Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

August 12, 2010
By

Ana suka pelakon drama nama Catriona Ross ni. Sweet je muka, Maklumlah darah campuran Melayu-Scotland. Mesti la cantik.

Kalau campuran Arab… lagiiii cantik.. *sikit-sikit nak sebut juga Arab tu* he..he

Tadi Aladin telah menghantar jin dia yang botak tu, satu berita buat ana di Malaysia ini. Rajin sungguh jin tu terbang ke sini.

Khabarnya… Catriona Ross itu telah memakai tudung! Alhamdulillah.. dah dapat hidayah ye Catriona. wpml good Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Catriona Ross Mendapat Hidayah di Butik Tudung

Ini ana selit sedikit apa yang Jin Aladin bagitau ana. wpml mail Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Catriona Ross berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

Best kan kalau terpilih mendapat hidayah terus dari Allah. Tak ramai yang dapat nikmat diberi hidayah ni.

Tapi yang ana kurang suka… kenapalah kawan dia ketawakan dia. Tak baik tau.

Kalau tak percaya pun.. senyum je tak boleh? Nasib baik niat Catriona Ross ni tak berubah. Masih kuat hidayahnya.

catriona ross Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross menjelaskan, sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.

Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

Entee benar ya Catriona… entee memang antara orang-orang yang istimewa. Sebab pakai tudung dengan ikhlas. Tiada siapa yang paksa. wpml heart Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Sekarang ni, ramai yang pakai tudung sebab fesyen.. atau ikut kawan… atau mak paksa! Tudung pulak dah macam-macam jenis…siap letak nama pelakon untuk lariskan tudung… siap ada letak sanggul unta bagi nampak cantik.

Niat bertudung sudah lari jauh. Oh.. ana cuma mengingatkan diri sendiri.

Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil – Catriona Ross.

Ana ingat lagi kemalangan ngeri yang Catriona alami beberapa tahun dulu. Kawan yang memandu kereta Chevrolete Aveo *ingat sebab keretanya sama kereta ana* tu meninggal dunia. Catriona Ross terselamat tapi mengalami kecederaan yang teruk. Gigi depan patah dan luka-luka satu badan.

Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? “Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham,” kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

Oh ya..  ana pun sangat suka tengok anak Catriona yang bernama Sephia Rania Ross-Iddin itu. Waah.. panjangnya nama.

Sekarang ni trend ye bubuh nama atuk dekat nama anak. Siap combine nama dua atuk tu. Emmm.. muat ke Sephia Rania nak isi borang masa exam nanti..he..he wpml yes Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Beralih perihal karier, Catriona Ross masih aktif berlakon, cuma seperti kebanyakan teman artis yang mempunyai anak kecil, aktiviti seninya sedikit terhad di mana dia hanya menerima tawaran penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Dia tidak ralat meskipun banyak tawaran terpaksa ditolak demi Rania. Ini kerana sebagai ibu dia mahu memberikan perhatian terbaik buat anaknya.

Emmm… biasalah tu Catriona. Bila dah jadi ibu ni, semua benda tolak tepi. Ibu mana tak nak bagi yang terbaik untuk anak kan..kan.

Eh ada… ibu ayam.. eh ada lagi… ibu yang suka bunuh dan buang anak merata-rata! Ibu zaman jahiliah tu. wpml negative Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Jika tidak terbabit dengan penggambaran, sambil uruskan Rania saya ambil tempahan biskut cip coklat dan sibuk dengan bisnes aksesori serta pin tudung. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, termasuk dari Kota Bharu.

Seperti saya katakan tadi, dengan izin Allah rezeki ada di mana-mana saja dan datang dengan berbagai cara. Justeru, tidak perlu ragu-ragu bila ada suara sumbang cuba menakutkan kita – Catriona Ross

Tabik springgg kepada Catriona Ross. Pandai buat biskut dia ni. Ana pun tak tau *malas* buat biskut. Tunjuk je tau…he..he wpml yahoo Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Sumber Berita: Harian Metro Disampaikan oleh: Jin Aladin

sejahtera 2 Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , , , , ,

12 Responses to Catriona Ross Pakai Tudung | Hidup Seorang Blogger

  1. Lisa Hz on August 12, 2010 at 3:24 pm

    haah.. lisa pn tau hal ni last week x silap. bbsitter yg btau :D suke kn tgk org berubah ke arah kebaikan cmni. hrp2 kak ‘see tee’ kte pn bole dpt hidayah bertudung btol2 jgk one day. amin!
    Seorang Blogger bernama Lisa Hz´s last [type] post..The Vein Viewer

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    lisa, ana je lambat tau.. sebab jin aladin lembab bagi tau..he..he

    [REPLY]

  2. Fid on August 12, 2010 at 3:26 pm

    Little Mama ni nak pindah ke saudi ke erk?
    hahahahaha

    cantik dia bertudung

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    fid, tidak..tidak..ana tidak pindah..he..he

    [REPLY]

  3. Suzi @ Mama Zharfan on August 12, 2010 at 3:33 pm

    me minat catriona ni sbb cantik, nampak lemah lembut, and now dh pakai tudung plak, lagi lah minat :) and sama negeri dgn me heheh
    Seorang Blogger bernama Suzi @ Mama Zharfan´s last [type] post..bila mommy angkut satu family ke international office

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    suzi, sweet dengan lesut pipit tu.. mek kelate meme comel belako

    [REPLY]

  4. yangbaik on August 12, 2010 at 3:41 pm

    hehehe… suka juga dengan ‘mek slamah’ dari scotland… comel, mudah-mudahan pakai tudung sampai bila2 (untuk selamanya)…

    [REPLY]

    Little Mama™ Reply:

    yang baik.. mek slamah..he..he.. amin!

    [REPLY]

  5. eliss on August 12, 2010 at 4:59 pm

    oh , baca dalam paper hr tu..memang sweet dia bertudung.semoga orang-orang lain pun dpt hidayah dari Allah, nak2 bulan2 ramadhan ni kan..Amin…
    Seorang Blogger bernama eliss´s last [type] post..Alasan biasa jika tak mahu puasa

    [REPLY]

  6. transformed housewife on August 13, 2010 at 12:10 am

    Ana Ihibbu (suka) dgn Catriona ni juga. kalau tak silap, ada juga dah drama2 berunsurkan islam yg dia berlakon. BTW, sejak bila berana entee ni? hehehe

    [REPLY]

  7. dbalkis on August 13, 2010 at 12:23 am

    Cat ni memang cantik lagilah bertudung lagi manis. Adik die Fiona pun cantik. Lagi muke ongputih cume tak seglamour kakaknya..
    Seorang Blogger bernama dbalkis´s last [type] post..Bersahur Bersama Herbalife

    [REPLY]

  8. nadnye on August 13, 2010 at 8:11 am

    saya baru tahu, tapi dia memang sweet dengan dimple di pipi..apalagi sudah bertudung :P

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Nuffnang

Learn Mandarin

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots I Love Conteng-Conteng