Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

Jerebu makin menyesakkan nafas. Semalam (23 June 2013) Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar mencecah 750. Tinggi sangat sampai kena isytihar darurat.

Macam mana mereka bernafas kat sana? Kita yang di Selangor dengan IPU 100+ pun dah nak pengsan bau asap. Bayangkan asap tebal berkali ganda dari sekarang.

Alhamdulillah jerebu di Muar sudah makin baik. Bacaan IPU jerebu Muar dalam 100+ dah.Tapi jerebu di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan KL makin teruk. Ada setengah tempat dah cecah paras sangat tidak sihat.

malaysia ipu 01 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

Bacaan IPU jerebu terkini boleh semak kat website Department of Environment (DOE). Semalam saya check kat website DOE tu lah.

http://www.doe.gov.my/apims/

Tapi mungkin sebab ramai yang cuba akses website tu so dia sudah crash @ down. Bandwith tak cukup la tu…teeeheee!

Tekan punya tekan, ter-landing kat website Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx

Dapat tengok bacaan IPU jerebu terkini as at 7 pagi tadi. Bacaan jerebu pukul 11 pagi belum dikemas-kini. Macam lambat update pulak bacaan IPU jerebu kat NRE tu.

Boleh jugak semak bacaan IPU jerebu terkini kat website: Aqicn.org. Tapi kat situ just tunjuk map dengan bacaan IPU terkini. Macam susah sikit nak tengok.

Atau semak bacaan IPU jerebu terkini Malaysia kat Yahoo Haze Alert. Sumber bacaan IPU tu dari website DOE jugak.

Saya print screen bacaan IPU terkini untuk sama-sama tengok.

BACAAN IPU TERKINI – 25 JUN 2013 SELASA

malaysia ipu 014 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysiamalaysia ipu 024 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysiamalaysia ipu 033 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

24 Jun 2013 Isnin – 5pm

Jerebu makin teruk di Kuala Lumpur dan Selangor. Klang dah cecah 319. Petaling Jaya 196.

Update: 25 Jun 2013 Selasa – 7pm

Bacaan IPU jerebu terkini di Klang sudah cecah tahap bahaya!! Semalam pukul 5 petang: Klang 319.. pukul 7 hari ini 487!! Bacaan IPU jerebu Klang pada pukul 11 pagi masih tahap bahaya iaitu 484.

Petaling Jaya 213. Shah Alam naik kepada 291.

Alhamdulillah. Hujan turun pada petang tadi. Sejuk sikit rasa cuaca. Tapi bacaan IPU terkini di Klang, PJ dan Shah Alam hanya sedikit menurun.

Topeng Muka N95

Ofis saya kat tingkat 5 di Bangsar South ni pun boleh bau asap kalau pergi ke ruang lif atau tandas.

Masa nak pergi lunch kat The Sphere (melalui basement) pun sesak nafas. Memang kena pakai mask. Nasib baik bos saya bagi topeng muka bertali boleh ikat.RM1 sekeping topeng tu. Giler mahal.

Actually husband ada belikan topeng muka hijau yang tali sangkut telinga tu. Tapi saya pakai tudung macam mana nak sangkut topeng. Kena pakai topeng siap-siap sebelum pakai tudung la kannnn. Tak suka tak suka… teehehe!

Teringat masa jerebu tahun 1997. Masa tu saya student UM dan hari-hari merempit naik motor dari Kerinchi ke Fakulti Perakaunan. Jerebu memang sangat tebal.

topeng muka n951 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

Terpaksa pakai topeng muka N95 tu. Berkuap rasa muka. Kadang-kadang masih boleh bau asap tu walaupun dah pakai topeng N95.

topeng muka n95 1 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

So tadi masa lunch saya pergi cari topeng muka N95 kat Sara Medical Supplies The Sphere tu. Tapi dah habis!!!

Kenapa penting sangat topeng muka N95 ni? Tak boleh ke pakai surgical mask biasa tu?

Memang penting. Terutama untuk wanita mengandung, kanak-kanak, orang tua dan mereka yang ada masalah pernafasan macam asma dan sinusitis. Jugak kalau kita naik public transport atau bawak motor.

Ofis saya hanya bagi free topeng muka N95 ni pada pekerja yang naik bas/LRT dan motor sahaja. Saya tak layak ambik…hu..hu.

Hanya topeng muka N95 yang betul-betul berkesan untuk tapis partikel habuk dari jerebu. Surgical mask atau topeng biasa tu tak berfungsi pun halang habuk masuk ke saluran pernafasan. Kita just pakai supaya tak direct sedut asap jerebu je pun kan.

Topeng muka N95 direka untuk dipakai menutupi keseluruhan mulut pemakai. So.. asap jerebu tak masuk ikut lubang tepi topeng.

Partikel asap jerebu ni besar dia 2.5 microns or smaller (PM2.5). Studies have shown that N95 masks do provide good protection against the haze as they are at least 95 per cent efficient against fine particles that are about 0.1 – 0.3 microns. It is even more efficient (99.5 per cent efficient) against particles that are 0.75 microns and larger.

Sebab topeng muka N95 tak ada so saya beli je satu kotak topeng muka brand ProSafe RM25.

topeng muka 03 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia

Ada 50 keping topeng muka 3 layer dalam tu. Topeng muka saya ni ada tali boleh ikat. So senang adjust.

Puas hati! Boleh main doktor-doktor dengan Izzah kat rumah… muahh haaaa!

Nota. Rujuk tanda pada bacaan IPU.

  • * = Habuk Halus (PM10) 
  • a = Sulfur Dioksida (SO2) 
  • b = Nitrogen Dioksida (NO2)
  • c = Ozon (O3)
  • d = Karbon Monoksida (CO)
  • & = Lebih daripada satu pencemar

Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)

Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.

dp seal trans 16x16 Bacaan IPU Jerebu Terkini | Indeks Pencemaran Udara (IPU) di MalaysiaThis content has been Digiproved © 2013 Ros Ibrahim



Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

Current ye@r *

CommentLuv badge

http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://littlemamadiary.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif