Cerita Sekolah

Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Seronok budak-budak sekarang. Majlis graduasi berkali-kali. Padahal baru taska je pun. Eh.. macam jeles je bunyinya. Heh heh.

Pejam celik. Izzah konvo lagi untuk kali ke dua. Hebat.

Konvo 2011. Buat di Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Izzah graduate naik kelas dari Novice ke Apprentice.

Konvo 2012. Buat di I-Kidz World I-City Shah Alam. Izzah graduate naik kelas dari Apprentice ke Scholar.

Tapi saya terkilan. Tak dapat tengok Izzah konvo. 9 December 2012. Masa tu tengah bertapa dalam wad. Macam mana nak tengok live. Balik rumah baru boleh tengok gambar konvonya.

Nasib baik Big Babah terer jugak ambik gambar. Kalau tak meroyan kempunan mak. Heh heh.

izzah konvo 2012 10 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Tema majlis konvo 2012 ialah: Santai Graduasi & Hari Keluarga.

Konvo kat I-Kidz World I-City Shah Alam. Tempat main budak-budak. Indoor theme park.

izzah konvo 2012 01 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Masa konvo 2011, Izzah kena jadi nenek. Siap ada latihan intensif dan rehearsal lakonan. Kena mekap jadi tua lagi.

izzah konvo 2012 02 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Konvo 2012 tak ada semua tu. Semua main spontan je. Apa yang dipelajari setiap hari itulah yang dipersembahkan. Hebat budak-budak ni semua.

izzah konvo 2012 03 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Spontan. Tapi mantap.

Izzah dan kawan-kawan menyanyi lagu Mandarin (kelas Mandarin), nasyid (kelas Iqra’ dan Fardhu Ain) dan juga beberapa lagu lain.

izzah konvo 2012 06 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Tarian pulak mesti ada tarian lagu Doraemon. Heh heh.

izzah konvo 2012 04 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Banyak anugerah Izzah dapat masa konvo 2012.

Tokoh Ilmuwan Muda

Ada tiga orang. Izzah salah seorang daripadanya.

Mengiktiraf sahsiah, akhlak, kredibiliti dan kepimpinan sepanjang program Iqra’ dan Fardhu Ain bagi tahun 2012.

Valedictorian of the Mandarin Class of 2012

Tokoh kelas Mandarin lah ni. Hanya seorang terpilih. Izzah dapat anugerah ni.

izzah konvo 2012 18 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Mengiktiraf sahsiah, kebolehan, kepimpinian dan keberanian semasa kelas Mandarin.

Certificate of Attendance New Concept Chinese Beginning

Izzah juga sudah tamat dengan jayanya kursus Mandarin New Concept Chinese Buku 1.

izzah konvo 2012 17 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Malangnya tahun ni kelas Mandarin kat taska dibekukan sementara. Kalau nak sambung kena pergi kat Pusat Mandarin Setia Alam.

Hmm. Nak kena tanya ada tak kursus masa weekend. Masa weekday memang tak boleh lah. Saya kerja.

Sebut pasal Mandarin. Saya pun nak kena sambung belajar kot. Sempat belajar Core Mandarin – Elementary kat The Language Tree masa awal pregnant ari tu. Kalau ada kelas Mandarin dekat Setia Alam ni lagi lah bagus kan. Tapi kelas dewasa ada malam hari biasa je. Malas pulak.

Sambung balik cerita konvo. Izzah juga dapat Sijil Penyertaan sebab menyertai aktiviti Pertunjukan Pentas dan Persembahan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor di SACC Mall Shah Alam.

izzah konvo 2012 08 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Seronok Izzah hari tu. Dapat dua beg sekolah yang cantik (Dora & Princess).

izzah konvo 2012 12 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Pastu dapat scroll beserta graduation teddy yang sangat comel. Sijil Apprentice Class mestilah dapat jugak.

izzah konvo 2012 16 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Masa ambik sijil graduasi kena pakai jubah graduasi warna oren ni. Tahun 2011 jubah ni agak besar dan londeh. Tahun 2012 sudah ngam-ngam dengan Izzah.

izzah konvo 2012 09 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Maklumlah sudah besar dan tinggi. Tak lama lagi. Tinggi dari mama dia yang rendang ni lah. Ibarat Izzah pokok kelapa. Saya pokok betik. Heh heh.

I-Kidz World I-City Shah Alam tu saya tak pernah sampai lagi. Tak tahu best ke tidak. Ada kolam berisi bola-bola kecil. Ada banyak slides.

izzah konvo 2012 13 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Paling best mungkin slide kapal terbang MAS nih.

izzah konvo 2012 14 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Konvokesyen Izzah 2012

Agaknya berebut budak-budak nak naik. Cute okeh.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Masa Izzah konvo hari tu… ada macam-macam aktiviti melibatkan kanak-kanak macam bacaan pantun, tarian, nyanyian dan pertunjukan fesyen.

Izzah berlakon jadi NENEK masa pertunjukan fesyen tu!

Emm.. tak tahu apa sebab nenek dikategorikan sebagai satu fesyen he he he.

Sebab Izzah tak ada baju kurung kedah so I bagi dia pakai kebaya nyonya pendek. Kira okey lah jadi nenek kebaya vogue gitu.

izzah konvo 19 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Nak jadi nenek kenalah mekap muka jadi orang tua.

izzah konvo 20 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Tapi sebelum tu kena posing ambik gambar sebelum dan selepas he he. Ni gambar Izzah sebelum bertukar menjadi nenek. Gaya ala-ala model kebaya gitu.

izzah konvo 21 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Izzah ni kalau bab solek-menyolek ni macam excited sikit.

izzah konvo 22 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Dia suka masa cikgu solek muka jadi nenek. Rasanya dia tak tahu pun macam mana rupa muka dia lepas disolek he he wpml yes Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

izzah konvo 23 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Tadaaaaa….

izzah konvo 24 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Sayalah Uwan Izzah!! wpml yes Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Opps… Uwan Izzah lupa kain belum pakai. Nak berlakon jadi nenek mana boleh pakai kain batik kebaya yang berkilau-kilau tu. So.. Izzah pakai kain batik biasa supaya kelihatan as close to nenek as possible.

izzah konvo 25 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Sebelum berlakon jadi nenek, Uwan Izzah ambik gambar kenangan dulu dengan Tok Wan.

izzah konvo 26 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Uwan Izzah yang sedang berjalan-jalan. Praktis sebenarnya.

izzah konvo 27 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Oh… kain batik Uwan Izzah ni asyik nak tertanggal je…he he..he wpml yes Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

izzah konvo 28 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Sempat lagi Uwan Izzah bergambar dengan Ida yang berlakon jadi Geisha Jepun. Eh.. geisha tengah gonggong botol susu lah.

izzah konvo 17 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Masa latihan, Izzah sepatutnya berpasangan dengan seorang budak lelaki yang berlakon jadi Atuk.

Kalau tengok gambar masa latihan, Tok Maliq tu macam yakin dan berani berlakon jadi atuk. Tok Maliq pegang tongkat manakala Uwan Izzah pegang tangan Tok Maliq.

izzah konvo 18 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Nampak comel je kan? wpml wink Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Tapi latihan tidak semestinya jadi kenyataan. Sebab masa budak yang sepatutnya jadi atuk tu sampai, dia dah mengamuk dan menangis tak nak tukar baju. Cranky sudah.

Izzah siap pegang tangan dia dan pujuk supaya naik pentas sama-sama tapi budak tu boleh marah dan tepis tangan Izzah. Bila jadi macam tu Izzah pun turut sama nangis lah.

izzah konvo 29 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Macam mana tak sedih… masa latihan ada pasangan tapi masa naik pentas seorang diri. So.. dah lain jadinya..he he

izzah konvo 30 Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!

Walaupun sedih sebab hilang ‘pasangan’ berlakon, tapi Izzah tetap berani berjalan-jalan atas pentas dan berlakon jadi nenek. Bravo Izzah! wpml yahoo Pendidikan Awal Kanak Kanak | Izzah Berlakon Jadi Nenek!