Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Jika adik-adik mahu mengetahui dan belajar lebih banyak mengenai sains bersama hos Aznil Nawawi dan saintis luar biasanya, Rafidah, tontonilah Clever! Edisi Malaysia Musim 2 mulai Sabtu, 22 Oktober 2011 di Astro TVIQ (Saluran 610).

Clever S2 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Clever! Edisi Malaysia kembali dengan lebih banyak episod baru, selebriti jemputan baru dan pengalaman sains terkini yang menyasarkan penghasilan format interaktif lagi menarik kepada para pelajar sekolah menerusi pendekatan 360° : menerusi TV, on-line dan secara langsung di beberapa sekolah terpilih di seluruh negara.

astro tviq clever edisi malaysia 08 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Pembangunan musim kedua ini memperkukuhkan komitmen Astro dalam menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga muda Malaysia dengan menggabungkan aspek pendidikan dengan elemen hiburan.

astro tviq clever edisi malaysia 09a Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Dalam rancangan TV Clever!, sains didatangkan dengan komedi dan ianya menjadikan pembelajaran bertambah menyeronokkan!

Para penonton boleh menyertai hos nombor satu Malaysia, Aznil Nawawi dan teman saintisnya yang gila-gila, Rafidah, dengan mereka berdua akan mencabar dua pasukan pelajar untuk memasuki  dunia sains yang mengagumkan menerusi lima topik saintifik meliputi soalan-soalan yang sukar dibayangkan dan pengalaman yang benar-benar luar biasa.

Setiap pasukan terdiri daripada seorang selebriti dan sebuah sekolah peserta yang akan bersaing untuk meneka dengan tepat fenomena tersebut. Saintis Rafidah kemudiannya akan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan untuk menjalankan eksperimen secara langsung di depan para hadirin, direka bentuk untuk memberi jawapan sekali sahaja dalam teka-teki saintifik yang paling mengagumkan.

Antara selebriti jemputan yang bakal membuat penampilan istimewa ialah Zizan, Johan dan Nabil Raja Lawak, Jaclyn Victor, Ana Raffali, Sarimah Ibrahim, Diana Danielle dan Didie Alias, dengan rancangan ini akan menguji pengetahuan saintifik pada selebriti terbabit untuk muncul sebagai pasukan yang menang. 

astro tviq clever edisi malaysia 12a Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Ravi Gopal, Ketua Pendidikan Astro berkata, “Kami mengekalkan semangat yang sama seperti Clever! Edisi Malaysia’s musim pertama, yang mana bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari dan memahami sains menerusi format persembahan yang menghiburkan lagi menarik.

astro tviq clever edisi malaysia 01 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Musim ini, Clever! akan membawakan pengalaman lebih meluas dan lebih menyeronokkan bagi menarik perhatian pelajar, merangsang minda mereka untuk mencetuskan logik akal dan kreativiti.

astro tviq clever edisi malaysia 02 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Clever mengemukakan siri-siri topik saintifik dan soalan-soalan yang sukar dibayangkan seperti bolehkah seseorang memasak telur dengan 50 telefon bimbit? Bagaimana kita boleh menjauhkan ulat-ulat dari sayur-sayuran?

astro tviq clever edisi malaysia 03 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Terdapat juga eksperimen-eksperimen yang selamat untuk dijalankan oleh kanak-kanak dan seluruh keluarga boleh mencubanya di rumah!

Para pelajar boleh mendalami pemahaman mereka menerusi laman sesawang khusus Clever! di www.astro.com.my/clever untuk mengikuti pelbagai episod, aktiviti dan maklumat berguna mengenai sains dan kotak sembang interaktif bagi membolehkan para pelajar berbual-bual dengan para pencinta sains yang lain.

astro tviq clever edisi malaysia 04 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Bagi mereka yang mahukan pengalaman langsung dalam mendepani dunia sains boleh melawat Karnival Sains Clever! di banyak lokasi di seluruh negara, inisiatif dalaman sekolah yang dilengkapi eksperimen langsung dan pameran sains interaktif menampilkan hos Aznil Nawawi dan Saintis Rafidah.  Karnival-karnival ini akan diadakan di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Pahang serta  dibuka untuk orang awam secara percuma sahaja.

astro tviq clever edisi malaysia 05 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Ravi menambah, “Melalui pendekatan 360 darjah, kami telah melabur dalam membawakan kandungan pendidikan dan aspek pembelajaran menyeronokkan Clever! kepada TV, on-line dan di lokasi-lokasi tertentu, membawakan program beratus-ratus kilometer merentasi negara untuk mendekati para pelajar di kawasan pendalaman dan desa.

astro tviq clever edisi malaysia 06 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

Untuk edisi Malaysia Clever!, kami terus bekerjasama dengan penerbit tempatan yang meraih banyak anugerah, menggabungkan kebijak sanaan global dengan pandangan tempatan untuk menjadikan proses pembelajaran itu mudah diperolehi dan relevan kepada kanak-kanak merentasi Malaysia.”

Clever! ke udara setiap Sabtu pada jam 1.30 petang mulai 22 Oktober di saluran ASTRO TVIQ (Saluran 610).  Program ini didatangkan dalam Bahasa Malaysia, dan boleh ditonton oleh SEMUA pelanggan Astro dan sekolah-sekolah kerajaan. Layari http://www.astro.com.my/clever untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sinopsis, jadual dan butiran karnival program Clever! Edisi Malaysia.

dp seal trans 16x16 Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!This content has been Digiproved © 2011 Ros Ibrahim



Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  1 comment for “Clever! Edisi Malaysia Kembali : Lagi Hebat, Lebih Meriangkan!

  1. Nia
    October 19, 2011 at 5:38 pm

    kalau aznil ni host rancangan budak2, mmg hidup la..hehe
    Seorang Blogger bernama Nia´s last blog post post..Selepas 1 minggu tanpa entry

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif