Buang Bayi di Kepala Batas

September 9, 2010

Ana tak pernah tulis pasal buang bayi dekat blog ini. Sebab setiap kali ana baca di suratkhabar atau tengok berita TV.. ana akan rasa hati di cucuk-cucuk. SANGAT SEDIHHHHH! wpml cry Buang Bayi di Kepala Batas

I feel for the abandoned babies. Kesian baby tu semua. Dosa mak bapak, mereka pulak yang tanggung.

Nampak sangat remaja zaman sekarang ni hidup semata kerana nafsu. Mudah melekat mudah pulak membuang sesuka hati. Harapnya.. bila sampai masa mereka ni berkahwin dan ingin mendapat anak… akan menjadi sejuta kali sangat SUSAH . Jadi mandul yang tidak boleh dirawat!

Perempuan *ya.. ana sebut perempuan sebab majoriti yang buang adalah yang melahirkan baby tu* seperti ini TIDAK LAYAK menjadi seorang mak atau ibu. Nak jadi ibu kena ada rasa kasih sayang. Kena ada rasa simpati.

Tapi yang buang bayi tepi tong sampah atau buang bayi dalam sungai atau buang bayi dalam lubang jamban atau campak bayi dari tingkat 15.. tak ada rasa kasih pada satu nyawa. Mereka yang buang bayi tak ada rasa simpati langsung.

Perempuan yang buang bayi tidak layak dipanggil manusia.. apatah lagi di panggil ibu. Mereka ini tarafnya sejuta kali lebih rendah dari binatang.

Selepas buat dosa berzina dapat pulak dosa besar membunuh! Bukan sikit kes buang bayi yang mana bayi yang ditemui telah mati. Mati lemas dalam baldi, dalam lubang jamban, dalam longkang.. dalam sungai.

Ada juga yang lagi binatang campak bayi dari tingkat paling tinggi di flet/apartment sampai otak bayi pecah berderai. Ada yang buang bayi di tong sampah untuk jadi makanan anjing-anjing liar!

Adik-adik pembuang bayi! Segala perbuatan jahat ini akan dibalas Tuhan suatu hari nanti. Percayalah. Entee akan tersiksa JIWA kerana membuang dan membunuh darah daging sendiri. Perbuatan entee akan menghantui hidup entee selama-lamanya. Entee tidak akan tenang dalam kehidupan ini.

Nota kepada pembuang bayi di Kepala Batas ni. Entee bernasib baik kerana selamat dari dosa membunuh. Sebab anak entee masih hidup dan sempat diselamatkan sebelum menjadi makanan anjing-anjing liar. Tapi jangan ingat entee akan hidup tenang. Hukuman Tuhan akan datang samada cepat atau lambat.

Mungkin.. hari ini atau bulan ini atau tahun ini entee masih boleh bersuka-ria menambah dosa. Tapi suatu hari nanti entee akan merasai balasannya. Sesungguhnya entee telah menzalimi diri sendiri dan menzalimi seorang anak kecik yang tidak berdosa.

Berita dari Harian Metro.

KEPALA BATAS: “Orang yang buang bayi ini bukan manusia, tapi binatang,” kata Norhaidah Abu Ahmad, 42, yang menemui bayi lelaki bersama anaknya di tepi tong sampah dekat Sungai Korok, di sini, semalam.

Sebelum menemui bayi berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi, Norhaidah dan anaknya, Nordiana Halidan, 21, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Pinang Tunggal untuk membeli arang.

Norhaidah berkata, dia memberhentikan motosikal untuk membuang bungkusan sampah dibawanya ke dalam tong di tepi jalan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi tangisan bayi.

“Saya terkejut apabila anak saya mengatakan ada bayi dalam bungkusan plastik merah berbalut kain batik dengan uri masih bersamanya.

“Mulanya saya takut kalau orang salah sangka menuduh saya yang buang bayi itu. Oleh kerana kasihan melihat keadaannya, saya membawanya pulang ke rumah dan memberinya minum susu,” katanya yang menghantar bayi berkenaan ke Pondok Polis Kampung Selamat jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan seorang bayi lelaki dekat tong sampah sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Selamat.

Katanya, bayi berkenaan seberat 2.9 kilogram dipercayai dilahirkan dalam tempoh satu jam sebelum dibuang dekat tong sampah.

“Dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan baik,” katanya.

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

Tags: ,

4 Responses to Buang Bayi di Kepala Batas

  1. juan on September 9, 2010 at 8:51 am

    entahlah kak ros… nak akhir zaman ni, macam2 benda tak masuk akal berlaku
    Seorang Blogger bernama juan´s last [type] post..Baby Room @Empire Shopping Gallery- Subang – scores well with me

    [REPLY]

  2. fara on September 9, 2010 at 11:15 am

    :sad: mmg tak patut langsung di panggil manusia, tiada rasa belas terhadap insan kecil yg baru lahir itu
    Seorang Blogger bernama fara´s last [type] post..First And Last!

    [REPLY]

  3. Faisya on September 9, 2010 at 11:20 am

    sedih sgt kan..ape ke bodoh sangat ppuan yang buang bayi ni..

    Smlm ptg adik saya cerita kat saya, kwn dia (A) mengandung hasil hubungan dia dgn tunangnya sendirinya.. Tunang si A ni seronok sbb A preggy, tapi si A ni nak gugurkan sbb tgh study..

    Ape ke bodohnya diorg ni, hubungan dah direstui, cepat2 la dikahwinkan ajer, kenapa sampai nak berzina? Saya doakan semoga kawan adik saya tu x gugurkan kandungannya dan cpt2 la dikawenkan..

    Saya nak je srh adik saya pergi bagitau makbapak si A ni perkara sebenar sblm A gugurkan kandungan.. Jalan terbaik kah itu? hmmmmm…..

    [REPLY]

  4. maria on September 9, 2010 at 12:29 pm

    wisau dgn keadaan remaja zaman skrg :(
    Seorang Blogger bernama maria´s last [type] post..-

    [REPLY]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 

Ros Ibrahim

Special Featured in NST

NST

Siapa Ros Ibrahim? Dah masuk 38 dah umur dia. Panggil je dia akak Ros. Umur je banyak. Rupa dan pemikiran tetap muda :D

Nuffnang

Trying to Conceive Club (TTC Club Malaysia)

Learn Mandarin

BlogMalaysia.com BLOGGERS MALAYSIA Himpunan Bloggers Lembah Kelang One Stop Resource for Cloth Diapers in Malaysia ParenThots