Okeh.. ini bukan angan-angan Mat Jenin. Eh tahu ke siapa Mat Jenin? Alah.. cerita dongeng pasal orang yang suka berangan kosong tuh. Kalau tak tahu, sila Google aje perkataan ‘mat jenin’…ha..ha..ha ![]()
Alkisahnya… ada seseorang tu bercita-cita menjadi WAHM pada satu masa nanti. Dia dah plan macam-macam kalau dia jadi WAHM.
Salah satu plan dia adalah untuk fully cloth diapering anak dia lah. Sebab sekarang ni dia full time working, so cuma boleh cloth diapering anak dia waktu malam dan hari cuti sahaja.
Bukan tak boleh ajar orang yang jaga anak dia, tapi dia tak mahu orang lain handle cloth diaper yang banyak pantang-larang dan juga mahal itu…ha..ha..ha
Orang itu sudah lama berjinak dengan cloth diaper ni. Sejak anak dia belum lahir lagi. Dia dah beli sedikit demi sedikit cloth diaper pelbagai jenis. Dari chinese prefolds, diaper cover, all-in-one, pocket diaper dan juga fitted cloth diaper. Semua dia pernah try lah. ![]()
Dulu-dulu, ada juga ibu-ibu baru yang berguru dengan dia…ahaks. Maklum lah masa tu (2007/2008), tak ramai yang cloth diapering anak ni sebab cloth diaper ni sangat mahal. Harga boleh cecah RM120 seketul you see.
Sebab tu lah bakal WAHM ni beli sedikit demi sedikit. Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Tapi cloth diaper orang tu tak ada lah sampai jadi bukit. Jadik busut pun tidak..ha..ha ![]()
Dia sangat suka pada pocket diapers *cloth diaper yang ada lubang boleh masukkan inserts, so boleh adjust ketebalan atau keupayaan meresap dengan tambah inserts*. Setakat ini dia cuma ada 12 pocket diapers brand import punya (Bum Genius dan Happy Heinys).
Oleh sebab orang ini berangan mahu jadik WAHM dalam masa beberapa bulan lagi (jika diizinkan Allah), maka dia kena beli lagi stok cloth diaper *sebab dijangka anaknya belum terer pee and poo kat potty*. Lebih banyak, lebih bagus. Sebab boleh kurangkan cycle guna cloth diaper yang sama. So, cloth diaper lagi tahan lama. ![]()
Kali ni mahu cuba brand local pula. Baru je beli jenama Wuddah ni dan juga satu brand import juga iaitu BlueBerry. Kalau dulu dia ada cuma plain colored cloth diaper, kali ni mahu beli yang print cantik-cantik punya…ahaks.









