to Datuk Sosilawati Lawiya Hilang

  1. Along on September 7, 2010 at 11:31 am

    Wow. Along dah lama x tengok/baca berita…tak tau lak dek berita sensasi ni. Dasat gak..kita doakan dia semua selamat la.

    Tapi bila dah jadi macam ni….hmmm…kita x lari dari membuat kesimpulan sendiri kan…nak2 la dia tengah “hangat” bergaduh ngan x-hubby dia…hmmm…
    Seorang Blogger bernama Along´s last [type] post..Finally Over!

    [REPLY]

  2. syigim on September 7, 2010 at 1:33 pm

    ish cara kak ros tulih lagi bertambah2 misterinya…
    Seorang Blogger bernama syigim´s last [type] post..Iftar With Sisters – Nasi Minyak

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Nuffnang

Learn Mandarin

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots I Love Conteng-Conteng