Entri di bawah di karang oleh pemenang utama satu contest yang diadakan dalam blog ni tak lama dulu
. So.. jom terjah blog dia!!
Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada http://littlemamadiary.com (Little Mama Diary) kerana memberi peluang untuk entry saya muncul kat sini. Amat besar ertinya untuk saya yg masih lagi dalam kategori ‘new blogger’. Terima kasih!
Tentang saya; saya adalah ibu kepada 3 orang puteri dan isteri yang bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat swasta. Di kalangan blogger, saya dikenali sebagai MamaYatie. Saya mula menulis entry sulong di blog saya, http://dis-mysimpleworld.blogspot.com (Duniaku Di Sini ) pada bulan Feb 2010.
Asalnya, tujuan saya ber’blog’ adalah lebih kepada catatan peribadi dimana saya mencatatkan perjalanan hidup saya sebagai ibu. Pada masa itu, tak pernah terlintas pun di hati saya untuk aktif berblog. Waktu itu juga, tiada siapa yg membimbing saya dan saya juga tidak pernah menghadiri sebarang kelas atau kursus tentang blog. Saya belajar sedikit demi sedikit melalui rakan-rakan blogger yang saya baru kenali dan juga melalui tutorial. Saya mula aktif berblog pada bulan Julai 2010.
Saya semakin teruja untuk berblog bila mana saya mula mengenali ramai-ramai rakan baru, dapat berkongsi berbagai ilmu malah adakalanya berkongsi suka duka mereka. Paling tidak saya sangka bila saya mula obsess untuk menyertai contest, lucky draw & give away anjuran rakan-rakan blogger sehinggalah wujudnya blog kedua saya yang dikhaskan untuk entry berkaitan contest iaitu http://mamayatie-cubajaya.blogspot.com (Trying My Luck).
Apa topik yang saya suka catatkan?
- Cerita Kami – Apa sahaja cerita dan kisah perjalanan hidup kami sekeluarga samada aktiviti di rumah & luar rumah, peristiwa yang berlaku dalam keluarga, pengalaman bergelar ibu bapa dan paling banyak semestinya keletah anak-anak kami.
- Taska & Tadika – Sebagai ibu kepada 3 anak kecil, saya merasakan penting untuk saya catatkan apa jua aktiviti, pembelajaran, perkembangan anak serta pengalaman yang kami lalui yang melibatkan pihak taska dan tadika, tempat mereka memulakan pembelajaran secara formal terutama sekali anak kedua saya yang sedang mengikuti Program Permata Negara. Semoga apa yang kongsikan di sini bukan sahaja untuk rujukan peribadi malahan boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa lain juga.
- Parenting & Tips – Saya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Kebanyakkannya adalah petikan dari artikel yang saya temui dan baca. Sebahagian kecilnya saya catatkan sendiri berdasarkan pembacaan dan pengalaman yang telah saya lalui. Tips saya kongsi juga adalah berdasarkan eksperimen saya sendiri dan saya merasakan ianya berkesan untuk dipraktikkan.
- Umum – Adakalanya saya juga akan kongsikan dan melahirkan pendapat saya tentang berita yang menarik berkenaan isu semasa dan dunia hiburan, artikel tentang kesihatan, tempat-tempat yang saya lawati, makanan yang saya cuba & isu alam sekitar yang saya rasakan perlu dan penting untuk dikongsi dan diberi perhatian.
Last but not least, saya ingin menjemput rakan-rakan semua berkunjung ke blog tak seberapa saya http://dis-mysimpleworld.blogspot.com (Duniaku Di Sini) dan blog contest saya http://mamayatie-cubajaya.blogspot.com . Anda juga boleh follow saya di twitter https://twitter.com/yatie3479 ( MamaYatie). Akhir kata, Salam Perkenalan dari MamaYatie. Wassalam!
This content has been Digiproved © 2011 Ros Ibrahim














